Kunjungan

Sabtu, 16 Ogos 2008

Sumpah Saiful tak ikut syariat Islam


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat sumpah laknat bahawa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam sebagai tindakan bodoh dan tidak mengikut syariat Islam. Ini kerana katanya, cara Mohd Saiful memegang al-Quran ketika lafaz sumpah seperti orang Kristian memegang kitab Bible.


Sehubungan itu, katanya, kes liwat berkenaan perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah bagi undang-undang qazaf berdasarkan Perlembagaan Perkara 121(1)(a).

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata Pas akan tetap menyokong Anwar dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga mendakwa tindakan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul yang meminta Anwar turut bersumpah sebagai orang agama yang tidak tahu mengenai agama Islam.


Tiada ulasan: