Kunjungan

Selasa, 16 September 2008

16 September: Anwar kata "jadi", Pak Lah kata "karut".

ANWAR Ibrahim berucap di hadapan lebih 25,000 penyokongnya pada sambutan Hari Malaysian anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya malam tadi. (Anggaran Harakah)

Hari ini ada 16 September 2008. Inilah hari yang disasarkan oleh Anwar untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat. Namun, manusia hanya merancang, yang menentukan itu adalah Allah. Setakat ini Anwar masih menaruh keyakinan bahawa sasarannya akan tercapai. Hanya ada sedikit perubahan memandangkan perkembangan terkini. Kemungkinan 16 September bukanlah tarikh mutlak pempentukan kerajaan.
Para pemimpin UMNO-BN yang lurus bendul mahukan Anwar buktikan bahawa tarikh 16 September berlaku pembentukan kerajaan baru. Mereka mencabar Anwar pada satu masa mengotakannya dan pada pada satu ketika lain mengatakan ianya adalah tidak demokratik dan tak bermoral membentuk kerajaan dengan lompat parti.


Rakyat tidak akan peduli jika tarikh 16 September tidak dapat dikotakan secara tepat. Rakyat sudah bijak dan bukan golongan lurus bendul. Jika 16 September sudah kelihatan riak-riak perubahan ke arah itu, Anwar sebenarnya telah mengotakan katanya. Anwar berjaya membuktikan kata-katanya bukan omongan kosong dan bukan karut marut ahli politik kalau beliau mengumumkan sesuatu yang menggemparkan pada hari ini atau sekaipun pada 20 hb nanti.


Mojoriti rakyat telah hilang kepercayaan kepada kerajaan UMNO-BN. Soal demokratik tidak lagi menjadi bahan simpati rakyat kerana selama ini pun kerajaan UMNO-BN bukan mengamalkan sikap demokratik. Rakyat ditekan dan dipaksakan dalam banyak keadaan.
Minda rakyat ditekan dengan gembar gembur media kerajaan yang bias. Ekonomi rakyat ditindas dengan kenaikan harga barang yang tiada belas kasihan. Kehidupan kerohanian rakyat dikucar-kacirkan oleh sikap liberal kerajaan yang tidak menjaga kesejahteraan rakyat.


Demokratikkah kerajaan yang yang mengamalkan pemerintahan sebegini?

Tiada ulasan: