Berita-berita dalam akhbar dan TV melaporkan bahawa TG Nik Aziz meyokong sumpah Saiful Bukhari dan mengatakannya selari dengan Islam. Tujuan mereka tak lain hanyalah ingin memberi kredit kepada sumpah yang dibuat oleh Saiful. Tiada kaedah fekah yang memperakui sumpah yang dibuat Saiful. Sumpah Saiful adalah bid'ah yang direkayasa untuk melancarkan plot politik pihak tertentu.
Datangkan senarai contoh mubahalah yang pernah dibuat dalam sejarah!
Semenjak zaman Rasulullah hingga zaman kini. Kalangan ulama mana yang menjadikan mubahalah sebagai penyelesaian dalam kes-kes jenayah. Saiful dan ahli politik yang menungganginya mengatakan dia telah bermubahalah dan Anwar juga perlu bermubahalah jika benar-benar dia tidak melakukan.
Kengganan Anwar untuk bersumpah adalah selari dengan kaedah perundangan Islam dan bukan kerana takut. Menegakkan Islam adalah juga dengan menegakkan kaedah perundangan Islam. Bersumpah dalam kes jenayah adalah karut marut yang diada-adakan.
Petikan berita dari Mstar
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan laporan akhbar hari ini yang menyiarkan kenyataannya bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut kaedah Islam.
Semalam saya kata macam ni. Sumpah dalam Islam ialah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bukan dengan memegang al-Quran," jelasnya.
Nik Aziz berkata, sumpah dengan memegang al-Quran umpama meniru budaya penganut agama Kristian yang menyentuh Bible untuk bersumpah.
"Semua kita tiru barat. Seperti Nabi Muhammad (SAW) tidak tinggalkan kita ajaran untuk kita contohi.
"Ini semua karut. Inilah kerja Melayu Umno yang suka tiru barat," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi perbahasan usul di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di sini hari ini.
Beliau sekali lagi menegaskan sumpah menggunakan al-Quran bukan mengikut amalan Islam yang sebenar.
"Sumpah dalam Islam tu memang ada. Tapi tak semestinya pergi ke masjid, di rumah pun boleh...atas batas jalan tengah jalan pun boleh. Tak ada apa-apa masalah," katanya.
Tambah beliau, bersumpah di masjid juga sama seperti tindakan orang Kristian yang pergi ke gereja untuk bersumpah.
Ditanya adakah sumpah perlu dilakukan dihadapan seorang imam, beliau berkata: "tak perlu ada imam, ada malaikat dah cukup."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan