Kunjungan

Memaparkan catatan dengan label kritikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kritikan. Papar semua catatan

Rabu, 9 September 2009

JANGAN DISANGKA KOKOKAN ITU AYAM

Demikianlah bunyi seruan itu. Sungguh shahdu. Berdamailah, ambil keberkatan sempena Ramadhan. Seruan itu disuarakan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak kepada Pas. Demi melayu dan Islam katanya.

Tetapi, semua rakyat tidak harus lupa pengkhianatan UMNO selama ini. Pengkhianatan terhadap Pas secara khusus juga bukan sedikit dan tidak harus dilupakan begitu sahaja. Berpegang dengan prinsip yang diterapkan dalam hadis nabi:

لا يلدغ المؤمن من جحر مرتين

"Tidak boleh seorang mukmin terjebak dalam satu lubang 2 kali".


Petikan berita: Utusan Malaysia

PINTU rundingan demi kepentingan umat Islam negara ini masih terbuka luas. Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sekali lagi mengulangi kesanggupannya untuk berunding dengan Pas.

Namun, Presiden UMNO itu turut menegaskan, parti itu tidak akan sekali-kali menggadai maruah.

Menurut Najib, sekiranya Pas mahu menerima huluran tangan UMNO untuk berunding, rundingan itu perlu dilakukan secara baik.

Maksudnya janganlah ada pihak yang bertindak sewenang-wenangnya mempersoalkan akidah ahli-ahli UMNO.

Tawaran rundingan oleh Presiden UMNO itu seharusnya dilihat daripada sudut positif dan optimis.

Walaupun ahli-ahli UMNO telah dihina dan diperlekehkan dengan pelbagai gelaran dan tohmahan sebelum ini tetapi demi masa depan Melayu dan Islam, Najib tetap menghulurkan usaha perdamaian.

Apa yang dilakukannya itu merupakan satu pengorbanan. Dan pastinya ia dilakukan dengan mengambil kira usaha membela nasib umat Islam dan orang Melayu.

Pas seharusnya mengambil kesempatan daripada tawaran ini untuk merenung semula situasi semasa di dalam negara.

Lihatlah apa yang berlaku ketika ini. Lihatlah juga bagaimana sikap segelintir pihak yang dengan mudah memperlekeh dan memperkotak-katikkan orang Melayu dan umat Islam dewasa ini.

Jadikanlah semua itu sebagai iktibar. Sudah tiba masanya untuk umat Melayu Islam dalam

UMNO dan Pas untuk bersatu. Ingatlah, ia demi masa depan survival Melayu Islam sendiri.


Rabu, 27 Ogos 2008

Satu tandatanya buat keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan telah menerbitkan fatwanya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempengurusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan meyebutkan;
"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan".
Apakah wajar keputusan Majlis Fatwa didirikan atas rasa."Kita merasakan...." adalah kenyataan longgar yang tidak bersifat fatwa. Ia lebih kepada pendapat. Pendapat boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja dan tidak perlu Majlis Fatwa bersidang kalau hanya sekadar untuk mengeluarkan pendapat. Pemimpin sebuah negara atau pengemis jalanan pun berhak mengeluarkan pendapat.
"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan,"
Apabila proses perundangan telah selesai, masing telah mendatangkan syahadah dan qarinah dan hakim pun menjatuhkan hukuman, apakah perlu lagi bersumpah atau bermubahalah? Apakah mubahalah itu akan membatalkan keputusan yang telah diputuskan hakim berdasarkan syahadah dan qarinah? Kalau membatalkan, sebaiknya dari awal lagi bermubahalah sahaja dan tidak perlu melalui proses pembuktian. Adalah sia-sia sahaja berhempas pulas membuktikan dengan syahadah dan qarinah jika akhirnya diketepikan oleh sumpah dan mubahalah. Kalau sumpah dan mubahalah itu tidak membatalkan keputusan hakim, apa guna lagi bersumpah atau bermubahalah?sia-sia sahaja! Apakah ia satu cubaan menjadikan masyarakat awam sebagai mahkamah terbuka?
Itu tak perlu kerana hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh mahkamah yang yang berpijak atas syahadah dan qarinah serta keputusan hakim!
Pertanyaan ini bukan bertujuan mempertikaikan otoriti Majlis Fatwa Kebangsaan. Anggap sahaja pertanyaan ini sebagai pertanyaan terbuka yang menjadi hak setiap orang Islam. Tiada manusia yang maksum dan tidak boleh dipersoalkan. Demikian kenyataan yang keluar dari Majlis Fatwa Kebangsaan.
Mengapa Majlis Fatwa tidak membuat satu keputusan fatwa mengenai keabsahan sumpah atau mubahalah dalam kes-kes yang telah tersenarai dalam kesalahan hudud? Kalau sumpah atau mubahalah dalam kes dan kesalahan hudud dibolehkan, maka Majlis Fatwa perlu mengazetkan fatwa mengenai perlunya memasukkan sumpah dan mubahalah dalam Kanun Acara Jenayah Syariah di Malaysia.
Majlis Fatwa diminta bersidang lagi...keluarkan kenyataan yang bersifat hukum dan tidak berbau politik. Lupakan tentang kes Saiful bersumpah dan orang ramai mempertikaikannya. Itu sebenarnya adalah berpangkal daripada maksud politik biarpun dinafikan oleh empunya diri dan pemimpin negara. Itu tidak memerlukan ulasan Majlis Fatwa.
Majlis Fatwa perlu mengulas mengenai hukum sumpah dan mubahalah dalam kes yang disifatkan kes jenayah syariah! Di sini isunya. Ini lebih baik dan lebih bermakna kepada ummat untuk difatwakan.

Selasa, 26 Ogos 2008

Mufti Wilayah Persekutuan Memperlecehkan Ustaz Ramlang


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh sangsi dengan kredibiliti imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang tampil membuat pengakuan bahawa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah tidak sah.

Menurut beliau, mana-mana individu yang ingin mengeluarkan sebarang fatwa atau hukum dalam Islam perlu mendalami ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab Feqah bagi memperkukuhkan hujah mengenai sesuatu perkara.

"Saya sangsi sama ada beliau boleh baca kitab (Feqah) atau tidak. Apabila kita mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan soal hukum, kita seolah-olah bercakap bagi pihak Allah.

"Jadi kita perlu bercakap dengan ilmu dan sesiapa yang mengeluarkan fatwa tanpa merujuk sebarang kitab yang berkaitan maka akan menerima siksaan dari Allah di neraka," katanya dalam sidang media di Pusat Islam di sini hari ini.


Komen:
Sebenarnya Ustaz Ramlang tidak mengeluarkan fatwa sendiri. Apa yang diucapkan oleh Ustaz Ramlang telah disebut terdahulunya oleh beberapa ulama tersohor. TG Nik Aziz menolak sumpah Saiful dan mengatakan ia tidak mengikut syariat. Demikian TG Hj Hadi, beliau juga menolaknya. Prof Dr Harun Din juga menolak sumpah Saiful. Apakah ulama-ulama ini tak boleh baca kitab Fiqah? Kredibiliti siapa yang lebih tinggi? Mufti wilayah atau ulama-ulama tersebut yang ilmu mereka diperakui. Kuliah-kuliah agama mereka didengari oleh ribuan manusia sedangkan kuliah mufti tersebut, berapa kerat yang mendengarnya. Barakah ilmu mereka meluas, sedangkan ilmu kebanyakan mufti terkurung dalam muzakarah fatwa yang terbatas.
Untuk makluman: Mufti tersebut merujuk kepada kitab Hasyiah I'anah al-Talibin untuk menegakkan hujahnya. Kitab tersebut adalah karangan Abu Bakar bin Muhammad Syata Ad-Dimyati

Isnin, 25 Ogos 2008

UMNO terkejut gabra dengan pendedahan Ust Ramlang


Tentunya harapan UMNO untuk memainkan isu sumpah Saiful terumbang ambing dengan tindakan berani ustaz Ramlang yang menjadi saksi acara sumpah tersebut. Tindakan ustaz Ramlang memang berani dan berterusterang. Ia nekad membersihkan namanya yang dicemari oleh media massa mengatakan dia bersekongkol dalam sumpah Saiful Bukhari.
Ustaz Ramlang sanggup menghadapi tindakan dalam kondisinya sebagai kakitangan awam!
Sesungguhnya pendirian dan keberaniannya patut dipuji dan lebih mulia daripada mereka bermain sorok-sorok dengan mengatakan dia akan pilih calon yang paling kurang memudaratkan agama dan negara.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Sumpah...sumpah...sumpah...

Ceramah Ezam di Permatang Pauh, mempersoalkan kenapa susah sangat Anwar mahu bersumpah. Baginya, lebih baik Anwar bersumpah yang tak sampai lima belas minit berbanding ceramah lebih sejam untuk mempertahankan dirinya. Itulah cakap-cakap orang yang tidak tahu nilai sebuah sumpah.
Siapa tak kenal Ezam dengan sumpah keramatnya. Berapa banyak dia bersumpah sewaktu dalam AMK dahulu. Ke seluruh negara dia melaungkan sumpahnya sehingga terkenallah sumpahnya sampai dinamakan sumpah keramat. Namun, apa jadi dengan sumpahnya? sumpahnya tidak bernilai sedikitpun. Hari ini, dia bercakap di atas pentas UMNO menyuruh orang bersumpah.
Sumpah Saiful tidak selari dengan syariat Islam. Islam tidak menyuruh bersumpah dalam pendakwaan kes jenayah!Islam mana yang mengajar sumpah semacam ini. Orang akan memomokkan, Islam hadarilah yang menggalakkan sumpah sebegini.
Najib juga bersumpah untuk menafikan penglibatannya dalam kes wanita Mongolia. Sumpah itu juga tidak punya harga.
selepas ini berapa banyak lagi orang akan bersumpah. Nallakarupan juga mungkin akan bersumpah.

Pak Lah minta para peniaga turun harga barang

Setelah menurunkan harga minyak 15 sen, Pakl Lah telah mempertanggungjawabkan para peniaga agar segera menurunkan harga barangan. Para peniaga, sebelumnya terpaksa menaikkan harga barangan berikutan kenaikan harga petrol sebanyak 70 sen. Kini setelah harga diturunkan, kerajaan BN cuba mengambil jalan escapisme untuk memulangkan pertanggungjawaban kepada para peniaga menurunkan harga barang.
Kerajaan, dalam menurunkan harga minyak kelihatan masih was-was. Namun kerana desakan umum, penurunan terpaksa dilakukan. Oleh sebab itu, kadar yang dipilih amat kecil.

Jawapan Najib yang mengaitkan kewajaran kadar tersebut dengan permberian rebet tunai adalah tidak munasabah. Penurunan harga minyak tidak berkaitan dengan rebet tetapi berkaitan dengan penurunan harga minyak dunia.
Sepertimana yang telah diramalkan, juak-juak UMNO akan terus mengatakan bahawa langkah kerajaan tersebut mengembirakan rakyat dan dinantikan oleh semua.

Najib pula bersumpah


Belum pun berlalu seminggu setelah Saiful Bukhari bersumpah bahawa dirinya telah diliwat oleh DSAI, kini tiba giliran Najib pula bersumpah. Najib bersumpah bahawa dia tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia.


"Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia," kata beliau .


Najib berkata: "Saya tidak tahu sama ada orang lain nak bersumpah atau tidak, tapi saya tahu saya tak buat salah. Ini antara saya dengan Tuhan."


Komen: Kini sumpah telah menjadi cara melepaskan diri daripada tuduhan. Menyebutkan serangkai ayat sumpah amat mudah. Namun mendatangkan bukti amat susah. Jika kegagalan membawa bukti boleh diselesaikan dengan bersumpah, alangkah mudahnya tugas para hakim dan peguam. Kaedah pembuktian dalam Islam tidak menerimapakai acara bersumpah ini kecuali dalam kes li'an.

Jumaat, 22 Ogos 2008

Harga Petrol Turun 15 sen!

Dulu, bila harga minyak dunia naik, kerajaan naikkan harga minyak dalam negara sebanyak 70 sen serta merta. Hari ini, bila harga minya dunia telah turun, kerajaan pun isytiharkan turunkan harga minyak 15 sen mulai esok. Itu pun setelah berfikir hampir sebulan.
Juak-juak UMNO akan mengatakan, lihatlah...kerajaan BN juga mampu turunkan harga minyak. Bukan Anwar seorang sahaja yang mampu. Tentu mereka akan mengatakan langkah kerajaan itu adalah selaras dengan aspirasi rakyat dan lambang keprihatinan kerajaan. Esok dan hari seterusnya, ramailah profesor siput sedut kerajaan BN akan memuji dan membodek.

Apalah harganya 15 sen? Buat beli penculik gigi pun tidak boleh. Buat beli tisu menyapu taik dalam tandas pun tak dapat. Mereka yang dalam khayalan kekuasaan akan menyangka rakyat Malaysia akan tersenyum lebar esok. Namun, percayalah...majoriti rakyat akan meludah, mencebir dan menyeranah ketololan pemerintah.

Sungguh lucu tindak tanduk mereka yang berada di pundak kekuasaan. Rakyat tertawa gelihati!

Khamis, 21 Ogos 2008

Antara "Pade doh" dan 'kuburkan".

Masa PRU12, dalam usaha menawan Kelantan, pemuda ini melancarkan kempen bombastik yang berakhir dengan kekecewaan yang mengaibkan iaitu"pade doh". Begitu hebat bunyi kempennya, rupanya rakyat Kelantan tidak tertarik sedikitpun. Akhirnya pemuda ini menyelinap keluar dari gelanggang tanpa suara lagi.

Kini, dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, pemuda ini datang pula dengan idea radikal yang baru. Katanya, "kuburkan karier politik Anwar...".

Kehadiran pemuda ini hanya membawa kekalahan pagi pihaknya. Dia tidak pernah menang...bagaimana bisa memenangkan orang lain?


Sumber berita: Khairy: Kita 'kuburkan' politik Anwar

Rabu, 20 Ogos 2008

SAIFUL BERHEMPAS PULAS DENGAN SUMPAHNYA


Nampaknya, tak cukup dengan sumpah yang diadakan di Masjid Wilayah berhubung dengan dakwaan lewatnya, kini Saiful bersumpah pula di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kesungguhan Saiful menumpukan kesnya dalam tempoh kempen bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh menambahkan keyakinan rakyat bahawa dia adalah manipulasi politik pihak tertentu.


Sumber: Mstar

Isnin, 18 Ogos 2008

EZAM DAN 6 KOTAK RAHSIANYA


"Jika hendak tahu di mana enam kotak (yang dikatakan rahsia besar) ada sekarang, kena tanya pada Anwar. Jangan tanya saya," demikianlah jawapan escapisme Ezam bila ditanya mengenai 6 kotak rahsia yang diwar-warkan ketika dia sebagai ketua AMK dagulu.
Sumber: mstar

Ahad, 17 Ogos 2008

Media Kerajaan Bebal-Masih menggunakan stail lama.


Mendengar berita-berita dalam tv semenjak kekalahan teruk dalam PRU12, nampaknya pihak media kerajaan tersebut masih dalam kebebalan lamanya. Mereka masih menggunakan stail lama iaitu menyerang Pakatan Rakyat dengan pelbagai dakyah. Ucapan-ucapan pemimpin dan respon mereka terhadap pertanyaan wartawan diputarbelit sehingga mempamerkan suasana negatif yang diharap akan menggelisahkan rakyat.


Mereka telah mainkan isu muzakarah dan muqabalah. Mereka mainkan isu negara Islam dengan mengapi-apikan kenyataan Hj. Hadi dan Nik Aziz serta Karpal Sigh. Mereka juga memanipulasikan isu bersumpah muhabalah yang dibuat oleh Saiful Bukhari. Mereka akan terus menebarkan racun "Humazah dan namimah". Mereka adalah "manna'in lil khair" serta "mu'tadin" lagi "asim".


Media bebal masih belum memahami pengajaran dalam PRU12. Sogokkan melampau mereka telah membuatkan rakyat termuntah.
Tidak ada manusia yang boleh makan terlalu banyak. Itulah falsafah yang belum difahami oleh media-media bebal kerajaan.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Ezam umpama orang mengingau


Setelah menunggu lama Anwar menyerangnya untuk membolehkan dia menyerang balas dengan menelanjangi Anwar, Anwar tidak juga menyerangnya. Demikian juga Datin Sri Wan Azizah, beliau tidak pernah melayan cabaran Ezam. Mungkin cabaran Ezam bahawa jika dia diserang oleh Anwar atau Wan Azizah tidak dinilai penting oleh mereka.

Kini, oleh kerana serangan yang ditunggu tidak kunjung tiba, Ezam melebelkan tulisan-tulisan yang mengutuknya dari laman web dan blog seperti Harakahdaily dan Malaysia today sebagai arahan Anwar. Dengan itu, dia berhak menyerang balas Anwar.

Ternyata gaya fikiran Ezam nampak kebudak-budakan. Hilang kehormatan diri dan umpama orang mamai dan mengingau dalam tidur.
Rahsia Anwar senjata Ezam di Permatang Pauh
Ezam berkata, beliau sudah tidak dapat lagi menerima segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya oleh Anwar melalui laman-laman blog dan mengambil keputusan nekad untuk membela dirinya.
“Beliau (Anwar) tidak ‘menyerang’ saya secara terus tetapi menggunakan orang-orangnya untuk memburuk-burukkan saya di laman-laman blog termasuk dalam Harakah Daily dan Malaysia Today mengatakan saya masuk Umno kerana wujud konspirasi dan disogok dengan wang.
“Saya akan jawab segala tuduhan itu di Permatang Pauh nanti untuk membersihkan nama saya dan mendedahkan semua rahsia Anwar termasuk sebab sebenar saya meninggalkan beliau (Anwar) kerana sebelum ini, saya sudah beritahu, jika saya masih lagi diserang dengan fitnah-fitnah seperti ini, saya akan lakukannya (dedahkan rahsia),” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Ezam berkata, dengan mendedahkan semua rahsia Anwar akan membuktikan ‘kepalsuan’ bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang selama ini sering menguar-uarkan bahawa beliau adalah mangsa fitnah dan konspirasi kerajaan Barisan Nasional untuk memusnahkan karier politiknya.

Selasa, 12 Ogos 2008

Sumpah Cara Islam?


Kononnya, Saiful Bukhari Azlan yang mengaku diliwat DSAI akan membuat sumpah cara Islam minggu ini.
Pertamanya apakah sumpah cara Islam itu?
Keduanya apakah cara islam menuntut bersumpah dalam kes-kes jenayah?
Nampaknya orang-orang jahil dalam agama sedang mendabik dada berbicara soal-soal aspek hukum dalam Islam.
Sumber: Mstar

Isnin, 4 Ogos 2008

MRR2 retak lagi

Apa sudah jadi? Lebuh raya sepanjang 1.7 km yang menghubungkan antara Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur dilaporkan mengalami keretakan lagi. Kos pembinaan lebuhraya tersebut adalah RM238 juta dan telah mengalami keretakan sebelum ini. Untuk itu kerajaan telah mengeluarkan peruntukan membaikpulih sebanyak RM70 juta. Kelmarin, keluar berita arus perdana melaporkan bahawa jejambat MRR2 tersebut mengalami keretakan lagi. Bagaimana kerajaan menguruskan wang rakyat? RM70 juta untuk membaikpulihnya bukanlah angka yang kecil.
Apa yang dibaikpulih kalau sekarang retak lagi? Dan tentu wang rakyat dibazirkan lagi sesudah ini untuk baikpulih!