Kunjungan

Sabtu, 1 November 2008

Harga petrol, diesel turun 15 sen lagi

 
Mulai hari ini harga petrol turun lagi sebanyak 15 sen.
 Dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON97 akan dijual pada RM2.15 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini manakala diesel dan petrol RON92 yang sebelum ini dijual pada RM2.20 seliter akan dijual pada harga RM2.05 seliter.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat selari dengan penurunan secara ketara harga minyak dunia sejak akhir-akhir ini.
Keputusan hari ini bermakna dalam tempoh tiga bulan lalu kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 55 sen manakala harga diesel pula sudah mengalami penurunan sebanyak 53 sen.
 Sumber: Utusan Online
Komen: Penurunan harga petrol dan disesel memperlihatkan ketidakbijaksanaan kerajaan dalam mengurus ekonomi. Walaupun kita mengakui bahawa penurunan harga petrol dan diesel memang amat dinantikan, namun kenaikan tinggi sebanyak 70 sen dahulu telah mengakibatkan kerosakan pasaran harga barangan tempatan. Biarpun kerajaan telah menurunkan harga petrol dan diesel, harga barang tidak turun. Malah makin naik.
Saya baru menyemak harga susu anak dari jenis lactogen. Dahulunya harganya sebagyak RM22.00 sebelum kenaikan. Selepas kenaikan harga menjadi RM23.90. Apabila penurunan menjadi RM2.30, anehnya harga susu tersebut kini dijual dengan harga RM24.90. 
Kenaikan harga minyak telah membobrokkan harga barang dan ia tidak dapat dipulih dengan penurunan harga minyak. 
Iktibar  buat kerajaan; sebelum menaikkan harga minyak perli fikir seribu malah sejuta kali.

Jumaat, 31 Oktober 2008

Bunuh Altantuya: Razak bebas, 2 anggota UTK diperintah bela diri

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda, yang merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibebaskan pagi ini.
Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.
Selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sekitar pukul 10 pagi tadi, Abdul Razak hanya berkata: "Saya mahu pulang ke rumah."
Beliau tidak mengulas lanjut.
Bagaimanapun sehingga pukul 11.45 pagi, Abdul Razak belum pulang ke rumahnya di Bukit Damansara di sini.
Sumber: Mstar

Selasa, 28 Oktober 2008

Apa ertinya ini?

Lihat sahaja gambar ini...tak perlu hurai apa apa. Aku bertanya anda...apa ertinya ini?

Khamis, 23 Oktober 2008

Pak Lah -Mahathir makin tegang

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin membidas mantan perdana menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin lain yang mahu beliau mempercepat langkah meletak jawatan.

Dalam satu sidang akhbar di Terminal 2, Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabtu lalu, Datuk Seri Abdullah menuduh Dr Mahathir cuba 'mencetus pergolakan, kemarahan dan kebencian' dalam Umno, lapor agensi berita Bernama.

Menurutnya Dr Mahathir berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan 'siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan'.

'Siapa dia Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?

'Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu, orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?' tanya Datuk Seri Abdullah.

Beliau berkata begitu semasa mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mahu perwakilan Umno 'mengusir orang-orang Abdullah' dalam pemilihan parti itu Mac depan.

'Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. .

'Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam Umno,' kata beliau.

Datuk Seri Abdullah juga membidas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang mahu peletakan jawatan beliau dipercepatkan sebelum Mac tahun depan.

'Yang jelas sudah ada persetujuan. Mengapa diungkit lagi? Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itu pun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,' kata beliau.
Petikan: klpos

Rabu, 15 Oktober 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar

KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.
"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.
Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.
Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.
Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.
Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.
Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."
Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.
"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.
Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.
Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.
Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.

Ahad, 12 Oktober 2008

Shah Rukh Khan dianugerah gelaran Datuk

Ini satu lagi berita yang melucukan. Tak ada sudahkah rakyat Malaysia yang berjasa sehingga dipilih seorang artis Bollywood untuk diberi gelaran datuk? Minat sangat kepada filem Hindustan  agaknya...maka digelaran datuk...lucu..lucu...
Petikan berita: Mstar
Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari ini.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).
Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini dan Ahad.
"Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.
Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.

Khamis, 9 Oktober 2008

NAJIB GOES FOR NO 1

Selasa, 7 Oktober 2008

Mufti Perlis Letak Jawatan

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik  seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”

Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".

"Daripada hari pertama (bertugas), ada orang terkejut dengan pandangan saya. Sepanjang tempoh itu, saya telah bertemu dengan pelbagai orang daripada pelbagai peringkat.

"Saya puas hati, saya telah melakukan sesuatu," katanya.

Mengulas "permainan politik" itu, Dr Mohd Asri berkata, istana sebagai institusi yang mengawal hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu tidak mengetahuinya.

Oleh itu, tambahnya, beliau berhasrat menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyampaikan hajatnya dan memohon perkenan baginda.

Bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.

Katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.

Diminta menjawab kenyataan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak menghormati keputusannya yang menyambung perkhidmatan sehingga tahun depan, Dr Mohd Asri berkata:

"Saya baik dengan beliau. Mungkin beliau tidak gembira dengan keputusan saya ini.”

dr asri zainul abidin mufti perlis and putrajaya pantunMufti termuda di Malaysia itu memecah rekod institusi agama itu apabila bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lepas, peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Anak kelahiran Bukit Mertajam itu, kelulusan doktor falsafah dalam pengajian hadis di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dilantik sebagai mufti menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Sabtu, 27 September 2008

Rumah ibu bapa Teresa dilontar bom petrol

Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di ibunegara dilontar bom petrol awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.55 pagi.

Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 September lalu setelah ditahan selama tujuh hari.

Katanya, tiada penghuni rumah itu yang cedera dalam kejadian itu kerana bom petrol itu tidak meletup.

Waktu kejadian, terdapat tiga orang yang menghuni di rumah itu iaitu ibu, bapa dan adik Teresa.

Bercakap dalam sidang akhbar tengahari tadi, Teresa berkata anggota keluarganya kini bimbangkan keselamatan mereka.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai keji dan satu jenayah untuk menakut-nakutkan beliau  untuk menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga mendakwa kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan kumpulan media dan blog-blog tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggambar dirinya sebagai seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Sekeping kertas turut ditemui di tempat kejadian yang mengandungi mesej ugutan terhadap Teresa.

Teresa, yang juga ahli exco kanan kerajaan Selangor menjadi sasaran kecaman beberapa pihak selepas mendakwa beliau diberi makanan seperti makanan anjing ketika ditahan di bawah ISA.

Kok, 43, ditangkap di bawah ISA pada 12 September kerana didakwa membangkitkan isu-isu mengenai agama Islam, dan dibebaskan seminggu kemudiannya.
Semasa dalam tahanan, Teresa juga telah membuat laporan polis terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, editor kanannya, Zaini Hassan dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana menuduhnya terbabit dalam isu tersebut.
Turut menziarahi rumah keluarga Teresa ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Lip Eng serta peguam Sankara Nair.
Sumber: Malaysiakini

Rabu, 24 September 2008

Minyak turun sekupang

 
Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Pagi tadi, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.

Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar Jun lalu.
Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Pada 23 Ogos lalu harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.

Abdullah menyatakan perkara tersebut dalam kenyataan medianya yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di sini.

Abdullah berkata, pelarasan harga baru itu ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol di pasaran dari 1 hingga 22 September lalu.

Katanya, walaupun harga minyak dunia menunjukkan sedikit penurunan, namun nilai ringgit berbanding dolar Amerika juga menyusut menyebabkan pengurangan sebanyak 10 sen itu merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan kerajaan.

Abdullah berkata, keputusan pelarasan harga minyak itu diambil hari ini memandangkan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pagi tadi merupakan yang terakhir untuk bulan September ini dan juga sebelum tibanya Aidilfitri yang dijangka Rabu depan.

"Kerajaan juga maklum bahawa orang ramai akan mula melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran bermula hujung minggu ini.

"Justeru adalah menjadi harapan kerajaan agar pelarasan harga ini akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri ini," kata Perdana Menteri.

Semalam, Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Sementara itu, Shahrir berkata, mengikut perkiraan purata harga minyak bagi tempoh itu, kerajaan sebenarnya hanya boleh menurunkan harga sebanyak 7 sen sahaja.

Bagaimanapun, katanya, bagi meringankan beban rakyat, kerajaan memberikan subsidi tambahan tiga sen bagi setiap liter bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga sebanyak 10 sen bagi setiap liter mulai esok.

Sebagai tambahan kepada tiga sen itu, kerajaan memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual di negara ini sejak Jun lepas, katanya.

Shahrir berkata, beliau juga tidak melihat sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan bekalan bahan api itu terjejas kerana penurunan itu tidak akan merugikan peniaga, sebaliknya cuma akan mengurangkan sedikit margin keuntungan mereka.

Sumber: mstar

Jumaat, 19 September 2008

Teresa Kok dibebaskan


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi.

Peguam Teresa, Sankara Nair berkata, beliau dibebaskan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

"Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Sankara dikatakan telah pun mengambil Teresa di Balai Polis Jalan Travers, Brickfileds.

Teresa merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA pada Jumaat lalu selain penulis laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dalam sidang medianya pada Sabru lalu, Teresa ditahan di bawah ISA berhubung kenyataan beliau yang meminta laungan azan pada waktu pagi dihentikan.

Teresa sebelum ini dikatakan akan ditahan selama 28 hari untuk disoal siasat.


Sumber: Mstar

Khamis, 18 September 2008

Kami bersedia untuk berbincang demi Sabah-Yong


Parti Progresif Sabah (SAPP) telah mengistiharkan keluar daripada pakatan BN menyebabkan 2 ahli parlimennya dan 4 ahli DUN-nya bebas sekarang.

Blogger Kickdefella ditahan reman


Satu lagi langkah desperado-Syed Azidi Syed Abdul Aziz -seorang blogger popular yang mengendalikan laman blog Kickdefella telah ditahan reman oleh polis.

PERKEMBANGAN TERKINI-UNDI TIDAK PERCAYA BAKAL MENYUSUL LAGI.

Anwar tuntut undi tak percaya selewat-lewatnya hari selasa ini (23 September 2008)

Nik Aziz panggil Mustafa Ali, beri teguran.


Baru-baru ini dalam wawancara ekslusif bersama Harakah, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa pertukaran kerajaan pada 16 September tidak menjadi kenyataan.
Kenyataan tersebut telah tidak disenangi oleh TG Nik Aziz kerana dianggap bertentangan dengan keputusan yang dicapai pada muktamar di Ipoh Ogos lalu. Mustafa Ali telah dipanggil untuk dinasihati.
Mustafa Ali dalam jawapannya selepas pertemuan tersebut mengakui faham teguran TG Nik Aziz dan mengakui kesilapannya.
Komen: Penyelesaian isu ini memperlihatkan jiwa besar para pemimpin PAS. Kepada TG Nik Aziz, syabas kerana mengambil langkah bijak memanggil Mustafa Ali untuk dinasihati. Tuan Guru memang berketokohan sebagai Musryidul Am PAS. Kepada Mustafa Ali, syabas juga kepada anda kerana berlapang dada dan akur kepada pimpinan tertinggi. Ramai ahli PAS bawahan berbangga dengan cara 2 pemimpin ini menyelesaikan masalah!

Bukan 'gimik', PAS dah tengok 'senarai lompat'


SENARAI bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.
Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang.
Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.
Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.
Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.
“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.
Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.
Terdapat wakil MCA, MIC
Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.
Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.
“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.
Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.
"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.
Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:
“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.
Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.
“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .
Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.
Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.
“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.
Sumber: Malaysiakini

Pakatan hantar surat pohon sidang tergempar Dewan Rakyat


KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, selewat-lewatnya pada hari Selasa 23 September ini kerana mendakwa dewan telah hilang kepercayaan kepada perdana menteri dan kerajaan pimpinannya.
Anwar berkata, surat itu dibuat mengikut Peraturan 11 (3) Parlimen dan menuntut tindakan segera diambil kerana permasalahan politik yang berpanjangan.
Katanya, surat tersebut ditandatangani oleh beliau sendiri, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Wartawan sekali lagi menggesa Anwar mendedahkan senarai Ahli Parlimen (MP) yang akan berpaling tadah dari Barisan Nasional tetapi beliau tetap enggan mendedahkan atas alasan pihak MP itu sendiri mahu identiti mereka dirahsiakan untuk tujuan keselamatan.

Senarai tersebut akan didedahkan pada masa yang tepat.

Anwar turut memberitahu wartawan beliau akan mendedahkan senarai tersebut kepada Perdana Menteri sendiri dan menuntut peralihan kuasa secara aman.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Mengikut jadual asal Parlimen hanya akan bersidang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.
Sumber: KLpos, Malaysiakini, Mstar

Selasa, 16 September 2008

Bilangan cukup untuk tubuhkan kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi ketika menjawab dakwaan Anwar bahawa dia mempunyai bilangan yang cukup untuk tubuhkan kerajaan berkata;

"Jika dia mempunyai senarai nama tersebut, dia patut dedahkan kepada seluruh negara, semua orang mahu tahu," katanya di Kepala Batas hari ini.

Abdullah menambah bahawa dia tidak akan berjumpa Anwar.Dia cuma akan jumpa Anwar jika Anwar mendedahkan nama-nama yang didakwanya akan melompat menyokongnya.

Sumber: The Malaysian Insider

Ustaz Hashim Jasin menang DUN Sanglang


Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin hari ini diisytiharkan sebagai pemenang untuk kerusi Dun Sanglang dalam pilihan raya lalu.
Pada 18 Jun lalu, Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Hamid memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Ustaz Hashim selaku calon PAS.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerusi Dun Sanglang telah diumumkan dimenangi calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.
Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) dan Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.


Sumber: harakahdaily

16 September: Anwar kata "jadi", Pak Lah kata "karut".

ANWAR Ibrahim berucap di hadapan lebih 25,000 penyokongnya pada sambutan Hari Malaysian anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya malam tadi. (Anggaran Harakah)

Hari ini ada 16 September 2008. Inilah hari yang disasarkan oleh Anwar untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat. Namun, manusia hanya merancang, yang menentukan itu adalah Allah. Setakat ini Anwar masih menaruh keyakinan bahawa sasarannya akan tercapai. Hanya ada sedikit perubahan memandangkan perkembangan terkini. Kemungkinan 16 September bukanlah tarikh mutlak pempentukan kerajaan.
Para pemimpin UMNO-BN yang lurus bendul mahukan Anwar buktikan bahawa tarikh 16 September berlaku pembentukan kerajaan baru. Mereka mencabar Anwar pada satu masa mengotakannya dan pada pada satu ketika lain mengatakan ianya adalah tidak demokratik dan tak bermoral membentuk kerajaan dengan lompat parti.


Rakyat tidak akan peduli jika tarikh 16 September tidak dapat dikotakan secara tepat. Rakyat sudah bijak dan bukan golongan lurus bendul. Jika 16 September sudah kelihatan riak-riak perubahan ke arah itu, Anwar sebenarnya telah mengotakan katanya. Anwar berjaya membuktikan kata-katanya bukan omongan kosong dan bukan karut marut ahli politik kalau beliau mengumumkan sesuatu yang menggemparkan pada hari ini atau sekaipun pada 20 hb nanti.


Mojoriti rakyat telah hilang kepercayaan kepada kerajaan UMNO-BN. Soal demokratik tidak lagi menjadi bahan simpati rakyat kerana selama ini pun kerajaan UMNO-BN bukan mengamalkan sikap demokratik. Rakyat ditekan dan dipaksakan dalam banyak keadaan.
Minda rakyat ditekan dengan gembar gembur media kerajaan yang bias. Ekonomi rakyat ditindas dengan kenaikan harga barang yang tiada belas kasihan. Kehidupan kerohanian rakyat dikucar-kacirkan oleh sikap liberal kerajaan yang tidak menjaga kesejahteraan rakyat.


Demokratikkah kerajaan yang yang mengamalkan pemerintahan sebegini?

Isnin, 15 September 2008

Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’ dari Harakah.


Terdapat satu kenyataan yang didakwa telah dikeluarkan oleh TG Nik Aziz Nik Mat sebagai respons daripada beberapa kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali berhubung sasaran menumbangkan kerajaan UMNO-BN menjelang 16 September. Kenyataan Mustafa Ali yang mirip kepada kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pendokong Pakatan Rakyat.
Kenyataan TG Nik Aziz yang telah diharamkan penerbitannya di Harakah dan dipublishkan oleh beberapa blogger terkenal seperti kickdefella dan Mahaguru58

Zaid serah surat letak jawatan


Datuk Zaid Ibrahim, yang mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lepas, telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi. Menurut sumber, surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 petang.
Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Ahad, 14 September 2008

Mampukah Mahathir memulihkan UMNO?



Kata Sanusi Junid, kemasukan semula Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO adalah untuk memperkukuhkan semula parti tersebut yang semakin gawat dan merudum teruk prestasinya. Alasan sebegini sebenarnya tidak berasas kerana bukan Tun Dr. Mahathir orangnya yang dapat memulihkan UMNO. Jika dilihat kepada apa yang berlaku pada penghujung zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, UMNO menghadapi zaman gawat dan kemerosotan pengaruh yang teruk. Tun Dr. Mahathir telah meletakkan jawatannya pada masa tersebut sebagai orang yang kalah dan gagal memulihkan UMNO. Kehadiran Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dan memangku jawatan presiden UMNO telah berjaya menyambung nyawa parti tersebut. Kemenangan dalam pilihan raya tahun 2004 mencatatkan prestasi yang cukup membanggakan kelompok Abdullah Ahmad Badawi. Ternyata Abdullah berjaya memulihkan UMNO.

Namun, pentadbiran Abdullah yang disifatkan lemah dan gagal mengahadapi kemelut ekonomi berikutan kenaikan harga minyak telah menyebabkan prestasi kerajaan pimpinannya dan juga dirinya sendiri merudum dan ini terbukti dalam pilihanraya tahun 2008. Abdullah menyimpan harapan bahawa dia mendapat peluang untuk memulihkan kembali UMNO dan berharap pada pilihanraya kali ke 13 kelak UMNO akan kembali menang besar dan dengan itu namanya kembali melonjak. Namun, kemelut dalaman UMNO sudah begitu parah dan sukar dipulihkan.


Ironinya, ada kelompok yang menaruh harapan kepada Tun Dr. Mahathir untuk memulihkan UMNO. Kelompok ini mungkin lupa atau sengaja buat lupa bahawa keruntuhan UMNO bermula akibat angkara Tun DR. Mahathir lagi.
Memanggilnya untuk memulihkan UMNO tak ubah memanggil tikus memperbaiki labu

Sabtu, 13 September 2008

Raja petra beraliran islam liberal: Isu tudung muslimah


Nampaknya apabila Raja Petra menulis mengenai politik, ramai orang menyokongnya. Penahanannya kerana artikal politik masih mengundang simpati ramai. Namun apabila baru-baru ini Raja Perta mula menulis mengenai Islam dalam isu tudung wanita muslimah, ia mengundang kemarahan ramai umat Islam.
Mungkin ramai masih tidak faham hujung pangkal yang melibatkan Raja Petra dalam isu tudung ini.


Ulasan ust. Zaharuddin Abd Rahman mungkin boleh dijadikan panduan. Sila klik UZAR

Pak Lah dalam kemelut politik yang berserabut


Melihat kepada perkembangan politik terkini, tida siapa yang dapat menafikan bahawa kini Pak Lah sedang bergelut dengan kemelut politik yang paling getir. Mampukah beliau melepasinya?

4 ditahan ISA dalam 12 jam.

Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.
Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, yang ditahan tengah hari tadi.
Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu.
Lewat malam tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan.
Setiausaha Publisiti DAP itu ditahan kira-kira pukul 11.18 malam ketika dalam perjalanan pulang ke kondominiumnya di sini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya berkata, Teresa, 44, ditahan oleh seramai 10 anggota polis ketika memasuki kondominiumnya selepas menghadiri sambutan mooncake di kawasan pilihan rayanya.
Tan, 33, ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi.
Jurucakap Sin Chew ketika dihubungi mengesahkan Tan ditahan di bawah ISA tetapi enggan mengulas lanjut.
Turut mengesahkan penahanan mereka ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Sumber: mstar

Jumaat, 12 September 2008

MISI PKR KE TAIWAN HANYA STRATEGI


KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, strategi menghantar wakil PKR ke Taiwan adalah bagi meneruskan agenda membentuk kerajaan yang baru seperti yang disasarkan.


Ini adalah strategi Datuk Seri Anwar bagi merealisasikan matlamat bagi mencapai sasaran 16 September," katanya.

Mahathir hilang prinsip


Mahathir melalui saat khatimahnya dengan ketidaktentuan. Keluar UMNO dengan harapan ramai menjejakinya tetapi tiada yang mengikutinya kecuali beberapa individu yang telah tersingkir. Kini masuk UMNO semula atas alasan menyelamatkan UMNO. Bagi rakyat yang memerhati tindak tanduk Mahathir, semakin hilang keyakinan kepadanya. Mahathir dilihat sebagai figur yang tidak berprinsip.

4 Pemimpin KeADILan ke Taiwan

Sebagai usaha membentuk kerajaan baru 16 September nanti, empat pemimpin KeADILan telah berlepas ke Taiwan .

Mereka ke sana untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat di bawah projek 16 September.

Empat pemimpin tersebut adalah Naib Presiden KeADILan, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihan raya KeADILan, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategi KeADILan, Saifuddin Nasution.
Keputusan untuk ke Taiwan itu dibuat dalam mesyuarat biro politik parti itu semalam, yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

49 Parlimen BN itu berlepas ke Taiwan pada 8 dan 9 September lalu dan dijadualkan pulang pada 19 September depan.

Sumber: harakahdaily

Khamis, 11 September 2008

GERAKAN MUNGKIN KELUAR BN

"Gerakan bukan parti yang buta kepada keadaan dan bukan juga parti pak turut dalam BN" Tsu Koon
Melihat kepada kenyataan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon baru-baru ini, besar kemungkinan Gerakan akan keluar dari BN dalam masa terdekat. Sama-samalah kita saksikan perkembangan yang cukup menarik ini,

AGENDADAILY-usaha mengapi-apikan pakatan pembakang


Media siber seperti agendadaily berusaha keras menggagalkan sasaran 16 september apabila menjadikan kenyataan Datuk Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya Pas berhubung dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat menjelang 16 September atau 20 September sebagai petanda wujud konflik antara PAS dengan Anwar. Ia merupakan usaha menagapi-apikan Pakatan Rakyat.

UMNO CACA MARBA-MUHYIDDIN PERTIKAI PELAN PERALIHAN KUASA, PAKLAH TERKEJUT

Dalam beberapa hari ini, menjelang tarikh 16 September, situasi dalaman UMNO kian kacau. BBC terpaksa membawa 49 MP Barisan Nasional melancong ke Taiwan untuk mengelakkan daripada tarikh tersebut. Pergeseran parti komponen BN terjadi di mana Gerakan Pualau Pinang memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang berhubung isu kenyataan perkauman Datuk Ahmad.
Dr. Mahathir yang telah keluar dari UMNO menyatakan hasrat untuk masuk UMNO semula. Muhyiddin Yasin pula mempertikaikan Pak Lah mengenai pelan peralihan kuasanya yang menurutnya terlalu lama. Pak Lah pula menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Muhyiddin Yasin tersebut dan mendakwa ia membelakangkan keputusan kabinet dan MT.
Keadaan UMNO sekarang sungguh kasihan.UMNO menuju kehancuran. Itu pasti terjadi...
Nik Aziz kata UMNO adalah musuhnya. Dia gembira kalau UMNO hancur.

Isnin, 8 September 2008

Syor wujudkan empat Timbalan Perdana Menteri

Ketua Pemuda MCA Kedah, Boey Chin Gan mecadangkan agar dilantik empat Timbalan Perdana Menteri dari pelbagai kaum bagi mengelakkan syak wasangka antara kaum di negara ini. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut dikritik oleh beberapa ahli akademik antaranya Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain
Menurutnya, cadangan tersebut jelas bertujuan memberi tekanan kepada UMNO yang menjadi tunjang utama dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Agus Yusof berpendapat, cadangan melantik empat lagi TPM sememangnya tidak sesuai dengan keperluan semasa.
Seorang lagi penganalisis, Prof. Madya Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, unsur perkauman tidak ada kena-mengena dengan jumlah jawatan TPM yang perlu diwujudkan.
Beliau menegaskan, cadangan tersebut mencerminkan keadaan politik elit sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang yang terpaksa bertarung untuk terus hidup.

49 MP BN ke Taiwan mulai hari ini

Sejumlah 49 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini.Daripada jumlah tersebut, 41 orang berlepas hari ini manakala lapan orang lagi, akan di sana esok.Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Bung Mokhtar Radin, yang akan berlepas bersama 41 ahli Parlimen tersebut pada jam 1.45 tengahari ini, mengesahkannya ketika dihubungi Malaysiakini.Katanya, jumlah tersebut terdiri daripada 10 ahli Parlimen dari Sabah, 12 dari Sarawak dan bakinya dari Semenanjung Malaysia.Mereka dijangka mempelajari secara dekat program pertanian yang dilaksanakan di Taiwan.Bagaimanapun, lawatan mereka selama lapan hari ke Taiwan, telah dipersoalkan, kerana mereka akan berada di sana sehingga 16 September - tarikh yang didakwa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyaksikan ahli-ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat.
Sumber: Malaysiakini

Kerusi Pensiangan milik BN dibatal, SPR tunggu 14 hari


Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini memutuskan bahawa kemenang kerusi Pensiangan yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN, Tan Sri Joseph Kurup (gambar) pada Februari lalu tidak sah.

Ia diumumkan di Kota Kinabalu pagi tadi.

Ia merupakan antara kerusi Parlimen yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 awal tahun ini.

Keputusan tersebut dijangka akan membawa kepada pilihan raya kecil.

Bagaimanapun keputusan mahkamah itu boleh dirayu dan rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menentukan tindakan susulan selepas dua minggu.

"Tan Sri Joseph Kurup mempunyai masa selama 14 hari untuk membuat rayuan. Jika tiada rayuan SPR akan adakan pilihan raya (kecil) dan jika ada rayuan, kita kena tunggu enam bulan lagi untuk mengetahu perkembangan lanjut," kata beliau.

Kata beliau lagi, rayuan jika dikemukakan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam masa enam bulan.

Mahkamah Tinggi Pilihan Raya pada awalnya menetapkan 17 September ini untuk memberikan keputusannya mengenai petisyen pilihan raya kerusi tersebut.

Bagaimanapun hakim mahkamah tersebut ketika menetapkan tarikh itu bulan lalu ada menyatakan bahawa beliau akan memaklumkan jika keputusannya diumumkan lebih awal.

Petisyem didengar oleh Hakim Pilihan Raya, David Wong Dak Wah. Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Kurup juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menang pada hari penamaan calon 24 Februari lalu di Dewan Majlis Daerah Nabawan.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai, 41, bagi kerusi Pensiangan, mengemukakan petisyen itu dan menamakan Kurup sebagai responden pertama dan Bubudan sebagai responden kedua.


Sumber: Mstar

Jumaat, 5 September 2008

Ahmad: Saya tak akan mohon maaf


Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan memohon maaf walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbuat demikian.
Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.


Berita lanjut: malaysiakini

Khamis, 4 September 2008

Dr. Osman muncul semula, pertahan akuan bersumpah periksa Saiful


KUALA LUMPUR: Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor perubatan pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, muncul semula hari ini selepas menghilangkan diri lebih sebulan dengan mempertahankan kandungan akuan bersumpahnya bahawa tiada kesan dia diliwat.

Sambil mempertahankan kandungan laporan bersumpah itu, Dr. Mohamed Osman berkata, beliau mahu menyatakan keadaan sebenar berhubung dengan akuan bersumpah tersebut.

Pada sidang media di Majlis Peguam hari ini, beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan olehnya menunjukkan tiada kesan Saiful dilihwat.

Akuan bersumpah beliau telah dihebahkan secara meluas pada 28 Julai lali dalam laman web Malaysia Today, yang telah disambung perkhidmatannya semalam selepas dikenakan halangan kira-kira seminggu.

Kata Dr. Mohamaed Osman, akuan bersumpah tersebut adalah dibuat oleh beliau sebelum meninggalkan Malaysia.

Dr. Mohamed Osman merupakan rakyat Myanmar telah berkhidmat di beberapa hospital di negara ini lebih satu dekad.

Beliau bagaimanapun menegaskan, penyebaran akuan bersumpah tersebut adalah di luar pengetahuannya.

Dalam akuan bersumpahnya itu, Dr. Mohamed Osman tetap berpegang kepada laporan perubatan berhubung pemeriksaan yang dilakukan ke atas Saiful.

Dr. Mohamed Osman berkata, beliau telah mengambil cuti ekoran tekanan yang dialaminya selepas disoal siasat oleh polis.

Beliau menolak bimbang dengan keselamatannya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi berkata Dr. Mohamed Osman belum kembali bertugas.

"Belum, dia belum kembali bertugas," katanya.

Ketika ditanya sama ada doktor berkenaan masih berkhidmat di hospital itu beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Maaf, saya tidak boleh komen," kata beliau sambil menambah, tindakan susulan bergantung sama ada Dr. Mohamed Osman melaporkan diri ataupun sebaliknya.
Sumber: Mstar

Rabu, 3 September 2008

KERANA PULUT SANTAN BINASA


Gara-gara mulut celupar dan semangat asabiyyah melayu tak bertempat, ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail telah mendapat tentangan hangat masyarakat cina melalui parti parti utama mereka, Gerakan, MCA dan DAP.


Ini berikutan dalam satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama.

Selasa, 2 September 2008

16 September cuti umum


Ura-ura untuk menjadikan 16 September sebagai cuti umum sebagaimana yang dicadangkan oleh DS Anwar Ibrahim tentunya menakutkan kerajaan BN yang sedang berdepan dengan bayang-bayang 16 September. Anwar sebelum ini meletakkan target 16 september sebagai tarikh pembentukan kerajaan baru yang akan diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Ahad, 31 Ogos 2008

BN Desperate: Gagal mendapat Tandatangan Jaminan Kesetiaan MP Sabah

Usaha Datuk Shafie Apdal untuk mengumpulkan tandatangan MP dari Sabah dalam surat akujanji kesetiaan kepada BN menemui kegagalan apabila beberapa MP Sabah enggan menantangani surat akujanji tersebut.
Antaranya ialah Datuk Anifah Aman, Datuk Abdul Ghapur Salleh, Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr. Chua Soon Bui. Mereka berpendapat langkah itu sebagai bentuk penghinaan seolah-olah tidak setia kepada parti dan mudah berpaling tadah.
Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin memberi komen berikut;
''Walaupun kita perlukan jaminan mereka, (cukuplah) kita pegang secara gentleman apa yang mereka sebutkan.
''Mereka sendiri telah nyatakan bahawa mereka bukannya barangan yang boleh dijual beli, mereka ada prinsip,'' katanya.
''Saya fikir janganlah kita timbulkan hal-hal yang boleh mengakibatkan perasaan tidak berapa selesa mana-mana pihak,'' katanya.

Rabu, 27 Ogos 2008

BN Kalah-Pak Lah tiada sekelumitpun kewibawaan lagi: Ku Li


Kemenangan PKR semalam di Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar membuktikan lagi BN telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri dan kewibawaan perdana menteri serta timbalannya terhakis sepenuhnya, kata Tengku Razaleigh Hamzah. "Jumlah undi yang diperolehi BN kurang daripada bilangan ahli-ahli Umno di kawasan (parlimen) itu," katanya.
Dalam kenyataannya mengulas kemenangan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, ahli parlimen Gua Musang berkata BN tetap tewas walaupun seluruh sumber dan kepimpinannya dikerahkan untuk berdepan tokoh pembangkang itu.
Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.
Tengku Razaleigh menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikul beban ketewasan ini.
"Mustahil untuk disembunyikan: beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks," katanya, yang popular dipanggil Ku Li.


Sumber: malaysiakini

Satu tandatanya buat keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan telah menerbitkan fatwanya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempengurusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan meyebutkan;
"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan".
Apakah wajar keputusan Majlis Fatwa didirikan atas rasa."Kita merasakan...." adalah kenyataan longgar yang tidak bersifat fatwa. Ia lebih kepada pendapat. Pendapat boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja dan tidak perlu Majlis Fatwa bersidang kalau hanya sekadar untuk mengeluarkan pendapat. Pemimpin sebuah negara atau pengemis jalanan pun berhak mengeluarkan pendapat.
"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan,"
Apabila proses perundangan telah selesai, masing telah mendatangkan syahadah dan qarinah dan hakim pun menjatuhkan hukuman, apakah perlu lagi bersumpah atau bermubahalah? Apakah mubahalah itu akan membatalkan keputusan yang telah diputuskan hakim berdasarkan syahadah dan qarinah? Kalau membatalkan, sebaiknya dari awal lagi bermubahalah sahaja dan tidak perlu melalui proses pembuktian. Adalah sia-sia sahaja berhempas pulas membuktikan dengan syahadah dan qarinah jika akhirnya diketepikan oleh sumpah dan mubahalah. Kalau sumpah dan mubahalah itu tidak membatalkan keputusan hakim, apa guna lagi bersumpah atau bermubahalah?sia-sia sahaja! Apakah ia satu cubaan menjadikan masyarakat awam sebagai mahkamah terbuka?
Itu tak perlu kerana hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh mahkamah yang yang berpijak atas syahadah dan qarinah serta keputusan hakim!
Pertanyaan ini bukan bertujuan mempertikaikan otoriti Majlis Fatwa Kebangsaan. Anggap sahaja pertanyaan ini sebagai pertanyaan terbuka yang menjadi hak setiap orang Islam. Tiada manusia yang maksum dan tidak boleh dipersoalkan. Demikian kenyataan yang keluar dari Majlis Fatwa Kebangsaan.
Mengapa Majlis Fatwa tidak membuat satu keputusan fatwa mengenai keabsahan sumpah atau mubahalah dalam kes-kes yang telah tersenarai dalam kesalahan hudud? Kalau sumpah atau mubahalah dalam kes dan kesalahan hudud dibolehkan, maka Majlis Fatwa perlu mengazetkan fatwa mengenai perlunya memasukkan sumpah dan mubahalah dalam Kanun Acara Jenayah Syariah di Malaysia.
Majlis Fatwa diminta bersidang lagi...keluarkan kenyataan yang bersifat hukum dan tidak berbau politik. Lupakan tentang kes Saiful bersumpah dan orang ramai mempertikaikannya. Itu sebenarnya adalah berpangkal daripada maksud politik biarpun dinafikan oleh empunya diri dan pemimpin negara. Itu tidak memerlukan ulasan Majlis Fatwa.
Majlis Fatwa perlu mengulas mengenai hukum sumpah dan mubahalah dalam kes yang disifatkan kes jenayah syariah! Di sini isunya. Ini lebih baik dan lebih bermakna kepada ummat untuk difatwakan.

KESAN BESAR KEMENANGAN ANWAR

Oleh: A Kadir Jasin
Beberapa fakta dan kesimpulan awal yang terbit daripada keputusan pilihan raya kecil itu adalah seperti berikut:
1. Serangan peribadi ke atas Anwar tidak berkesan walaupun BN menggunakan hujah seperti tuduhan liwat dan sumpah laknat si penuduh, Saiful Bukhari Azlan;
2. Gula-gula pilihan raya seperti penurunan harga minyak, janji-janji pembangunan dan buah tangan tidak membantu mengubah pendirian majoriti pengundi yang tidak sukakan BN;
3. Kehadiran begitu ramai pembesar Umno dan BN dengan jentera rasmi dan peribadi mereka ditolak oleh majoriti pengundi;
4. Peranan media massa arus perdana yang terus memberi gambaran yang songsang mengenai keadaan sebenar menyebabkan pemilih jelak dan menolak mesej BN dan pemerintah yang mereka bawa;
5. Kekalahan lebih teruk ini akan memburukkan lagi kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN;
6. Kewibawaan dan integriti pakatan setia Abdullah-Mohd Najib semakin dicurigai apatah lagi apabila Mohd Najib sendiri menggunakan pilihan raya kecil itu untuk bersumpah dengan nama Allah menafikan keterlibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Mohd Najib bersumpah yang dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu;
7. Seruan supaya Abdullah segera meletakkan jawatan mungkin memuncak semula dan mungkin berlaku percubaan baru mencalonkan seseorang untuk mencabar beliau dan Mohd Najib pada pemilihan Umno Disember ini;
8. Kemenangan ini memberi mandat yang lebih kuat kepada Anwar untuk memujuk Ahli Dewan Rakyat BN untuk berpaling tadah menjelang Hari Malaysia pada 16 September ini seperti yang diuar-uarkannya;
9. Kedudukan Anwar sebagai MP dan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bergantung dan tertakluk kepada keputusan perbicaraan kes liwatnya;
10. BN tidak lagi boleh menggunakan kuasa kewangan dan pentadbiran untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil. Pada masa lampau, BN umumnya menang pilihan raya kecil malah berjaya merampas kerusi pembangkang; dan
11. Umno akan lebih parah dan mungkin ditolak terus oleh orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika kepemimpinannya terus mengabaikan mesej yang dihantar oleh pengundi. Ramai ahli parti dan penyokong BN tidak keluar mengundi.

Permatang Pauh-Tamparan hebat buat Pak Lah dan Najib

Kemenangan besar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kekalahan memalukan yang dipikul oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) Permatang Pauh merupakan satu tamparan menyakitkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Ahmad dan timbalannya Datuk Seri Najib bin Abdul Razak.
Pak Lah telah beberapa kali turun ke Permatang Pauh untuk merayu dan meminta para pengundi menyokong calon BN, Arif Shah Omar Shah, yang kononnya calon popular dan paling sesuai untuk berdepan dengan Anwar semata-mata kerana dia boleh berturur bahasa Cina, iaitu Mandarin dan Hokkian serta dapat membawa perubahan ke Permatang Pauh.
Sebaliknya, beberapa akhbar berbahasa Cina mendedahkan perbuatan Arif Shah yang kurang jujur berkaitan kelayakan akademiknya.

Selaku pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Pak Lah harus memikul tanggungjawab atas kekalahan BN Pulau Pinang di tangan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum Mac lalu dan kini kekalahan teruk pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.Najib pula boleh dikatakan berkampung di Permatang Pauh untuk memastikan calon BN yang dibanggakan kerana boleh bertutur dalam bahasa Cina itu, patut sama-sama memikul tanggungjawab atas kekalahan itu.
Najib sendiri terlibat dengan serangan peribadi ke atas Anwar dan memperlekehkan agama Islam apabila mengangkat sumpah di dalam masjid di Permatang Pauh. Orang Najib juga telah membawa orang yang tidak sepatutnya terlibat sama dalam pilihan raya kecil ini seperti Konsol Kehormat Mongolia dan manusia yang membuat tuduhan dia diliwat oleh Anwar.
Selain itu, Najib juga telah menggunakan kemudahan kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan untuk turun ke Permatang Pauh sedangkan ia dilarang oleh undang-undang kerana pilihan raya tiada kaitan dengan Kementerian Pertahanan mahupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Ia adalah soal politik dan bukan soal pentadbiran

( Nak kebumikan kerjaya politik Anwar Ibrahim, inilah sikap angkuh Khairy yang merupakan antara faktor kenapa rakyat terus menolak BN di Permatang Pauh)Antara kesilapan besar yang dilakukan oleh jentera BN ialah membawa naib ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) untuk berkempen. Kehadiran KJ telah menyemarakkan serangan peribadi ke atas Anwar dan pendekatan ini membuatkan rakyat di Permatang Pauh marah.


Dengan begitu angkuhnya, KJ melaungkan kata-kata bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh sebenarnya akan menanamkam (menyemadikan) kerjaya politik Anwar dan bukan untuk membuka jalan untuk Anwar ke Putrajaya. KJ adalah antara oran yang begitu lantang menghentam peribadi Anwar.


Seperti biasa, BN tidak mempelajari daripada kesilapan dengan menjadikan pembangunan sebagai umpan untuk mendapatkan undi. Muslihat ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diterima oleh rakyat. Walau seluruh Kabinet turun ke Permatang Pauh dengan menaburkan 1001 macam bantuan dan membuat beratus-ratus janji, rakyat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh. Ini adalah taktik lapuk.
BN sebenarnya tidak peka dan tidak mengikuti arus perdana berbanding dengan PKR. Kempen yang dijalankan oleh BN tidak berkesan kerana isu yang dibangkitkan lebih mirip kepada serangan peribadi, sogokan pembangunan dan janji-janji manis berbanding dengan isu pokok yang dibawa oleh PKR iaitu kehidupan seharian rakyat.

Kehadiran sebegitu ramai orang UMNO yang berkampung sama ada di Permatang Pauh atau di Bukit Mertajam tidak memberi sebarang kesan kerana kebanykan mereka hanya melepak dan membuang masa. Ketua-ketua bahagian UMNO termasuk yang diterbangkan dari Sabah juga tidak membantu sama sekali. Kehadiran mereka hanya membazirkan wang sahaja.

Oleh kerana terlalu terdesak untuk menang, BN sanggup menggunakan taktik kurang sihat sedangkan kempen yang dijalankan oleh PKR jauh lebih teratur dan berkesan. Isu liwat dan sumpah laknat sebenarnya telah melaknatkan BN sendiri. Kehadiran tokoh-tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat Melayu seperti Dr Haron Din, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dauk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya dengan mudah mematahkan serangan BN itu.
Orang Melayu tolak dakwaan ke atas Anwar kerana mereka tidak dapat menerima perbuatan mengaibkan itu. Mereka berpendapat bahawa ia adalah isu lama yang dibangkitkan semula semata-mata atas kepentingan politik dan ia bukan satu isu bagi rakyat tempatan.
Rakyat Permatang Pauh juga tidak dapat menerima tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar kononnya dia adalah pengkhianat bangsa, ejen Amerika dan yang lebih dahsyat lagi ejen Yahudi


Ini adalah satu kesilapan amat besar yang tidak disukai oleh orang Permatang Pauh.


(Pengorbanan Dr Wan Azizah cukup berbaloi dan amat dihargai oleh pengundi Permatang Pauh)
Kita juga tidak boleh menafikan bahawa media arus perdana seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, RTM, TV3 dan stesen-stesen lain di bawah Media Prima dan Bernama, tidak memberi liputan yang adil dan saksama.
Hampir semua media berkenaan menghidangkan laporan berat sebelah atau yang condong memihak kepada BN. Kita juga akui ada media alternatif termasuk penulis blog yang memihak kepada Anwar Ibrahim semata-mata kerana mereka dah naik muak dengan sikap media arus perdana.

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Petikan blog: kudaranggi

Anwar ke Parlimen seawal pagi esok

Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan ke Parlimen esok selepas menang kerusi Permatang Pauh malam ini.

"Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya," katanya di blognya sewaktu menunggu keputusan rasmi pilihanraya kecil tersebut.

"Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya".

"Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai."

Sumber: Malaysiakini


Apa muslihat Pandikar Amin?


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.
Pandikar Amin juga berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini.
"Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," Pandikar Amin dipetik berkata.
"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.
"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."

Selasa, 26 Ogos 2008

DS Anwar menang majoriti undi 15,671

Sumber keputusan:anwaribrahimblog

Datuk Seri Anwar Ibrahim, memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam.

Sebanyak 81 peratus daripada 58,459 pengundi berdaftar, termasuk pengundi pos menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di 25 pusat mengundi yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Wan Azizah menang menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi.

Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya lalu ialah 81.87 peratus.

Pada pilihan raya umum 2004 pula, BN kalah dengan majoriti 590 undi.

Sumber berita:Berita Harian Online