Kunjungan

Isnin, 17 Mac 2008

Saya MB untuk semua rakyat...


"Saya adalah Menteri Besar kepada semua rakyat di negeri ini tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan ideologi, kerana itu saya akan memastikan tidak akan ada diskriminasi dalam perjalanan pentadbiran kerajaan rakyat."
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan yang dipilih sekarang ini bukannya Kerajaan PAS, atau DAP mahupun PKR, sebaliknya ianya kerajaan rakyat.
Sambil tidak menafikan peranan kerajaan yang terdahulu, sekali gus mengucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali, yang telah membangunkan negeri ini, beliau turut memberi jaminan mana-mana dasar dan amalan pentadbiran kerajaan yang terdahulu akan diteruskan sekiranya masih memberikan kebaikan kepada rakyat dan negeri ini.
"Saya amat mengalu-alukan pandangan positif dari Tajul Rosli dan rakan-rakan dari Adun BN sama ada dalam sidang Dewan Undangan Negeri atau di waktu-waktu yang lain, pejabat saya sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana Adun BN bagi memberikan pandangan untuk membangunan negeri ini," ujar beliau.

Tiada ulasan: