Laporan berita Agendadaily bukan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin mencari liputan yang adil dan telus. Semenjak berjaya mengendalikan beberapa rancangan tv, agendadaily nampaknya memperlihatkan corak pemberitaan yang bias kepada pemerintah. Agendadaily tidak memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat yang menghendaki bentuk pemberitaan yang memihak kepada rakyat dan bukan elit pemerintah yang berkepentingan.
Sebagai contoh sebuah laporan sinis daripada laman agendadaily; Saja nak popular Cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihaknya boleh menurunkan harga minyak kepada RM2 disifatkan sebagai langkah untuk mencari populariti. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Anwar itu “adalah satu lagi pendekatan populis”. Sebagai rekod, semasa program debat antara Anwar dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bulan lalu, Penasihat PKR tersebut menjelaskan apa yang dikatakan formulanya untuk menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 sen. Mengikut cadangan itu, harga minyak akan turun kepada RM2.20 tetapi kini Anwar tampil dengan angka baru iaitu RM2 pula. Dipercayai Anwar melontarkan cadangan tersebut sebagai usaha beliau untuk menidakkan cadangan kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menurunkan harga minyak ekoran penurunan harga minyak dunia. Difahamkan kerajaan akan menurunkan harga petrol antara RM0.20 sen hingga RM0.30 sen seliter berdasarkan harga terbaru minyak dunia sekarang yang berada di bawah paras harga semasa kerajaan membuat kenaikan harga minyak Jun lalu
Anwar terus ‘ buat kering’ …. Bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan cerita apa-apa lagi.Masuk ke tak masuk lokap atas kes dakwaan liwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pilihanraya kecil Permatang Pauh mesti on .Walaupun semua orang tahu beliau tergesa-gesa pilih Permatang Pauh kerana kes liwat itu,Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu buat kering saja kata tujuan utama beliau bertanding pilihanraya kecil itu adalah bagi mencapai matlamat menyelamatkan ekonomi negara memandangkan keadaan semakin buruk.Berucap di ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Ahad malam Anwar menegaskan dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan