Kunjungan

Jumaat, 15 Ogos 2008

Ezam umpama orang mengingau


Setelah menunggu lama Anwar menyerangnya untuk membolehkan dia menyerang balas dengan menelanjangi Anwar, Anwar tidak juga menyerangnya. Demikian juga Datin Sri Wan Azizah, beliau tidak pernah melayan cabaran Ezam. Mungkin cabaran Ezam bahawa jika dia diserang oleh Anwar atau Wan Azizah tidak dinilai penting oleh mereka.

Kini, oleh kerana serangan yang ditunggu tidak kunjung tiba, Ezam melebelkan tulisan-tulisan yang mengutuknya dari laman web dan blog seperti Harakahdaily dan Malaysia today sebagai arahan Anwar. Dengan itu, dia berhak menyerang balas Anwar.

Ternyata gaya fikiran Ezam nampak kebudak-budakan. Hilang kehormatan diri dan umpama orang mamai dan mengingau dalam tidur.
Rahsia Anwar senjata Ezam di Permatang Pauh
Ezam berkata, beliau sudah tidak dapat lagi menerima segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya oleh Anwar melalui laman-laman blog dan mengambil keputusan nekad untuk membela dirinya.
“Beliau (Anwar) tidak ‘menyerang’ saya secara terus tetapi menggunakan orang-orangnya untuk memburuk-burukkan saya di laman-laman blog termasuk dalam Harakah Daily dan Malaysia Today mengatakan saya masuk Umno kerana wujud konspirasi dan disogok dengan wang.
“Saya akan jawab segala tuduhan itu di Permatang Pauh nanti untuk membersihkan nama saya dan mendedahkan semua rahsia Anwar termasuk sebab sebenar saya meninggalkan beliau (Anwar) kerana sebelum ini, saya sudah beritahu, jika saya masih lagi diserang dengan fitnah-fitnah seperti ini, saya akan lakukannya (dedahkan rahsia),” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Ezam berkata, dengan mendedahkan semua rahsia Anwar akan membuktikan ‘kepalsuan’ bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang selama ini sering menguar-uarkan bahawa beliau adalah mangsa fitnah dan konspirasi kerajaan Barisan Nasional untuk memusnahkan karier politiknya.

Tiada ulasan: