Kunjungan

Rabu, 9 September 2009

JANGAN DISANGKA KOKOKAN ITU AYAM

Demikianlah bunyi seruan itu. Sungguh shahdu. Berdamailah, ambil keberkatan sempena Ramadhan. Seruan itu disuarakan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak kepada Pas. Demi melayu dan Islam katanya.

Tetapi, semua rakyat tidak harus lupa pengkhianatan UMNO selama ini. Pengkhianatan terhadap Pas secara khusus juga bukan sedikit dan tidak harus dilupakan begitu sahaja. Berpegang dengan prinsip yang diterapkan dalam hadis nabi:

لا يلدغ المؤمن من جحر مرتين

"Tidak boleh seorang mukmin terjebak dalam satu lubang 2 kali".


Petikan berita: Utusan Malaysia

PINTU rundingan demi kepentingan umat Islam negara ini masih terbuka luas. Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sekali lagi mengulangi kesanggupannya untuk berunding dengan Pas.

Namun, Presiden UMNO itu turut menegaskan, parti itu tidak akan sekali-kali menggadai maruah.

Menurut Najib, sekiranya Pas mahu menerima huluran tangan UMNO untuk berunding, rundingan itu perlu dilakukan secara baik.

Maksudnya janganlah ada pihak yang bertindak sewenang-wenangnya mempersoalkan akidah ahli-ahli UMNO.

Tawaran rundingan oleh Presiden UMNO itu seharusnya dilihat daripada sudut positif dan optimis.

Walaupun ahli-ahli UMNO telah dihina dan diperlekehkan dengan pelbagai gelaran dan tohmahan sebelum ini tetapi demi masa depan Melayu dan Islam, Najib tetap menghulurkan usaha perdamaian.

Apa yang dilakukannya itu merupakan satu pengorbanan. Dan pastinya ia dilakukan dengan mengambil kira usaha membela nasib umat Islam dan orang Melayu.

Pas seharusnya mengambil kesempatan daripada tawaran ini untuk merenung semula situasi semasa di dalam negara.

Lihatlah apa yang berlaku ketika ini. Lihatlah juga bagaimana sikap segelintir pihak yang dengan mudah memperlekeh dan memperkotak-katikkan orang Melayu dan umat Islam dewasa ini.

Jadikanlah semua itu sebagai iktibar. Sudah tiba masanya untuk umat Melayu Islam dalam

UMNO dan Pas untuk bersatu. Ingatlah, ia demi masa depan survival Melayu Islam sendiri.


Tiada ulasan: