Selama hidupku, tidak pernah aku mengenali parti yang lain yang memerintah negeri Kedah selain UMNO. Sejak aku kecil hingga kini dewasa menemapa usia 30-an, hanya UMNO sahaja yang kusaksikan bergentayangan ke seluruh negeri Kedah bertindak sebagai pemerintah. Bersilih menteri besar semunya dari UMNO belaka.Sesungguhnya keputusan pilihanraya baru-baru ini benar-benar diluar dugaan, Peramal politik juga tidak pernah menduga bahawa BN akan tumbang di Kedah, apalagi untuk meikirkan Kedah akan jatuh ke tangan PAS. Ini benar-benar tidak terlintas dalam fikiran para peramal politik Kedah miskipunn dalam sanubari para pejuang,Kuasa Allah sungguh terserlah di sini. Setelah bertahun berjuang...akhirnya Allah berikan kemenangan kepada PAS Kedah. Setelah tokoh-tokoh besar PAS Kedah pergi menemui hadrat Allah, kemenangan datang bersimpun di depan kaki Ust Azizan Abd Razak. Dia MB Kedah yang melakar sejarah.Aku menangis mengenangkan hebatnya kuasa Allah di sini.Takala aku melihat rumah Mahadzir Khalid yang tersergam di tepi jalan antara Sipang Empat Padang Kerasak ke Pekan Naka yang dikatakan berharga lebih 5 juta, aku terharu mengenangkan kuasa Allah. Dia akan berdiri sebagai pembakang dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Bagaimana dia akan melangsaikan harga rumah tersebut. Itulah kemurkaan Allah kerana mempamerkan kekayaan di kawasan miskin!Para penjilat kerajaan selama BN memerintah dahulu, kini sedang berjalan longlai dan mencari ruang untuk menjilat kerajaan pimpinan PAS.Semoga Allah selamatkan kerajaan baru pimpinan PAS..amin
-gula BN...
-gula BN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan