Kunjungan

Ahad, 24 Ogos 2008

Ustaz Ramlang Porigi buat pengakuan


Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.

Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.

Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.

Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.


sumber: Mstar

Tiada ulasan: