Kunjungan

Selasa, 26 Ogos 2008

DS Anwar menang majoriti undi 15,671

Sumber keputusan:anwaribrahimblog

Datuk Seri Anwar Ibrahim, memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam.

Sebanyak 81 peratus daripada 58,459 pengundi berdaftar, termasuk pengundi pos menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di 25 pusat mengundi yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Wan Azizah menang menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi.

Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya lalu ialah 81.87 peratus.

Pada pilihan raya umum 2004 pula, BN kalah dengan majoriti 590 undi.

Sumber berita:Berita Harian Online

Tiada ulasan: