Kunjungan

Khamis, 21 Ogos 2008

Arif perlu 28,000 undi untuk menang


Risikan terbaru Barisan Nasional (BN) menunjukkan sehingga semalam, calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat kira-kira 20,000 undi.

Menurut Arif Shah, beliau memerlukan 28,000 undi untuk menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini."Jika trend ini berkekalan, saya akan menang dengan majoriti tipis," katanya
Permatang Pauh mempunyai 58,459 undi. Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 30,348 undi, menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Pirdaus mendapat 16,950 undi.

Tiada ulasan: