Kunjungan

Rabu, 6 Ogos 2008

9 Peguam akan membela Anwar

DSAI yang bakal dibawa ke mahkamah esok akan diwakili oleh 9 peguam handalan antaranya R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.

Anwar dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.
Dengan suara yang kelihatan 'agak sedih' di peringkat awal ketika membacakan kenyataan akhbar yang disediakan, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengulangi bahawa tuduhan yang bakal hadapi esok - kali kedua dalam tempoh 10 tahun - merupakan satu lagi konspirasi politik kerajaan
Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.

"Saya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti," katanya.

Anwar menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesnya itu untuk mengalih perhatian daripada masalah-masalah yang dihadapinya.


"Hari ini Perdana Menteri ada krisis kepimpinan dan keyakinan semakin merudum," katanya lagi.

Sumber: Mstar

Tiada ulasan: