Kunjungan

Sabtu, 23 Ogos 2008

Penahanan dua Exco Perak tiada kaitan dengan politik ?


Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa bahawa Penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mempunyai kaitan dengan politik.

"Saya kecewa apabila BPR dituduh konspirasi, sekongkol dengan parti pemerintah, itu tak benar. Ini kes jenayah, kita dah tangkap ramai, bekas ketua pengarah Imigresen, pegawai kanan polis pun, kita terpaksa",katanya.

Walau bagaimanapun, 2 exco terbabit telah dibebaskan daripada tahanan reman BPR.

Kerajaan negeri Perak hari ini memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran penyiaran laporan yang telah mencemarkan nama baik dua anggota Exconya.


Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang media bersama selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan bahawa kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang dengan meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang telah membuat dan menyiarkan laporan mencemarkan nama baik dua anggota Exco berkenaan.

Sekiranya permohonan maaf terbabit tidak dilakukan dalam tempoh 24 jam, mereka akan menfaikan saman sebanyak RM100 juta kepada pihak berkenaan.

Tiada ulasan: