Kunjungan

Jumaat, 8 Ogos 2008

Anwar yakin bentuk kerajaan 16 September depan

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat semalam yakin akan dapat membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.

Kami berada di landasan yang betul ketika ini. Insya-Allah kita akan bentuk kerajaan Pakatan Rakyat menjelang 16 September," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkali-kali melaungkan keyakinannya bahawa terdapat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti menyertai kerajaan Pakatan Rakyat itu.

“Yang penting jumlahnya mencukupi untuk membentuk kerajaan menjelang 16 September depan,” ujarnya.

Ditanya siapakah antara ahli Parlimen yang akan melompat parti beliau menjelaskan nama mereka tidak boleh didedahkan sehingga ahli Parlimen berkenaan bersedia berbuat demikian.

“Saya tidak boleh dedahkannya sekarang, tunggulah sehinga mereka membuat pengumuman mengenainya. Baru saya boleh umumkan,” katanya
Sumber:Mstar

Tiada ulasan: