''Mereka sendiri telah nyatakan bahawa mereka bukannya barangan yang boleh dijual beli, mereka ada prinsip,'' katanya.
Ahad, 31 Ogos 2008
BN Desperate: Gagal mendapat Tandatangan Jaminan Kesetiaan MP Sabah
''Mereka sendiri telah nyatakan bahawa mereka bukannya barangan yang boleh dijual beli, mereka ada prinsip,'' katanya.
Rabu, 27 Ogos 2008
BN Kalah-Pak Lah tiada sekelumitpun kewibawaan lagi: Ku Li

Dalam kenyataannya mengulas kemenangan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, ahli parlimen Gua Musang berkata BN tetap tewas walaupun seluruh sumber dan kepimpinannya dikerahkan untuk berdepan tokoh pembangkang itu.
Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.
Tengku Razaleigh menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikul beban ketewasan ini.
"Mustahil untuk disembunyikan: beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks," katanya, yang popular dipanggil Ku Li.
Satu tandatanya buat keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan
"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan".
Apakah wajar keputusan Majlis Fatwa didirikan atas rasa."Kita merasakan...." adalah kenyataan longgar yang tidak bersifat fatwa. Ia lebih kepada pendapat. Pendapat boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja dan tidak perlu Majlis Fatwa bersidang kalau hanya sekadar untuk mengeluarkan pendapat. Pemimpin sebuah negara atau pengemis jalanan pun berhak mengeluarkan pendapat.
"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan,"
Apabila proses perundangan telah selesai, masing telah mendatangkan syahadah dan qarinah dan hakim pun menjatuhkan hukuman, apakah perlu lagi bersumpah atau bermubahalah? Apakah mubahalah itu akan membatalkan keputusan yang telah diputuskan hakim berdasarkan syahadah dan qarinah? Kalau membatalkan, sebaiknya dari awal lagi bermubahalah sahaja dan tidak perlu melalui proses pembuktian. Adalah sia-sia sahaja berhempas pulas membuktikan dengan syahadah dan qarinah jika akhirnya diketepikan oleh sumpah dan mubahalah. Kalau sumpah dan mubahalah itu tidak membatalkan keputusan hakim, apa guna lagi bersumpah atau bermubahalah?sia-sia sahaja! Apakah ia satu cubaan menjadikan masyarakat awam sebagai mahkamah terbuka? Itu tak perlu kerana hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh mahkamah yang yang berpijak atas syahadah dan qarinah serta keputusan hakim!
KESAN BESAR KEMENANGAN ANWAR
Permatang Pauh-Tamparan hebat buat Pak Lah dan Najib
Pak Lah telah beberapa kali turun ke Permatang Pauh untuk merayu dan meminta para pengundi menyokong calon BN, Arif Shah Omar Shah, yang kononnya calon popular dan paling sesuai untuk berdepan dengan Anwar semata-mata kerana dia boleh berturur bahasa Cina, iaitu Mandarin dan Hokkian serta dapat membawa perubahan ke Permatang Pauh.
Sebaliknya, beberapa akhbar berbahasa Cina mendedahkan perbuatan Arif Shah yang kurang jujur berkaitan kelayakan akademiknya.
Selaku pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Pak Lah harus memikul tanggungjawab atas kekalahan BN Pulau Pinang di tangan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum Mac lalu dan kini kekalahan teruk pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.Najib pula boleh dikatakan berkampung di Permatang Pauh untuk memastikan calon BN yang dibanggakan kerana boleh bertutur dalam bahasa Cina itu, patut sama-sama memikul tanggungjawab atas kekalahan itu.
Najib sendiri terlibat dengan serangan peribadi ke atas Anwar dan memperlekehkan agama Islam apabila mengangkat sumpah di dalam masjid di Permatang Pauh. Orang Najib juga telah membawa orang yang tidak sepatutnya terlibat sama dalam pilihan raya kecil ini seperti Konsol Kehormat Mongolia dan manusia yang membuat tuduhan dia diliwat oleh Anwar.
Selain itu, Najib juga telah menggunakan kemudahan kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan untuk turun ke Permatang Pauh sedangkan ia dilarang oleh undang-undang kerana pilihan raya tiada kaitan dengan Kementerian Pertahanan mahupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Ia adalah soal politik dan bukan soal pentadbiran
BN sebenarnya tidak peka dan tidak mengikuti arus perdana berbanding dengan PKR. Kempen yang dijalankan oleh BN tidak berkesan kerana isu yang dibangkitkan lebih mirip kepada serangan peribadi, sogokan pembangunan dan janji-janji manis berbanding dengan isu pokok yang dibawa oleh PKR iaitu kehidupan seharian rakyat.
Kehadiran sebegitu ramai orang UMNO yang berkampung sama ada di Permatang Pauh atau di Bukit Mertajam tidak memberi sebarang kesan kerana kebanykan mereka hanya melepak dan membuang masa. Ketua-ketua bahagian UMNO termasuk yang diterbangkan dari Sabah juga tidak membantu sama sekali. Kehadiran mereka hanya membazirkan wang sahaja.
Oleh kerana terlalu terdesak untuk menang, BN sanggup menggunakan taktik kurang sihat sedangkan kempen yang dijalankan oleh PKR jauh lebih teratur dan berkesan. Isu liwat dan sumpah laknat sebenarnya telah melaknatkan BN sendiri. Kehadiran tokoh-tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat Melayu seperti Dr Haron Din, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dauk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya dengan mudah mematahkan serangan BN itu.
Orang Melayu tolak dakwaan ke atas Anwar kerana mereka tidak dapat menerima perbuatan mengaibkan itu. Mereka berpendapat bahawa ia adalah isu lama yang dibangkitkan semula semata-mata atas kepentingan politik dan ia bukan satu isu bagi rakyat tempatan.
Rakyat Permatang Pauh juga tidak dapat menerima tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar kononnya dia adalah pengkhianat bangsa, ejen Amerika dan yang lebih dahsyat lagi ejen Yahudi
Kita juga tidak boleh menafikan bahawa media arus perdana seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, RTM, TV3 dan stesen-stesen lain di bawah Media Prima dan Bernama, tidak memberi liputan yang adil dan saksama.
Hampir semua media berkenaan menghidangkan laporan berat sebelah atau yang condong memihak kepada BN. Kita juga akui ada media alternatif termasuk penulis blog yang memihak kepada Anwar Ibrahim semata-mata kerana mereka dah naik muak dengan sikap media arus perdana.
Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anwar ke Parlimen seawal pagi esok
Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan ke Parlimen esok selepas menang kerusi Permatang Pauh malam ini."Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya".
Sumber: Malaysiakini
Apa muslihat Pandikar Amin?

Selasa, 26 Ogos 2008
DS Anwar menang majoriti undi 15,671
Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Wan Azizah menang menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi.
Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya lalu ialah 81.87 peratus.
Jangan salahkan Dr Asri dalam isu mubahalah
Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan.
Apabila timbul isu liwat yang dibangkitkan oleh Saiful, maka saya bertanya hal tersebut kepada DSAI sendiri. Daripada penjelasannya beliau memaklumkan bahawa wujudnya konspirasi. Katanya, mahkamah dan polis akan dipergunakan. Saya yang bersimpati jika benar wujud konspirasi tersebut melihat imej beliau perlu dibersihkan dan perancangan buruk perlu dihentikan melalui satu proses yang menakutkan sesiapa yang khianat dan berdusta.
Berdasarkan dakwaan DSAI, mahkamah dan polis tidak dipercayai. Maka saya mencadangkan proses yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang diluar dari hukuman manusia sebaliknya menanti balasan Allah di dunia lagi iaitu Mubahalah. Harapan saya supaya mereka yang jahat akan takut seperti mana golongan Kristian Najran yang takut dengan laknat Allah s.w.t dan tidak berani bermubahalah dengan Nabi Muhammad s.a.w..
Saya maklumkan secara perbualan telefon kepada DSAI bahawa niat saya membersihkan imej beliau dan beliau ketika itu tidak pertikaikan tujuan saya walaupun kelihatan beliau keberatan.
Tiba-tiba selepas cadangan dibuat dan -seperti pandangan-pandangan saya yang lain- ia mendapat liputan yang meluas, Saiful pula yang tampil mencabar DSAI untuk bermubahalah dan telah melaknat dirinya jika dia bohong.
Sementara DSAI enggan menyahutnya atas alasan-alasan beliau. Maka, tiada sebarang konspirasi dalam cadangan ini, sebaliknya tujuan asalnya adalah untuk kebaikan beliau. Jika beliau enggan, maka para pengikutnya yang tidak perlu mempertikaikan pencadangnya”.
Mufti Wilayah Persekutuan Memperlecehkan Ustaz Ramlang

Menurut beliau, mana-mana individu yang ingin mengeluarkan sebarang fatwa atau hukum dalam Islam perlu mendalami ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab Feqah bagi memperkukuhkan hujah mengenai sesuatu perkara.
"Saya sangsi sama ada beliau boleh baca kitab (Feqah) atau tidak. Apabila kita mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan soal hukum, kita seolah-olah bercakap bagi pihak Allah.
"Jadi kita perlu bercakap dengan ilmu dan sesiapa yang mengeluarkan fatwa tanpa merujuk sebarang kitab yang berkaitan maka akan menerima siksaan dari Allah di neraka," katanya dalam sidang media di Pusat Islam di sini hari ini.
Sebenarnya Ustaz Ramlang tidak mengeluarkan fatwa sendiri. Apa yang diucapkan oleh Ustaz Ramlang telah disebut terdahulunya oleh beberapa ulama tersohor. TG Nik Aziz menolak sumpah Saiful dan mengatakan ia tidak mengikut syariat. Demikian TG Hj Hadi, beliau juga menolaknya. Prof Dr Harun Din juga menolak sumpah Saiful. Apakah ulama-ulama ini tak boleh baca kitab Fiqah? Kredibiliti siapa yang lebih tinggi? Mufti wilayah atau ulama-ulama tersebut yang ilmu mereka diperakui. Kuliah-kuliah agama mereka didengari oleh ribuan manusia sedangkan kuliah mufti tersebut, berapa kerat yang mendengarnya. Barakah ilmu mereka meluas, sedangkan ilmu kebanyakan mufti terkurung dalam muzakarah fatwa yang terbatas.
Isnin, 25 Ogos 2008
Selasa cuti umum bagi Pulau Pinang

Sepatutnya pekerja boleh dibenarkan untuk keluar sejam dua bagi membolehkan mereka mengundi dan menyambung semula kerja selepas itu, katanya.
UMNO terkejut gabra dengan pendedahan Ust Ramlang

Dulu kawan sekarang musuh

“Pegawai Khas Najib Atur Sumpah Saiful” - Ustaz Ramlang Porigi

Ahad, 24 Ogos 2008
Ustaz Ramlang Porigi buat pengakuan

Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.
Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.


