Kunjungan

Ahad, 17 Ogos 2008

MAHATHIR JUGA PATUT BERSUMPAH


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti langkah Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah.
"Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah," katanya.


Komen

Sebenarnya, bersumpah memang mudah. Kalau setiap orang yang dituduh melakukan jenayah, disuruh bersumpah, apa sudah jadi dengan sistem pendakwaan di negara kita. Islam tidak pernah mengajar orang yang dituduh bersumpah. Orang yang menuduh juga tidak disuruh bersumpah. Penuduh bawakan bukti dan yang tertuduh juga bawakan bukti.

Jika sumpah menjadi penyelesaian, berapa ramai penfitnah, pengkhianat, penyamun, pembunuh dan seribu satu jenayah lagi akan mendabik dada bahawa dialah yang benar. Buktinya dia berani bersumpah.

Berkenaan gesaan Dr Mahathir agar Anwar bersumpah, ia laksana ayam betina yang berkokok berderai-derai tetapi bontot berlumuran najis. Berapa banyak dakwaan rakyat terhadap Dr. Mahathir yang tidak terjawab sehingga sekarang. Isu Perwaja, peristiwa berdarah di Memali dan terbaru melobi perlantikan hakim adalah sebilangan kecil selingkuhan yang dilemparkan terhadap Dr Mahathir dalam pemerintahannya.

Bagimana jika rakyat melaungkan seruan "Dr. Mahathir perlu bersumpah membersihkan namanya!"

Tiada ulasan: