Kunjungan

Rabu, 12 Mac 2008

Tiada lagi DEB di Pulau Penang

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa sebaik sahaja Lim Guang Eng mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang, Dasar Ekonomi Baru pun dihapuskan. Apakah selama ini DEB memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang? DEB yang selama ini diwarwarkan sebagai membela ekonomi bumipetera sebenarnya tak lebih dari tunggangan pihak tertentu untuk memperkayakan diri sendiri. DEB bukan lagi untuk bangsa melayu tetapi hanya untuk beberapa kerat Melayu yang tamak dan mementingkan diri.

Sebenarnya Lim Guang Eng tidak mengatakan bahawa tiada lagi DEB tetapi dia kata semua rakyat Pulau Pinang mempunyai hak yang sama rata. Memang menjadi tabiaat media kerajaan mentafsirkan sendiri ikut selera apa yang diucapkan orang lain. Seperti Kes Tadika Kemas di Kedah. Berita kerajaan lebih berniat mencari sensasi.

Sila baca:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Awasi laporan media kerajaan!

Tiada ulasan: