Ternyata sepanjang tempoh berkempen, sehinggalah malam keputusan PRU 12, rakyat Malaysia disajikan dengan bual bicara oleh penganalisis politik yang dikeluarkan kamar universiti yang sunyi sepi, sarat dengan buku-buku tetapi terputus dari masyarakat. Mereka, para penganalisis itu ada gelaran-gelaran kesarjanaan di hadapan namanya. Mereka berbicara mengenai perlunya bijaksana dalam memilih, tidak mengikut emosional, mengambilkira masa depan bangsa dan berbagai-bagai lagi hujah-hujah retorik yang sesungguhnya sudah basi di telinga rakyat. Mereka melagukan kembali lagu lama. Mereka menyusun analisis lama dalam nama baru.
Akhirnya, Apabila bayang-bayang kekelahan BN telah keliihatan, ulasan mereka bertukar corak dan nada. Baru ulasan mereka memihak kepada rakyat. Bagi saya, cerdik pandai sebegini tidak berprinsip dan mereka sebenarnya bukan cendikiawan tulin. Mereka tak lebih dari opurtunis yang melihat riak dan gelombang, mana yang menguntungkan mereka.
Satu hal dapat aku fahami dari mainan penganalisa ini, bahawa rakyat Malaysia lebih bijak daripada mereka. Pandangan orang yang ditonjolkan sebagai tokoh akademik dan sarjana tidak laku. Bukan lagi ikutan dan panduan bagi masyarakat Malaysia. Ini perlu disedari oleh para penganalisa ini bahawa mereka tika ada makmum yang memetik buah akal mereka.
Chandra Muzaffar yang begitu hebat dalam cubaannya mendiskreditkan DSAI ternyata sudah jadi seorang sarjana terbuang. Dia telah melemparkan dirinya sendiri dalam kancah manusia yang dilihat tak berperinsip dan penjilat. Pada akhirnya Chandra Muzaffar akan terkapai-kapai dalam dunianya sendiri. Dia tidak akan mendapat tempat dalam kerajaan dan dia juga dilupakan oleh sahabat-sahabatnya dalam pembangkang dahulu.
Ramai lagi...ramai...aku tak mampu menyebut nama mereka. Mereka yang pernah keluar dalam TV, aku sentiasa ingat muka mereka. Aku katakan bahawa mereka adalah tokoh yang tak ada pengikut. Tokoh yang ilmunya tak dituruti.
Hari ini rakyat Malaysia telah cukup pandai. Orang pandai, berpelajaran tinggi, dan bijaksana telah bercempera dalam masyarakat. Mereka ini bukan lagi hamba para sarjana penjilat seperti yang muncul di musim pilhanraya...
Inilah masa depan Malaysia...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan