Jika dilihat kepada pola keputusan PRU12 baru-baru ini kita dapat melihat bahawa pengundi kawasan bandar telah memilih Barisan Rakyat untuk diberikan undi mereka. Di Wilayah Persekutuan sahaja, dari 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 10 dimenangi oleh calon-calon Barisan Rakyat. Tentunya warga Kuala Lumpur adalah golongan yang cerdik pandai jika dibandingkan dengan warga Sabah atau Sarawak yang memberikan undi terbesar kepada BN.
Dari sini, bolehkah kita simpulkan bahawa BN adalah parti pilihan orang yang rendah pencapaian pendidikannya. Dengan kata lain, orang bijak mengundi Barisan Rakyat manakala orang bodoh masih lagi mengundi BN.
Jika begitu BN akan takut membangunkan pendidikan untuk rakyat kerana jika rakyat menjadi bijak kerana pendidikan mereka, mereka akan menolak BN.
Masa depan BN makin kelam sedangkan masa depan Barisan Rakyat makin cerah dan cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan