Kunjungan

Isnin, 31 Mac 2008

Sufiah Yusuf jadi pelacur

Masihkah ingat dengan wajah di atas?Dialah gadis pintar dalam matematik yang satu ketika dahulu namanya terpampang dalam akhbar-akhbar di negara kita. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Oxford seawal usia 13 tahun. Kemudiannya namanya pun tak kedengaran lagi. Orang pun hampir melupakannya. Dialah Sufiah Yusuf, anak pasangan Farooq dan Halimatun dari Johor.

Malangnya, beliau kini yang sudah berusia 23 tahun sudah menjadi pelacur. Demikianlah yang dilaporkan oleh akhbar News of the World .

Baca lagi di Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/80614

Ahad, 30 Mac 2008

Melayu Mudah Lupa-Dr M

Mansuh sistem kuota – Dr. Mahathir menyarankan sistem yang dia sendiri bid'ahkan semasa dia menjadi presiden UMNO dimansukhkan. Kenapa sekarang? Setelah dia tidak berkuasa? Dr.M sudah lupa bahawa banyak yang dia lakukan dahulu kini memakan diri. Kemuncaknya adalah perlantikan Abdullah sebagai pengganti. Apakah dia lupa bahawa dialah yang melantik Abdullah?
Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupaT
iada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Oleh: Dr.M

Jangan mengharap kepada Dr. M


Orang Melayu Akan Diperalat Jika Pilih Anwar Jadi PM, Kata Dr M. Demikianlah bunyi tajuk satu laporan Bernama. Hujah-hujah Dr. M mengapa orang Melayu perlu menolak Anwar masih seperti dahulu. Anwar masih dilebelkan sebagai ejen asing yang akan merosakkan negara. Sebenarnya Dr. M masih belum bertaubat. Bagi orang yang pernah melakukan dosa besar dan belum bertaubat, tidak boleh diterima oleh rakyat dalam dimensi politik baru yang sedang dibina ini.


Sabtu, 29 Mac 2008

20 meter padu air percuma mulai 1 Jun


Semua pengguna air bagi rumah kediaman di Selangor akan mendapat bekalan air 20 meter padu secara percuma mulai 1 Jun depan.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di negeri itu seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman.
"Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008," kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini.
"Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai.
"Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya.Justeru, tambah beliau, rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran sumber agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.
"Bagi membantu usaha ini, kerajaan negeri turut akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat," katanya.

Khamis, 27 Mac 2008

Kerajaan Pulau Pinang amalkan jimat cermat.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini-27/3/2008 melaporkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah membatalkan tempahan 5 buah kereta Proton Perdana V6 untuk exco kerajaan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Kos bagi 5 buah kenderaan tersebut adalah RM623,000.
Ini bermakna wang negeri telah dapat diselamatkan dari menukarkan kereta baru padahal kereta lama masih boleh dipakai. Sesungguhnya tindakan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Lim Guang Eng ini patu dipuji dan dicontohi oleh negeri lain terutama yang kini sedang diurus tadbir secara boros oleh para pemimpin BN.

Selasa, 25 Mac 2008

UMNO Muar desak Pak Lah undur

MUAR: Seramai 80 pemimpin Umno Bahagian Muar menggesa para pemimpin mereka supaya mengadakan mesyuarat agung tergempar untuk menggesa presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meletak jawatan.

Kumpulan itu, yang termasuk jawatankuasa Bahagian, sayap Wanita dan Pemuda, telah berkumpul di rumah Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman untuk meminta pandangan beliau mengenai keputusan mereka.

Para pemimpin Umno Muar yang kecewa apabila pengerusi bahagian, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah, kehilangan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Maharani dalam pilihan raya 8 Mac lalu, berasa sudah tiba masanya Umno diberi nafas baru.

Jurucakap kumpulan itu, Zakariah Mahadi, berkata pucuk pimpinan Umno harus bertanggungjawab di atas keputusan pilihan raya baru-baru ini dan meletak jawatan.

Encik Zakariah, mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang, berkata anggota Umno bahagian Muar juga sedih dengan kehilangan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kepada parti pembangkang.

'Kami juga memutuskan untuk memberi sokongan kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dalam usaha beliau hendak memulihkan maruah Umno,' kata beliau selepas perhimpunan kelmarin.

Sementara itu, Datuk Kadar yang rapat dengan Tengku Razaleigh berkata, Datuk Seri Abdullah harus mendengar kehendak pemimpin akar umbi kerana ramai kini mahu beliau meletak jawatan.

Menurutnya, punca ramai pengundi Melayu menolak Barisan Nasional ialah kerana kurangnya pekerjaan bagi anak mereka meskipun sudah mempunyai ijazah dan diploma.
sumber: klpos.com

Isnin, 24 Mac 2008

Apa dah jadi dengan rakyat Terangganu ini?


Lihatlah banner yang digunakan oleh pendemo fanatik Idris Jusuh ini. "KAMI NAK IDRIS NATANG!"(kami mahukan Idris , binatang!). Kepada siapa ditujukan kutukan ini kalau bukan kepada pihak istana Negeri Terangganu yang telah menolak Idris Jusuh dan melantik Ahmad Said?. Alangkah celuparnya mereka yang melemparkan makian "binatang" kepada Sultan mereka!.

Senarai Exco Selangor


Kereta itu akan jadi seburuk ini...


Kapal itu hampir karam.


Ahad, 23 Mac 2008

Menungan...

Oh...malangnya nasib...

Kenapa beruk berkelahi?

Eh...kenapa dua ekor beruk ini bergaduh?Beruk mana ni? Beruk Tanjung Bunga atau beruk Pantai Cherating? Beruk Tanjung Bunga tak bergaduh. Tentu Beruk Pantai Cherating. Selalunya beruk bergaduh kerana berebut sesuatu. Kalau tak berebut kacang, mungkin berebut bunga. kalau tak pun berebut beruk betina.Memang beruk suka berebut. Beruk ada sifat tamak dan beruk suka menggigit sekalipun tuan sendiri. Waspadalah dengan beruk di mana sahaja mereka berada....

Golongan muda kurang patriotik?

Satu kenyataan yang sungguh ajaib terpancar dari lidah kerajaann iaitu TV1 kelmarin:"Golongan Muda hari ini kurang semangat patriotik kerana memilih pembangkang dalam pilihanraya baru-baru ini".

Apakah itu patriotik?

Oh! Patriotik?Patriotik adalah mencintai parti UMNO, berjuang untuknya dan hidup dan mati kerananya. Itulah patriotik. Patriotik cuma ada di Malaysia dan tiada dalam mana-mana bahagian dunia. Di Malaysia pula hanya ada dalam UMNO, tiada dalam lainnya. Dalam bahasa mudah, patriotisme sama erti dengan umnonisme.

Inilah jawapa bagi yang mahu tahu erti patriotik!

Bakal dipecat dari UMNO

Setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor lewat malam ini dilaporkan memberi amaran keras kepada Adun Kijal.
Datuk Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika beliau tetap bersedia menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar esok, lapor Bernama.
Bagaimanapun, Tengku Adnan enggan mendedahkan apakah bentuk tindakan disiplin yang bakal dikenakan terhadap Ahmad.
Beliau menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dan tidak wajar Ahmad menerima jawatan itu.

Dengan kata lain, Datuk Ahmad Said menghadapi risiko dilucutkan keanggotaan Umno akibat didakwa melanggar arahan presiden Umno, dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu meneruskan khidmat Datuk Seri Idris Jusoh bagi penggal kedua

Ahmad Said tetap pergi ke istana

Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said tetap pergi ke Istana Terengganu di Kuala Terengganu pagi ini tetapi hanya diberi watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu.
Difahamkan pihak Istana menetapkan majlis angkat sumpah kemudian.Beliau tiba di istana itu jam jam 7.25 pagi.Pada jam 8 pagi pula Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid tiba untuk menghantar surat bantahan dari 22 ADUN BN negeri itu yang lain.
Jumlah 22 ADUN itu tidak termasuk nama Datuk Seri Idris Jusoh.Pada jam 8.25 pagi Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman menyampaikan surat watikah kepada Ahmad Said.Beliau kemudiannya meninggalkan Istana itu dan tidak bercakap dengan para wartawan

Ahmad Said bakal MB Terengganu-Pemimpin kebudak-budakan.


Jika Ahmad Said menjadi MB, amat malang negeri Terengganu mendapat MB yang kebudak-budakan sepertinya. Sila lihat akhlaknya di:

Krisis MB Terengganu

Datuk Ahmad Said yang djadualkan akan mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu hari ini diberi amaran akan dipecat jika meneruskan hasratnya mengangkat sumpah. Selain itu 23 ADUN BN tak akan menghadiri upacara itu.
Nampaknya dalam kes ini, legasi pihak istana Terengganu benar-benar dicabar oleh BN Terenganu malah parti UMNO sendiri. Mereka benar-benar menderhaka kepada sultan sebagaimana yang mereka cemuhkan kepada Lim Kit Siang baru-baru ini.

Khamis, 20 Mac 2008

Menteri Penerangan Baru


Ahmad Sabbery Chik telah dinamakan oleh Perdana Menteri sebagai Menteri Penerangan yang baru menggantikan Zainuddin Maidin yang telah tewas di dalam pilihanraya yang lalu.

MB Terengganu


Dato Rahin Mohd Said dikatakan bakal MB Terengganu bagi menggantikan Datuk Idris Jusuh

Barisan Rakyat akan terbitkan akhbar


DALAM satu langkah drastik yang realistik, Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP di lima negeri termasuk Kelantan akan memulakan langkah menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap laporan tidak seimbang oleh media tempatan terhadap Barisan Rakyat.

Radzi letak jawatan


BEKAS Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad meletakkan semua jawatannya dalam parti Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari ini.

Menurut Radzi, beliau berbuat demikian kerana tidak mampu lagi bekerja dan perletakan jawatan itu direstui oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Radzi ialah Setiausaha Agung UMNO dan BN.

Jelasnya, beliau bagaimanapun akan tetap berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kangar kerana rakyat masih memerlukan perkhidmatannya.

Ku Li akan cabar Pak Lah


TENGKU Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau sanggup menerajui Umno jika ia satu-satunya cara untuk memulihkan imej parti itu berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Khir Toyo Letak Jawatan


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai mengambil tanggungjawab ekoran kekalahan teruk BN Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 sehingga menyaksikannya terlepas ke tangan pembangkang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju melantik Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sebagai pengganti

Rabu, 19 Mac 2008

Rafidah akan terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Khabar yang tersebar sebelum ini bahawa rafidah akan meletakkan jawatan sebagai ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia nampanya tak jadi.

Menang jadi arang



Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim,bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan bekas Menteri Sumber Asli Datuk Seri Azmi Khalid, ketiganya menghadapi kerjaya politik yang samar-samar.

Rafidah Mahu Letak Jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO

Tidak puas hati dengan kabinet yang diumumkan oleh Pak Lah kerana tiada wakil daripada Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah diberitakan akan meletakkan jawatan.

Mengejutkan: Datuk Anifah Aman tolak jawatan dalam kabinet.


Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis, Sabah, yang dilantik untuk memegang jawatan Tim. Menteri dalam Kementerian Pengangkutan menolak jawatan tersebut. Dengan ertikata lain beliau enggan menerima perlantikan tersebut. Inilah julung kali dalam sejarah Malaysia seorang yang dilantik menjadi menteri kabinet menolak perlantikan tersebut.
Sumber:klpos.com

Selasa, 18 Mac 2008

Prowaris mendesak Pak Lah berundur


Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) mengemukakan memorandom agar Pak Lah berundur.


Atau klik:http://www.prowaris.org/ untuk ke laman PROWARIS.

Shahrir-Antara tokoh UMNO yang berprinsip



Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Samad yang hari ini dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, selepas 21 tahun berada di luar kerajaan, mempunyai karier politik penuh warna warni...




Tiada tindakan terhadap Mukhriz: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno dalam mesyuarat Exconya petang ini, memutuskan tidak akan mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Tun Mahathir berikutan tindakannya menulis surat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad supaya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan Mukhriz yang juga Exco Pemuda menulis surat kepada Perdana Menteri adalah bersifat peribadi. Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui berkata, beliau lega dan bersyukur kerana isu itu sudah selesai.
Sumber: Berita Harian Online

ORANG BERMASALAH DALAM KABINET PAK LAH.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah ditolak rakyat Lembah Pantai dilantik sebagai Penasihat Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial.

ORANG BERMASALAH DALAM KABINET PAK LAH.

Datuk Zaid Ibrahim dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

ORANG BERMASALAH DALAM KABINET PAK LAH.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah . Siapa boleh melupakan kesnya yang ditahan di Australia kerana membawa wang tunai sebanyak 3 juta. Benarkah Pak Lah memilih anggota kabinet dari kalangan yang bersih dari rekod buruk?

SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET MALAYSIA 2008

Untuk melihat senarai penuh anggota kabinet Malaysia 2008 sila klik:

http://docs.google.com/Doc?id=dfq6vnk4_9g7k3k5qr

Akhirnya Rafidah Disingkirkan


Ternyata pak lah tak memerlukan rafidah lagi.

BN akan tumbang bila-bila masa


Pergolakan dalaman UMNO akan mengundang kejatuhan kerajaan BN. Para pemerhati mengandaikan kerajaan BN yang ada sekarang akan tumbang pada bila-bila masa sahaja. DSAI sebagai pemimpin utama Barisan Rakyat dilaporkan telah maklum hal ini dan mendapat signal awal dari beberapa calon BN yang akan meninggalkan pakatan menyertai Barisan rakyat. Dijangkakan jika agenda ini berjalan sebagaimana yang direncanakan, barisan Rakyat akan mendapat 112 kerusi parlimen berbanding 110 daripada Barisan Nasional.

BEBERAPA TAPAK LAGI KE PUTERA JAYA


Cerita arus bawah yang sedang diperkatakan sekarang adalah bahawa beberapa Ahli Parlimen BN telah sedia melompat parti. Ini menjadikan penguasaan Anwar ke atas Puterajaya makin dekat. Kini menunggu hari yang mengejutkan itu.

Apa kan daya...

"Janganlah tunjuk muka sedih!", kata Khalid Ibrahim kepada Khir Toyo. "Kenapa fail nipis sangat?",tanya Khalid Ibrahim.
"Tu aja fail yang dapat aku bagi kat kau, 4 tahun lebih aku jadi MB fail MB macam ni jalah..." kata Khir Toyo pula.

UMNO Pengecut!

Selepas mendapat keputusan yang teruk dalam PRU12 baru-baru ini, beberapa parti komponen utama BN telah mengadakan mesyuarat masing-masing bagi membincangkan isu-isu berbangkit.
MCA telah mengadakan menyuarat yang antara lain memutuskan presidennya Datuk Sri Ong ka Ting tidak akan memegang apa-apa jawatan dalam kabinet.
Gerakan juga bermesyuarat yang antara lain menerbitkan cadangan agar parti berasaskan kaum dihapuskan dan. PPP juga telah mengadakan mesyuaratnya.
Namun UMNO sebagai parti induk dalam gabungan BN, hingga sekarang masih terpinga-pinga. Cadangan untuk mengadakan mesyuarat khas sebagaimana yang diusulkan oleh Ku Li dan disokong oleh UMNO Johor walau bagaimanapun dibantah oleh UMNO Selangor.
hanya untuk mengadakan mesyuarat UMNO masih ketakutan. Benarlah seperti kata Tun Dr. Mahathir Muhammad, "UMNO has now become completly paralysed".

Kerajaan Selangor kaji bekalan air percuma 20 meter padu pertama.


Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bercadang menyemak perjanjian bekalan air yang dimeterai antara dua syarikat dengan pentadbiran BN sehari sebelum hari pengundian.
Semakan itu perlu bagi mengelak kemungkinan perjanjian itu - untuk mengurus dan merawat bekalan air mentah di loji Sungai Sireh, Tanjung Karang - dibuat secara berat sebelah demi mengayakan pihak tertentu, katanya di sidang media di kediaman rasminya di Shah Alam.
Semakan itu juga untuk membolehkan Selangor, yang diketuai oleh PKR, menunaikan janji dalam manifestonya - bekalan air secara percuma kepada rakyat negeri itu.
Beliau tidak menyebut tarikh tepat pelaksanaan program itu susulan semakan perjanjian air antara Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dengan kerajaan negeri belum bermula.
Bekalan air percuma kepada rakyat Selangor sehingga 20 meter padu dirancang berkuatkuasa mulai April ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manifesto Pilihanraya Dilaksanakan Berperingkat-MB Perak

Isnin, 17 Mac 2008

UMNO Selangor melalut


Jumaat lalu Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil ketika berucap pada pehimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 ahlinya berkata, UMNO Bahagian Kapar akan menggerakkan jentera parti itu mengumpulkan data dan maklumat mengenai janji-janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan PAS untuk dituntut pelaksanaannya. Janji tersebut ialah bayaraan sebanyak RM75 sebulan kepada anak-anak di pusat jagaan dan RM50 kepada kanak-kanak tadika.
Kecewa dengan kekalahan dan hilang hala tuju perjuangan menyebabkan tindak tanduk mereka lebih menampakkan sikap bodoh mereka sendiri.

MB Perak mansuh saman parking-MB Kedah bagi tiket percuma perlawanan bola sepak dan turunkan cukai tanah.

BEBERAPA jam selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pemansuhan bayaran saman dan notis kompaun membabitkan penjaja dan parking kereta yang diterima semua rakyat negeri itu sehingga tarikh hari ini.
Sementara itu di Kedah, Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.

Selain itu kerajaan Kedah juga akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.

Anwar sahkan berunding dengan beberapa Ahli Parlimen BN


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.


"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar, dengan menambah beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan dibayar.


"Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.


Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Sumber: klpos.com

Dr. Isa Sabu angkat sumpah MB Perlis

Datuk Dr. Isa Sabu dicium ibunya

Datuk Dr Md Isa Sabu selamat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis pada jam 5.35 petang Isnin di depan Raja Perlis di Istana Arau.Kesemua 13 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis yang lain hadir kecuali bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Saya MB untuk semua rakyat...


"Saya adalah Menteri Besar kepada semua rakyat di negeri ini tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan ideologi, kerana itu saya akan memastikan tidak akan ada diskriminasi dalam perjalanan pentadbiran kerajaan rakyat."
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan yang dipilih sekarang ini bukannya Kerajaan PAS, atau DAP mahupun PKR, sebaliknya ianya kerajaan rakyat.
Sambil tidak menafikan peranan kerajaan yang terdahulu, sekali gus mengucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali, yang telah membangunkan negeri ini, beliau turut memberi jaminan mana-mana dasar dan amalan pentadbiran kerajaan yang terdahulu akan diteruskan sekiranya masih memberikan kebaikan kepada rakyat dan negeri ini.
"Saya amat mengalu-alukan pandangan positif dari Tajul Rosli dan rakan-rakan dari Adun BN sama ada dalam sidang Dewan Undangan Negeri atau di waktu-waktu yang lain, pejabat saya sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana Adun BN bagi memberikan pandangan untuk membangunan negeri ini," ujar beliau.

Terkini-Anwar akan membuat pengumuman menggemparkan!

Oleh Mohamad Mukhreez

ADA sesuatu yang sedang berlaku, sehingga memaksa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, ADUN dan Ahli Parlimen parti petang ini.

Sumber KLpos.com memberitahu pertemuan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama NGO negara diadakan di rumah Setiausaha Aguang PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Damansara.

"Anwar akan umumkan sesuatu yang 'besar' dan minta semua yang dipanggil memberikan pendapat," kata sumber tersebut.

Apakah ini berkaitan dengan desas-desus penyeberangan kumpulan tertentu ke dalam PKR?

Sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari mereka yang hadir.
Sumber: klpos.com

Capaian Berita-berita pilihanraya 2008-hinga 16b Mac 2008

Menjernihkan Perubahan Pas-DAP

Awasi khabar palsu yang tersebar


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Annual Bakhri Haron menafikan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mempunyai aturcara di Shah Alam 27 dan 28 Mac ini.
Annual menegaskan penafian terpaksa dibuat kerana banyak disebarkan SMS bahawa Mursyidul Am akan menyampaikan ucapan di Stadium Negeri pada 27 Mac dan berkhutbah di Masjid Negeri Selangor pada 28 Mac depan.

UMNO Johor masih berjiwa merdeka.

Cadangan Ku Li agar diadakan Perhimpunan Khas UMNO disambut oleh UMNO Johor.
Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda Umno Johor Suhaimi Khalid berkata perhimpunan khas itu hendaklah diadakan sebelum Perhimpunan Agung Umno yang dijangkakan pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak
Jika dipandang pada beberapa isu sebelum ini, UMNO Johor nampaknya masih lagi memiliki kemerdekaan dan keberanian berbanding UMNO di negeri-negeri lain. Ketia isu Bahasa Melayu diperkatakan apabila perlaksanaan PPSMI, UMNO Johor mengemukakan pendirian tegas mereka menolak penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik melalui kenyataan menteri besarnya Abd Ghani Othman.
Padahal pada masa itu UMNO lain hanya angguk kepala.

Md Isa sabu Disambut Meriah Di Perlis

KANGAR, 17 Mac (Bernama) -- Datuk Dr Md Isa Sabu yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis petang ini, diberi sambutan meriah pada majlis perhimpunan yang dihadiri lebih 5,000 penduduk negeri ini dan penyokong beliau di perkarangan Stadium Utama di sini hari ini.
Sebelum itu, ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah juga disambut dengan ribuan penduduk Perlis dan penyokong beliau yang kemudiannya mengiringinya dengan bas dan kereta sejauh lebih 50 kilometer ke Kangar untuk menghadiri perhimpunan itu.
Md Isa, 61, ketika memberikan ucapan sulungnya selama 15 minit berkata, kerajaan Perlis yang diterajuinya akan bersikap lebih telus kepada rakyat selain memastikan perpaduan menjadi agenda penting.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu berharap ikatan perpaduan rakyat terus kukuh dan hasrat itu akan mudah dicapai melalui sokongan seluruh penduduk.
Katanya, kehadiran ADUN Simpang Empat yang mewakili parti PAS, Rus'seli Eizan meyakinkannya betapa perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan aliran politik mula menyerlah di Perlis.
Rus'seli yang tiba agak lewat kemudiannya diberi tempat duduk di sebelah Md Isa dan diberikan tepukan gemuruh.
Selepas menghadiri perhimpunan itu, Md Isa yang ditemani isterinya, Datin Asiah Asmuni melawat ibunya, Mahasa Jusoh, 89, di Kampung Kechor selama kira-kira 45 minit.
Md Isa kemudiannya berlepas semula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star bagi menyambut keberangkatan balik Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dari Kuala Lumpur.Di Istana Arau petang ini, Md Isa dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis.
-- BERNAMA

Mohammad Nizar selamat angkat sumpah sebagai MB Perak


Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru kerajaan campuran Barisan Alternatif - DAP, PKR dan PAS.

Namun di sebalik peristiwa bersejarah itu, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencatat `hari ini dalam sejarah' apabila upacara angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah, Bukit Chandan pada 17 Mac adalah tarikh lahir beliau yang ke lima puluh satu.


Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.

Berita lanjut: http://docs.google.com/Doc?id=dfq6vnk4_5f28nxhhc

Surat Mukhriz Mahathir kepada Pak Lah

Versi asal surat boleh dilihat di SINI. SILA KLIK

Khairy tidak termasuk dalam senarai kabinet Pak Lah


"Nama Khairy tidak disenaraikan untuk menyertai kabinet Pak Lah", demikian ujar satu sumber yang rapat Pergerakan Pemuda Umno dan juga rapat dengan ahli Parlimen berkenaan lewat malam ini.Tambah sumber itu lagi Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda Umno sudah tidak ada apa hubungan dan peranan dalam kabinet yang bakal diumumkan kelak.
Abdullah sendiri katanya sudah mulai sedar peranan dan penglibatan menantunya dalam membuat beberapa keputusan berhubung pilihan raya lalu memberikan imej tidak baik kepada dirinya dan BN.Kalau Khairy dilantik menganggotai Kabinet ia menyebabkan imej Abdullah makin kotor dan rakyat yang selama ini bencikan Khairy kerana sikap dan perangai akan menjadi semakin benci dan menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri dan BN.
Jadi kata sumber itu, Abdullah tidak akan mengambil risiko untuk melantik Khairy. Bagaimana pun Khairy dikatakan akan bertindak menjadi penyokong kerajaan yang aktif di dalam Dewan Rakyat kelak

Era baru hubungan PAS-DAP bermula - KIT SIANG

Ahad, 16 Mac 2008

4 VS 9 ADUN- Shahidan gagaljadi MB Perlis

Shahidan mendakwa, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid di belakang pencalonan Dr Isa Sabu


Mereka yang menyokong Shahidan yang dipilih Pak Lah adalah:

1. Khairi Hassan (Mata Ayer)
2. Mansor Jusoh (Chuping)
3. Abdullah Hassan (Sanglang)
4. Jafperi Othman (Guar Sanji)
Mereka yang menyokong Dr Isa pula adalah:

1. Yip Sun Onn (Titi Tinggi)
2. Mat Rawi Kassim (Beseri)
3. Sabry Ahmad (Santan)
4. Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan)
5. Abdul Jamil Saad (Sena)
6. Ahmad Bakri Ali (Kayang)
7. Mat Hassan (Kuala Perlis)
8. Datuk seri Syed Radzlan Putra Jamalullail (Pauh)
9. Rus'sele Eizan (Pas-Simpang Empat)

Sertai Kelab MB Kecundang


Nampaknya Shahidan kassim gagal menjadi MB Perlis apabila keputusan Raja Perlis untuk melantik Dr. Isa Sabu sebagai MB tak dapat digugat lagi. Kini sertai kelab Tajol Rosli Ghazali dan Mahadzir Khalid dan Khir Toyo.

Surat Ku Li






Surat Ku Li Kepada 193 Ketua Bahagian UMNO


Sumber: klpos.com

Pemuda Umno Johor Cadang Perhimpunan Khas Umno

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pemuda Umno Johor hari ini mencadangkan supaya perhimpunan khas Umno diadakan segera bagi membincangkan masalah dan pertikaian pendapat yang timbul dalam parti ekoran tsunami politik dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda Umno Johor Suhaimi Khalid berkata perhimpunan khas itu hendaklah diadakan sebelum Perhimpunan Agung Umno yang dijangkakan pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.

"Perhimpunan khas ini akan membolehkan anggota parti bermuzakarah antara satu sama lain untuk selesai masalah. Kita tak boleh tuduh sesama sendiri sebaliknya bermuhasabah.

"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin lain juga boleh mengambil peluang untuk memberi amanat dan menerangkan kepada akar umbi bagi merapatkan barisan. Yang penting kita kena kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno," katanya ketika menghubungi Bernama dari Kota Tinggi, Johor hari ini.

Beliau berkata pertikaian pendapat yang timbul melibatkan pemimpin dan anggota Umno sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan parti, sebaliknya melemahkan orang Melayu.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemubual Bernama di Putrajaya berkata tsunami politik yang melanda negara pada pilihan raya umum ke-12 merupakan pengajaran yang menuntut semua pihak termasuk kepimpinan negara bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Beliau juga meminta pemimpin akar umbi agar turun ke bawah menerangkan kepada akar umbi mengenai situasi politik semasa agar mereka tidak menjadi seperti "anak ayam kehilangan ibu".

Muhyiddin menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN), ditunjangi Umno, MCA, MIC dan Gerakan, mengekalkan majoriti dua per tiga dalam pilihan raya sebagai genting dan perlu diterima dengan (fikiran) terbuka oleh semua pihak.

Episod politik tentang siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Perlis; kedudukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu; dan tindakan Ahli Parlimen Jerlun yang juga anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir meminta Abdullah meletak jawatan, kini menjadi bualan hangat akar umbi.

-- BERNAMA

‘Agama’ Yang Anti Agama

Satu Tulisan yang membahaskan realiti politik Malaysia-oleh Saiful Islam

Komen Dr. Abdul Aziz Bari mengenai DEB



Nampaknya UMNO memainkan sentimen DEB untuk menarik sokongan Melayu. Persolannya apakah sebanrnya DEB dan apakah ia benar-benar membela Melayu?Apakah kedudukan DEB mempunyai tempat dalam perlembagaan? Sama-sama kita teliti pandangan seorang tokoh perundangan dari UIAM iaitu Dr. Abdul Aziz Bari.

Baca : http://docs.google.com/Doc?id=dfq6vnk4_2htj94fgd

Selangor Tiada lagi Gerhana Aktiviti agama.


Negeri Selangor pada masa pemerentahan BN mengharamkan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid oleh tokoh-tokoh yang dilebelkan sebagai pembangkang. Bagi melaksanakan agenda menghalang rakyat daripada mendapat kesedaran agama, syarat-syarat yang ketat dikenakan kepada mana-mana individu yang hendak menyampaikan kuliah di negeri Selangor. Kini Selangor di bawah pemerintahan baru. Amat memberangsangkan apabila kita mendapat tahu bahawa TG Nik Aziz akan menyampaikan ceramah perdana di Stadium Shah Alam pada 27 mac ini jam 9.30 malam dan akan menyampaikan pula khutbah Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam keesokannya .
Selepas ini zaman gerhana dan kegelapan berada perintah darurat sepanjang zaman BN di Selangor akan terurai satu demi satu. Akan terpancarlah semarah cahaya agama di Selangor Darul Ehsan.Amin...

Ku Li buka gelanggang: Utus surat kepada 193 ketua Umno bahagian


Ku Li mula main peranan. Kegawatan dalam UMNO makin ketara dan tidak dapat dibendung lagi apabila Ku Li mula menghantar surat kepada 193 UMNO bahagian mencadangkan Perhimpunan Khas UMNO diadakan pada 1 Mei ini.

Perhimpunan Haram Di Perak Batal

Perhimpunan haram yang diwar-warkan oleh media arus perdana akan diadakan di Ipoh, Perak dilaporkan batal.

Baca lagi: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13306&Itemid=28

Pelantikan Md Isa Dibuat Berdasarkan Keputusan Majoriti

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dibuat berdasarkan sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.
Md Isa berkata pemilihan itu dibuat selepas pertemuan Raja Perlis bersama sembilan ADUN termasuk beliau di Istana Siraj, di sini semalam. "Kami (sembilan ADUN) adalah daripada 14 ADUN Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi pada pilihan raya 8 Mac. Oleh itu kami merupakan suara majoriti dalam DUN Perlis dan mengikut perlembagaan, Raja ada hak melantik mana-mana pihak yang mempunyai bilangan besar sebagai Menteri Besar," katanya kepada pemberita bagi menjelaskan situasi sebenar di Perlis, di sini hari ini.
Katanya lapan ADUN BN -- Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi), Mohd Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil Saad (Sena), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Mat Hassan (Kuala Perlis), Ahmad Bakri Ali (Kayang) dan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pauh) serta beliau yang memenangi DUN Bintong telah bersepakat menemui Raja Perlis sambil disaksikan sendiri oleh Penasihat Undang-undang Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Raja Muda Perlis.
"Datuk Seri Shahidan Kassim telah menemui Tuanku pagi semalam dan kami (sembilan ADUN) telah menemui Tuanku kemudiannya untuk menyatakan pendirian masing-masing sambil mengakui pendirian itu dibuat secara sukarela tanpa didalangi mana-mana pihak," katanya.
Mengikut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis ada memperuntukkan bahawa Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.
Md Isa, 61, berkata surat tauliah pelantikan telah disampaikan Raja Perlis kepada beliau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta merta.Beliau menjelaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya menghantar surat cadangan kepada Raja Perlis untuk melantik Menteri Besar dan bukannya watikan pelantikan seperti yang dilaporkan beberapa media tempatan hari ini.
"Perdana Menteri mempunyai hak untuk memberi cadangan kepada Tuanku Raja tetapi akhirnya Raja yang ada hak untuk membuat pilihan...saya telah berjumpa Perdana Menteri Isnin lepas untuk memaklumkan perkara ini dan Perdana Menteri mendengar dan mengambil maklum tentang perkara ini," katanya.
Katanya kesembilan daripada mereka mempunyai sebab kenapa tindakan itu dibuat.
"Kami punyai sebab-sebab tersendiri kenapa sembilan daripada kami bersama-sama untuk melakukan perubahan pucuk pimpinan. Semasa kempen pilihan raya selama 13 hari, kami berkempen bukannya kerana berlawan dengan pembangkang tetapi dengan krisis dalaman pucuk pimpinan Umno Perlis sendiri," katanya.
Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya memihak kepada mereka dan rakyat memberikan kemenangan yang tinggi kerana yakin terhadap keupayaan mereka. "Saya mendapat maklum balas bahawa rakyat gembira dengan perubahan baru ini. Jika tuan puan tidak percaya, datanglah ke Perlis hari ini dan melihat sendiri sepanduk yang dipasang rakyat untuk menyatakan sokongan," katanya.
Md Isa turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang permasalahan dengan Shahidan dan menafikan 'kumpulan' itu didalangi oleh Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Setiausaha Agung Umno.
"Kami hanya meminta pertolongan Radzi untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya.Katanya selepas ini beliau akan menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat selepas majlis angkat sumpah diadakan.
"Saya berterima kasih kepada rakyat Perlis yang menyokong BN dan yakin perkara ini akan selesai dalam masa terdekat. Saya berharap semua bersatu padu dan yakin terhadap kepimpinan baru," katanya.Md Isa, bekas guru di Sekolah Menengah Tengku Sulaiman Tunjung merupakan veteran UMNO Perlis dan mula menjadi wakil rakyat sejak 1986.
-- BERNAMA

Pecatlah kalau berani


Cadangan supaya Datuk Mukhriz Mahathir dipecat oleh UMNO Pulau Pinang mengundang bencana kepada UMNO sendiri jika dilaksanakan. Pecatlah kalau berani!