Begitulah kuasa Allah. Allah boleh mengangkat sesiapa sahaja dan menjatuhkan sesiapa sahaja. Jika ditanya kepada Ir Mohammad Nizar sendiri sewaktu terjun dalam dunia politik dan bertanding atas tiket PAS di Adun Pasir Panjang, Perak, apakah dia berhasrat menjadi MB?
Tentunya dia akan tersenyum dan menggelengkan kepada. "Mana mungkin aku menjadi MB bagi sebuah negeri bernama Perak", mungkin begitulah luahan Ir Mohammad Nizar.
Tidak terlintas dalam fikiran sesiapa bahawa Ir. Mohammad Nizar akan menjadi MB negeri Perak. PAS juga tidak menaruh harapan untuk mengangkat calonnya menjadi MB Perak.
Di sinilah kita mesti terhenti dan mengucapkan, "alangkah besarnya kuasaMU wahai Allah!".
Bagi yang berfikir akan menginsafi hal ini. Sesungguhnya kebesaran Allah banyak terpamir dalam keputusan PRU12 ini dan kini kebesaran itu terus terpamir dalam hal pengangkatan Ir Mohammad Nizar sebagai MB Perak. Entah berapa banyak lagi keajaiban yang akan dapat kita saksikan.
Semuanya kita telusurilah dengan penuh keinsafan.
Bahawa Allah berkuasa atas segalanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan