Kunjungan

Rabu, 12 Mac 2008

Khir Toyo masih tak insaf


Kelihatan bekas MB Selangor yang gagal mempertahankan jawatannya masih tidak insaf. Berita arus perdana hari ini memaparkan kata-kata meracau orang kecewa ini bahawa dia akan memastikan kerajaan baru Selangor melaksanakan janjinya, Menurutnya, dia akan menyediakan senarai-senarai nama kanak-kana Taska yang perlu dibantu dengan jumlah wang tertentu sebagaimana manifesto Barisan Rakyat.
Media arus perdana memainkan isu melaksanakan manifesto oleh kerajaan baru dari 5 buah negeri yang ditawan.
Mereka lupa...apakah kerajaan BN melaksanakan manifestonya pula. Hari ini, seorang kanak-kanak lagi hilang. Mana aman yang ditekankan dalam manifesto BN?
Sebenarnya sebahagian besar manifesto Barisan Rakyat ialah apabila dapat menawan kerajaan Malaysia. Jika memerintah Malaysia baru manifeto itu dapat dilaksanakan sepenuhnya, termasuk menurunkan harga minyak. Sebagaimana kata Lim Guang Eng, ia akan dilaksanakan jika kerajaan Barisan Rakyat mempunyai akses kepada aset Pertronas.
Orang kalah memang suka meracau. Biarkan! Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Apa lagi yang hendak dikata selain daripada apa yang sedang mereka racaukan?

Tiada ulasan: