Sehari selepas jatuhnya BN di lima buah negeri, media massa arus perdana terus memainkan stail lama untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada pembangkang. Sebagaimana yang pernah dimainkankan di Terengganu ketika Terangganu jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999, iaitu Tadika Kemas ditutup oleh kerajaan pembangkang, kini ia dimainkan di Kedah, Perak dan selangor.
Rakyat telah faham dengan niat buruk media massa dalam isu sebegini. Rakyat juga telah buka mata bahawa perkara sebegini berlaku tidak semestinya datang dari parti pembangkang, khasnya PAS. Ust. Azizan bin Abd Razak sendiri telah dilaporkan dalam berita arus perdana bahawa beliau mengarahkan agar Tadika Kemas diteruskan.
Pas telah mengambil pengajaran mainan politik BN. Politik mengapikan kebencian ini.
Kita akan tahu siapa sebenarnya dalang di sebalinya isu Tadika Kemas ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan