Kunjungan

Isnin, 25 Ogos 2008

Selasa cuti umum bagi Pulau Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng mengisytiharkan hari selasa ini sebagi cuti umum bagi Pulau Pinang.


Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata cuti khas itu bagi membolehkan kesemua 58,459 pengundi berdaftar Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu.


Tindakan Lim tersebut diselar oleh Najib.


"Ini pertimbangan politik sebenarnya dan tidak pernah dalam sejarah kita perisytiharan cuti umum dibuat untuk pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Mengkuang Titi di sini.


Najib berkata tindakan kerajaan negeri memberi cuti itu juga boleh menjejaskan pengeluaran negeri dan menyebabkan banyak kerugian.

Sepatutnya pekerja boleh dibenarkan untuk keluar sejam dua bagi membolehkan mereka mengundi dan menyambung semula kerja selepas itu, katanya.

Tiada ulasan: