Kunjungan

Selasa, 11 Mei 2021

MULHID SIBER

 Jangan jadi mulhid

yang tidak bertuhankan Tuhan

hanya bertuankan hawa amarah

merasa diri benar

orang lain semua khilaf

itulah sang mulhid Siber

Ahad, 25 April 2021

Tajassus adalah jenayah yang perlu dihukum

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hasan Karim berkata sekiranya klip audio Ahmad Zahid dan Anwar itu tulen, bukanlah kedua-dua mereka yang perlu disiasat sebaliknya pihak yang berbuat jenayah dan wajib disiasat ialah orang yang melakukan pengintipan percakapan telefon berkenaan.

Benar, yang bersalah adalah pihak yang melakukan tajassus. Tajassus adalah jenayah yang perlu dihukumkan dengan hukuman ta'zir. Ini kerana tajassus melanggar privasi seseorang. Jika jenayah ini diabaikan serta didiamkan, banyaklah maruah orang akan tercemar. Sedangkan antara daruriyyat yang ditekankan dalam agama adalah menjaga maruah seseorang.

Di kalangan mereka yang membutakan mata daripada melihat kesalahan sebenar, mengalihkan perhatian kepada sesuati yang masih berbaur fitnah. 

Rabu, 21 April 2021

LESEN ABSTRAKSI AIR

Pengurusan sumber air terletak di bawah bidangkuasa negeri. Untruk itu ada undang-undang yang menuntut lesen bagu tujuan menggali sumber air. Ini bermakna kerja-kerja penggalian telaga atau boring tidak boleh dibuat sesuka hati. Namun, perlu dijelaskan , undang-undang menuntut Lesen Abstraksi Air ini dikuatkuasakan untuk tujuanh komersial dan tidak kepada tujuan domestik.

Apa yang tular mengenai tindakan Jabatan Air Kelantan yang mengambil tindakan saman ke atas premis kerana menggali telaga borong tanpa Lesen Abtraksi Air adalah kes di premis komersial. Itulah jawapan yang dinyatakan oleh Pemuda Ikatan Bangsa (IKATAN).


Serang kerajaan Kelantan isu air, pembangkang tiada modal – Ikatan

PEMUDA Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) membidas pembangkang yang terus menggunakan isu berkaitan air untuk memburukkan kerajaan Kelantan.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata pembangkang seperti kehilangan modal politik dan mencari helah untuk menyerang kerajaan Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata usaha murni kerajaan Kelantan perlu diteruskan tanpa diganggu-gugat suara-suara sumbang pembangkang yang kehabisan modal untuk mendendangkan isu air.

“Isu air di Kelantan terus didendangkan oleh sesetengah pihak, bertujuan untuk memburukkan nama kerajaan negeri Kelantan. Selesai isu air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), kini isu gali perigi atau “boring” dimainkan pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shahir berkata demikian susulan timbul khabar angin berkaitan penggunaan tanpa lesen ‘boring’ boleh dikenakan denda RM3,000.

“Berlegar-legar surat “Arahan Pematuhan kepada Seksyen 12 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019” dengan beberapa komen tidak betul berkenaan kerajaan Kelantan,” katanya.

Menurut Shahir, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, sumber air diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri perlu memastikan sumber air mencukupi untuk tujuan bekalan air, pertanian, perindustrian komersil, dan alam sekitar.

“Atas dasar tanggungjawab ini, maka Kerajaan Kelantan mengeluarkan arahan pematuhan kepada Seksyen 12, bertujuan untuk melindungi sumber air untuk rakyat.

“Enakmen ini tidak terpakai kepada rakyat Kelantan untuk tujuan menggali perigi bagi penggunaan domestik atau kegunaan sendiri, iaitu pengeluaran air kurang daripada 2,500 liter sehari.

“Maka, sesiapa pun di Kelantan tidak perlu mendapatkan lesen jika untuk kegunaan domestik. Tujuan sebenar lesen kepada Enakmen Sumber Air adalah untuk mengawal kegiatan komersial agar syarikat besar atau kilang tidak memanipulasi sumber air Kelantan bagi keuntungan sendiri,” katanya.

Terdahulu tular satu surat daripada Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan yang mengarahkan salah seorang pemilik premis agar mematuhi peraturan Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019.

Dalam surat tersebut yang tidak dinyatakan tarikh dan nama pemilik premis berkenaan, pihak Jabatan Sumber Air memaklumkan telah mengadakan pemeriksaan ke atas premis terbabit dan mendapati ia tidak memohon lesen Abstraksi Air Tanah sepanjang sepanjang menggunakan air tanah sebagai sumber air operasi di premisnya.

Justeru menurut surat terbabit yang ditandatangani Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Sumber Air Kelantan Wan Asma Suhana Wahida Wan Deraman pemilik premis terbabit dikehendaki mengambil tindakan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat tersebut bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. – Malaysiapost