Kunjungan

Selasa, 26 Ogos 2008

Mufti Wilayah Persekutuan Memperlecehkan Ustaz Ramlang


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh sangsi dengan kredibiliti imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang tampil membuat pengakuan bahawa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah tidak sah.

Menurut beliau, mana-mana individu yang ingin mengeluarkan sebarang fatwa atau hukum dalam Islam perlu mendalami ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab Feqah bagi memperkukuhkan hujah mengenai sesuatu perkara.

"Saya sangsi sama ada beliau boleh baca kitab (Feqah) atau tidak. Apabila kita mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan soal hukum, kita seolah-olah bercakap bagi pihak Allah.

"Jadi kita perlu bercakap dengan ilmu dan sesiapa yang mengeluarkan fatwa tanpa merujuk sebarang kitab yang berkaitan maka akan menerima siksaan dari Allah di neraka," katanya dalam sidang media di Pusat Islam di sini hari ini.


Komen:
Sebenarnya Ustaz Ramlang tidak mengeluarkan fatwa sendiri. Apa yang diucapkan oleh Ustaz Ramlang telah disebut terdahulunya oleh beberapa ulama tersohor. TG Nik Aziz menolak sumpah Saiful dan mengatakan ia tidak mengikut syariat. Demikian TG Hj Hadi, beliau juga menolaknya. Prof Dr Harun Din juga menolak sumpah Saiful. Apakah ulama-ulama ini tak boleh baca kitab Fiqah? Kredibiliti siapa yang lebih tinggi? Mufti wilayah atau ulama-ulama tersebut yang ilmu mereka diperakui. Kuliah-kuliah agama mereka didengari oleh ribuan manusia sedangkan kuliah mufti tersebut, berapa kerat yang mendengarnya. Barakah ilmu mereka meluas, sedangkan ilmu kebanyakan mufti terkurung dalam muzakarah fatwa yang terbatas.
Untuk makluman: Mufti tersebut merujuk kepada kitab Hasyiah I'anah al-Talibin untuk menegakkan hujahnya. Kitab tersebut adalah karangan Abu Bakar bin Muhammad Syata Ad-Dimyati

Tiada ulasan: