Kunjungan

Ahad, 12 Oktober 2008

Shah Rukh Khan dianugerah gelaran Datuk

Ini satu lagi berita yang melucukan. Tak ada sudahkah rakyat Malaysia yang berjasa sehingga dipilih seorang artis Bollywood untuk diberi gelaran datuk? Minat sangat kepada filem Hindustan  agaknya...maka digelaran datuk...lucu..lucu...
Petikan berita: Mstar
Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari ini.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).
Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini dan Ahad.
"Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.
Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.

Tiada ulasan: