Kunjungan

Rabu, 20 Ogos 2008

2 EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK DICEKUP BPR

Dua Exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak iaitu Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) (kanan) - exco pelancongan, modal insan dan NGO - dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - exco pembangunan usahawan, pertanian dan perdagangan telah diceku BPR

Mereka dikatakan menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta. Mereka juga didakwa terlibat dengan rasuah seks.


Mengulas perkembangan tersebut, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.
"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberitahu bahawa mereka yang ditahan itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan di mahkamah.
Sumber: malaysiakini

Tiada ulasan: