Kunjungan

Sabtu, 15 Mac 2008

"Surat Mukhriz bukan pendirian Pemuda" Hishammuddin


Oleh Bernama

Sabtu, 15 Mac 2008

KL: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika benar anggota Exconya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ada menulis surat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur, ia dibuat secara peribadi.


Beliau berkata permintaan Mukhriz supaya Perdana Menteri berundur berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) di lima buah negeri pada pilihan raya umum Sabtu lepas bukan merupakan pendirian Pemuda Umno.Pergerakan itu tetap berpegang kepada kenyataan yang dibuat sebelum ini untuk berdiri teguh di belakang Abdullah selaku Presiden Umno dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak."Sekiranya pendirian meminta YAB Perdana Menteri berundur itu dikeluarkan atas sifat peribadinya, maka secara peribadi saya menganggap bahawa cara dan masa ianya dibuat adalah tidak sesuai."Dalam keadaan sekarang apa yang lebih utama ialah bagaimana penyusunan parti dapat dilakukan demi kebaikan semua kerana institusi lebih penting dari segala-galanya," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.Hishammuddin juga berkata Pemuda Umno masih berpegang kepada pendirian bahawa sebarang keputusan melibatkan kepentingan parti mesti dibuat secara kolektif dan bukan oleh individu.Agensi berita asing hari ini mengeluarkan laporan memetik Mukhriz, Pengerusi Biro Antarabangsa pergerakan itu, mengaku menghantar surat kepada Abdullah, dua hari lepas meminta pemimpin itu supaya meletakkan jawatan.

Tiada ulasan: