Kunjungan

Sabtu, 21 Februari 2009

IBRAHIM ALI TAK MENGENANG BUDI


PAS yang tidak berpuas hati dengan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang sering mengkritik parti itu meminta beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi.
Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, Ahli Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam PAS seolah-olah beliau sahaja yang betul.
"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini.
Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkatam Ibrahim meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasan Pasir Mas ketika itu menolak cadangan itu.
"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya.
Mengenai kemungkinan Ibrahim akan menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata, terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.
"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya


Sumber: Bernama

Sabtu, 7 Februari 2009

DUA PENGKHIANAT YANG TAK AKAN DILUPAKAN


ADUN dari Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu (kiri) dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi

Rabu, 4 Februari 2009

KEMELUT POLITIK DI PERAK

Hari ini 2 Adun Keadilan dari Bota dan Behrang mengistiharkan masuk BN. Seorang calon DAP juga masuk BN. Datuk Nasharuddin yang baru 2 minggu mengistiharkan  masuk Keadilan, kembali masuk ke dalam BN. Rentetan itu, Datuk Seri najib Tun razak mengistiharkan BN mendapat mojoriti dan akan secepatnya membentuk kerajaan di Perak. Namun, pada hari ini juga Datu Seri Nizar membubarkan DUN dan kini menunggu perkenan sultan.
Dalam menanggapi kemelut ini, TG Nik Aziz menyifatkan Adun yang melompat masuk kepada BN sebagai pengkhianat.

Selasa, 3 Februari 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih memiliki majoriti

Apa akan jadi kalau kedua-dua Adun dari PKR yang telah mengistiharkan keluar parti itu masuk BN?
Tanpa kedua-dua Adun tersebut, Pakatan kini mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN mempunyai 27 kerusi. Jika mereka masuk BN, Bn akan mempunyai 29 kerusi dan Pakatan masih lebih 1 kerusi.

Jamaluddin, Osman dilapor jadi Adun bebas

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dipetik memberitahu sebuah portal berita yang beliau telah keluar dari PKR dan kini menjadi wakil rakyat bebas.

Portal berita itu juga memetik Jamaluddin sebagai berkata, Adun Changkat Jering, Osman Jailu juga telah keluar parti dan kini menjadi Adun bebas.

MUFTI BARU PERLIS


Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, Dr. Juanda Jaya, kini mufti baru negeri Perlis menggantikan Dr Asri Zainal Abidin

Isnin, 2 Februari 2009

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.
Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.
Semalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.
Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.
Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini.
Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi.
Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan tersebut.
Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar hari ini.