Kunjungan

Jumaat, 21 Januari 2011

PRK selepas PRU 12

Isnin, 17 Januari 2011

PAS lapor polis Pengarah Pelajaran kempen BN di Tenang

SEGAMAT,13 Jan: PAS Johor semalam membuat laporan polis terhadap Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran kerana mendakwanya berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman dalam laporannya menyebut, Markom, telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional,

“Berdasarkan bukti-bukti yang diserahkan bersama, Markom jelas telah memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional. Beliau juga memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional dalam PRK N.05 DUN Tenang.

“Markom juga berkempen kepada guru-guru di SMK Munshi Ibrahim Labis, SK Kg Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi Barisan Nasional. Secara jelasnya, beliau berkempen untuk Barisan Nasional di PRK N.05 DUN Tenang.

“Markom adalah penjawat Awam, DG 54 yang kini memangku Jusa C. Sedangkan mengikut Peraturan 21, melarang Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kumpulan Pengurusan  dan Profesional mengambil bahagian dalam parti politik secara khusus,” jelasnya.

Tegas Mazlan,tindak tanduk Markom adalah sangat melampau dan boleh dirujuk kepada tindakan tatatertib, surat tunjuk sebab dan ditahan kenaikan pangkat.

Tambahnya lagi, jika menurut peraturan yang sama seseorang penjawat awam seperti Markom tidak boleh membuat pernyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik juga tidak boleh merayu undi.

“Dengan demikian tindakan Markom ini boleh menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan contoh yang sangat buruk kepada lebih 30 ribu warga pendidik seluruh negeri Johor.

“Justeru itu saya mohon laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu PAS Johor juga turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas penyalahgunaan kuasa.


Sumber: harakahdaily

Sabtu, 15 Januari 2011

Ummi Hafilda seekor nyamok

Sumber : malaysiakini
Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

NONEUmmi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

NONEAbdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.