Jika kita teliti berita beberapa hari terakhir ini, banyak cemuhan dan tuduhan dilemparkan kepada kerajaan BA yang baru dibina. Ust Azizan dituduh mengarahkan Tadika Kemas ditutup. Kerajaan PAS juga dimomokkan dengan perlaksaan hudud. Terbaru Lim Guang Eng dituduh sebagai pencetus api perkauman kerana dikatakan membatalkan DEB. Kemudian terkini, bapanya Lim Kit Siang dituduh biadab kerana membantah keputusan Sultan Perak yang memutuskan calon dari Pas, Ir Muhammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Dalam kesibukkan media menyalahkan Lim Kit Siang dalam kes boikot majlis akat sumpah Menteri Besar Perak, politik Perlis pun bergolak. Kali ini BN diuji kepatuhannya terhadap keputusan raja Perlis. Apakah Shahidan akan bersikap biadab seperti Lim Kit Siang dengan menetang keputusan Raja Perlis. Setelah membantah keputusan Sultan Perak, Lim Kit Siang menunjukkan sikap mulia dengan meminta maaf. Apakah sikap begini akan ada pada Shahidan?Apakah pak Lah sendirim akan akur dengan keputusan Raja Perlis.
Di sini kita akan saksikan sambil berfikir!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan