Kunjungan

Sabtu, 1 November 2008

Harga petrol, diesel turun 15 sen lagi

 
Mulai hari ini harga petrol turun lagi sebanyak 15 sen.
 Dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON97 akan dijual pada RM2.15 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini manakala diesel dan petrol RON92 yang sebelum ini dijual pada RM2.20 seliter akan dijual pada harga RM2.05 seliter.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat selari dengan penurunan secara ketara harga minyak dunia sejak akhir-akhir ini.
Keputusan hari ini bermakna dalam tempoh tiga bulan lalu kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 55 sen manakala harga diesel pula sudah mengalami penurunan sebanyak 53 sen.
 Sumber: Utusan Online
Komen: Penurunan harga petrol dan disesel memperlihatkan ketidakbijaksanaan kerajaan dalam mengurus ekonomi. Walaupun kita mengakui bahawa penurunan harga petrol dan diesel memang amat dinantikan, namun kenaikan tinggi sebanyak 70 sen dahulu telah mengakibatkan kerosakan pasaran harga barangan tempatan. Biarpun kerajaan telah menurunkan harga petrol dan diesel, harga barang tidak turun. Malah makin naik.
Saya baru menyemak harga susu anak dari jenis lactogen. Dahulunya harganya sebagyak RM22.00 sebelum kenaikan. Selepas kenaikan harga menjadi RM23.90. Apabila penurunan menjadi RM2.30, anehnya harga susu tersebut kini dijual dengan harga RM24.90. 
Kenaikan harga minyak telah membobrokkan harga barang dan ia tidak dapat dipulih dengan penurunan harga minyak. 
Iktibar  buat kerajaan; sebelum menaikkan harga minyak perli fikir seribu malah sejuta kali.

Tiada ulasan: