Kata Sanusi Junid, kemasukan semula Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO adalah untuk memperkukuhkan semula parti tersebut yang semakin gawat dan merudum teruk prestasinya. Alasan sebegini sebenarnya tidak berasas kerana bukan Tun Dr. Mahathir orangnya yang dapat memulihkan UMNO. Jika dilihat kepada apa yang berlaku pada penghujung zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, UMNO menghadapi zaman gawat dan kemerosotan pengaruh yang teruk. Tun Dr. Mahathir telah meletakkan jawatannya pada masa tersebut sebagai orang yang kalah dan gagal memulihkan UMNO. Kehadiran Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dan memangku jawatan presiden UMNO telah berjaya menyambung nyawa parti tersebut. Kemenangan dalam pilihan raya tahun 2004 mencatatkan prestasi yang cukup membanggakan kelompok Abdullah Ahmad Badawi. Ternyata Abdullah berjaya memulihkan UMNO.
Namun, pentadbiran Abdullah yang disifatkan lemah dan gagal mengahadapi kemelut ekonomi berikutan kenaikan harga minyak telah menyebabkan prestasi kerajaan pimpinannya dan juga dirinya sendiri merudum dan ini terbukti dalam pilihanraya tahun 2008. Abdullah menyimpan harapan bahawa dia mendapat peluang untuk memulihkan kembali UMNO dan berharap pada pilihanraya kali ke 13 kelak UMNO akan kembali menang besar dan dengan itu namanya kembali melonjak. Namun, kemelut dalaman UMNO sudah begitu parah dan sukar dipulihkan.
Ironinya, ada kelompok yang menaruh harapan kepada Tun Dr. Mahathir untuk memulihkan UMNO. Kelompok ini mungkin lupa atau sengaja buat lupa bahawa keruntuhan UMNO bermula akibat angkara Tun DR. Mahathir lagi. Memanggilnya untuk memulihkan UMNO tak ubah memanggil tikus memperbaiki labu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan