Nallakarupan yang dulunya rakan sepermainan tenis Anwar, kini telah bertukar menjadi musuh kepada Anwar. Beliau mendakwa Anwar menerima RM60 juta wang dari syarikat judi Magnum Corporation. Sehubungan itu Anwar telah menyaman Nallakarupan sebanyak RM50 juta. Nallakarupan, dalam menghadapi saman tersebut, menyifatkan ia satu yang dinanti-nantikan kerana dia akan mendedahkan mengenainya di mahkamah dan akan membawa 5 pita rakaman mengenai Anwar yang kononnya di sembunyikan di luar negara.
Dalam menghadapi dakwaan Nallakarupan ini, rakyat perlu waspada kerana Nallakarupan adalah seorang taukeh judi. Adalah amat naif jika seorang jelas terang lagi bersuluh merupakan taukeh judi dipercayai. Taukeh judi adalah jelas seorang fasiq yang tidak boleh diterima berita daripadanya berdasarkan firman Allah swt:
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُوۤاْ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوۤاْ أَن تُصِيبُواْ قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan