UMNO Bahagian Kapar Jumaat malam mengadakan perhimpunan yang dihadiri lebih 3,000 orang bagi menyatakan pendirian UMNO Bahagian tersebut berhubung dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru. Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil ketika berucap pada pehimpunan tersebut berkata, UMNO Bahagian Kapar akan menggerakkan jentera parti itu mengumpulkan data dan maklumat mengenai janji-janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan PAS untuk dituntut pelaksanaannya. "Kita akan mengumpulkan senarai anak-anak yang diletakkan pusat jagaan bagi dituntut bayaraan sebanyak RM75 yang dijanjikan, kita akan kumpulkan senarai anak-anak di Tadika bagi dibayar RM50 sebulan seperti yang dijanjikan. Jika ini tidak dapat ditunaikan, kita gegarkan pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini janji mereka," katanya sambil disambut tepukan hadirian yang melaungkan slogan Hidup Melayu dan Hidup UMNO. Rahman juga dalam ucapannya meminta ahli-ahli UMNO Bahagian itu terus berdiri teguh mempertahankan kepimpinan parti.
Demikianlah sikap para pemimpin yang haprakn lantaran kehilangan kuasa. Mereka sibuk dengan satu perkara yang bukan kerja mereka. Mereka telah diberi peluang bertahun-tahun untuk buat kerja tetapi mereka tak buat kerja. Bila negeri Selangor diperintah oleh pembangkang, mereka melepaskan geram dengan memberitahu rakyat bahawa mereka akan buat kerja mengumpulkan data bagi menjayakan manifesto kerajaan baru. Mereka sebenarnya bukan bertujuan mahu membantu menjayakan manifesto kerajaan baru tetapi ingin menyindir. Seolah-olah mereka berkata, kami akan longgokkan senarai nama anak-anak pusat jagaan dan anak-anak tadika di depan pejabat MB sehingga mereka tak mampu memberikan wang kepada anak-anak tersebut.
Mereka menuntut kerajaan baru menunaikan janji. Mereka lupa janji mereka. Janji pemimpin mereka untuk mewujudkan Malaysia yang aman, selamat dan makmur. Lebih baij mereka membantu Pak Lah menyediakan data mengenai berapa ramai kanak-kanak yang hilang pada tahun ini agar langkah menjaga keselamatan mereka boleh diambil. Lebih baik mereka menghitung berapa banyak projek yang tergendala dan berapa pula yang telah disuntik dana tambahan berbanding harga asal agar wang rakyat selamat. Lebih baik mereka mengatur program bantuan yang dapat dirasai semua rakyat agar merasa makmur semua rakyat bukan segelintir melayu yang berdampingan dengan pemimpin yang merasa makmur!
Khir Toyo itu orang yang tersedar dari tidur. Memang tabiat orang baru sedar dari tidur suka meracau. Orang diganggu tidurnya dan disedarkan sebelum tidurnya cukup akan marah dan suka meracau. Demikianlah juga Datuk Abd Rahman Palil itu.
Biarkan orang meracau dengan racaunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan