Kunjungan

Khamis, 7 Ogos 2008

Saiful tidak diliwat - Dr Mohamed

Dalam akuan bersumpahnya yang bertarikh pada 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malaysiakini melaporkan,Dr Mohamed yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum dia (Saiful) membuat laporan polis, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.
Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur, sebelum membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di Pusrawi, Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed. Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada pihak media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.
Dr Mohamed juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara sebut.
Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Saiful.
Sumber: harakahdaily

Rabu, 6 Ogos 2008

9 Peguam akan membela Anwar

DSAI yang bakal dibawa ke mahkamah esok akan diwakili oleh 9 peguam handalan antaranya R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.

Anwar dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.
Dengan suara yang kelihatan 'agak sedih' di peringkat awal ketika membacakan kenyataan akhbar yang disediakan, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengulangi bahawa tuduhan yang bakal hadapi esok - kali kedua dalam tempoh 10 tahun - merupakan satu lagi konspirasi politik kerajaan
Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.

"Saya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti," katanya.

Anwar menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesnya itu untuk mengalih perhatian daripada masalah-masalah yang dihadapinya.


"Hari ini Perdana Menteri ada krisis kepimpinan dan keyakinan semakin merudum," katanya lagi.

Sumber: Mstar

Anwar dituduh kes liwat esok


Polis menyerahkan satu notis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di mahkamah sesyen esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat.
Notis bertulis itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.
Sumber: malaysiakini

Permatang Pauh: Penamaan calon 16 Ogos, undi 26 Ogos

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan minggu lalu, akan diadakan pada 26 Ogos ini.Penamaan calon pula ditetapkan pada 16 Ogos dengan tempoh berkempen selama 10 hari.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan berikutan pengunduran penyandang kerusi itu yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. Pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu.

Seramai 58,459 pemilih layak yang terdiri daripada 57,969 pemilih biasa dan 490 pengundi pos layak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil kali ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuaratnya yang bermula 10 pagi, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, writ pilihan raya akan dikeluarkan esok manakala notis pilihan raya pula hari keesokan.

Kenyataan itu diedarkan kepada media oleh Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said.

"SPR memberi nasihat kepada semua pihak terutamanya parti-parti politik, calon-calon dan petugas-petugas parti dan individu lain yang terlibat perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan agar dapat menjaga ketenteraman dan keselamatan awam," katanya.

Abdul Rashid berkata Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari 2008 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun 2008 yang diwartakan pada 19 Jun 2008 dan dikemas kini sehingga 31 Julai 2008, hendaklah digunakan dalam pilihanraya kecil P.44 Permatang Pauh.

Tambah beliau buat masa ini terdapat beberapa kes petisyen pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum 2008 yang masih berada di peringkat perbicaraan.

"Oleh itu calon-calon diingatkan supaya tidak menyentuh isu-isu yang melibatkan kes-kes petisyen dalam kempen-kempen mereka," katanya.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Dr. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388. Kerusi itu juga pernah diwakili oleh Anwar semasa beliau masih dalam Umno.SPR telah melantik untuk pilihan raya itu, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Roslan Yahaya sebagai Pegawai Pengurus dan tiga penolong Pegawai Pengurus iaitu Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai Zainol Abidin Md Noh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan) Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat, dan Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Seberang Perai Tengah Azizal Ahmad.
Sumber: Mstar

Selasa, 5 Ogos 2008

Mufti Perlis ditawarkan jadi calon pilihanraya kecil Permatang Pauh


Akibat terdesak, UMNO menawarkan kepada Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin untuk menjadi calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh bagi menentang DSAI. Walau bagaimanapun Dr. Asri telah menolak tawaran tersebut dengan alasan dia selesa dengan bidang keagamaan yang diceburinya sekarang.
UMNO cuba mempergunakan mufti Perlis.Kasihan...!



Isnin, 4 Ogos 2008

Pak Lah tak peduli


'Biasalah populariti saya merosot'

Demikianlah reaksi simplistik Pak Lah bila dimaklumkan bahawa popularitinya sebagai perdana menteri telah merosot dalam tempoh empat tahun seperti tinjauan Merdeka Center.

"Saya? Adakah Merdeka Center menulis dengan betul?" katanya lagi.

"Ini yang terjadi kepada ahli politik di mana-mana sahaja," sambungnya.

MRR2 retak lagi

Apa sudah jadi? Lebuh raya sepanjang 1.7 km yang menghubungkan antara Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur dilaporkan mengalami keretakan lagi. Kos pembinaan lebuhraya tersebut adalah RM238 juta dan telah mengalami keretakan sebelum ini. Untuk itu kerajaan telah mengeluarkan peruntukan membaikpulih sebanyak RM70 juta. Kelmarin, keluar berita arus perdana melaporkan bahawa jejambat MRR2 tersebut mengalami keretakan lagi. Bagaimana kerajaan menguruskan wang rakyat? RM70 juta untuk membaikpulihnya bukanlah angka yang kecil.
Apa yang dibaikpulih kalau sekarang retak lagi? Dan tentu wang rakyat dibazirkan lagi sesudah ini untuk baikpulih!

Agendadaily media anti Pakatan Rakyat


Laporan berita Agendadaily bukan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin mencari liputan yang adil dan telus. Semenjak berjaya mengendalikan beberapa rancangan tv, agendadaily nampaknya memperlihatkan corak pemberitaan yang bias kepada pemerintah. Agendadaily tidak memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat yang menghendaki bentuk pemberitaan yang memihak kepada rakyat dan bukan elit pemerintah yang berkepentingan.
Sebagai contoh sebuah laporan sinis daripada laman agendadaily;
Saja nak popular
Cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihaknya boleh menurunkan harga minyak kepada RM2 disifatkan sebagai langkah untuk mencari populariti. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Anwar itu “adalah satu lagi pendekatan populis”. Sebagai rekod, semasa program debat antara Anwar dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bulan lalu, Penasihat PKR tersebut menjelaskan apa yang dikatakan formulanya untuk menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 sen. Mengikut cadangan itu, harga minyak akan turun kepada RM2.20 tetapi kini Anwar tampil dengan angka baru iaitu RM2 pula. Dipercayai Anwar melontarkan cadangan tersebut sebagai usaha beliau untuk menidakkan cadangan kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menurunkan harga minyak ekoran penurunan harga minyak dunia. Difahamkan kerajaan akan menurunkan harga petrol antara RM0.20 sen hingga RM0.30 sen seliter berdasarkan harga terbaru minyak dunia sekarang yang berada di bawah paras harga semasa kerajaan membuat kenaikan harga minyak Jun lalu
Anwar terus ‘ buat kering’ ….
Bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan cerita apa-apa lagi.Masuk ke tak masuk lokap atas kes dakwaan liwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pilihanraya kecil Permatang Pauh mesti on .Walaupun semua orang tahu beliau tergesa-gesa pilih Permatang Pauh kerana kes liwat itu,Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu buat kering saja kata tujuan utama beliau bertanding pilihanraya kecil itu adalah bagi mencapai matlamat menyelamatkan ekonomi negara memandangkan keadaan semakin buruk.Berucap di ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Ahad malam Anwar menegaskan dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya

70 sen, bukan 50 sen

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh semalam mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen, bukannya 50 sen yang diumumkan dua minggu lalu.

“Langkah awal selepas bentuk kerajaan adalah turunkan harga minyak, tiga minggu lalu 50 sen (harga minyak di pasaran $135 setong), hari ini (selepas kita kaji), 70 sen (harga pasaran turun kepada $125 setong),” kata mesej dalam blog beliau yang disiarkan hari ini.

Anwar mengumumkan pendirian terbaru Pakatan Rakyat ketika berucap pada majlis Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh - langkah memulakan kempen tidak rasmi menjelang pilihan raya kecil kawasan tersebut.Kata beliau, penurunan harga minyak merupakan langkah penting untuk meringankan beban rakyat. Rakyat merupakan agenda utama Pakatan Rakyat, bukannya memastikan kroni serta keluarga kaya raya dan rakyat papa kedana.

Dua sarjana Amerika nyatakan sokongan kepada Anwar

John L Esposito

Dua sarjana dalam bidang pemikiran dan sejarah Islam dari Amerika Syarikat mengecam tindakan polis menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkannya sebagai "bermotifkan politik".

John L Esposito dan John O Voll berkata tangkapan terhadap Anwar berhubung siasatan kes liwat bulan lalu itu dibuat setelah PKR menang besar dalam pilihanraya umum Mac lalu dan tidak sampai 24 jam setelah beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam satu pilihanraya kecil.

John O Voll

Sarjana di Georgetown University menambah, kes terbaru ini "ulang tayang" peristiwa 1998 sewaktu Anwar dipenjarakan selama enam tahun yang telah mencemarkan kewibawaan kerajaan Malaysia, pasukan polis dan sistem kehakiman di mata masyarakat dunia.

Berita lanjut: Malaysiakini

Ahad, 3 Ogos 2008

Akan buat pendedahan menggemparkan

Ezam melatah apabila dituduh hanya acah-acah dan gertak sahaja selama ini. Beliau menegaskan bahawa kalau nak tahu sama ada dia hanya acah-acah atau gertak sahaja, tunggu di Permatang Pauh.

Kata bekas Ketua Pemuda PKR itu beliau akan buat satu pendedahan cukup aib dan mengemparkan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim masa kempen pilihanraya kecil itu.Katanya pendedahan itu pasti akan buat Anwar terkedu.

Sabtu, 2 Ogos 2008

Mufti Perlis Tegur PM lagi

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara di sini sempena Hari Pahlawan 2008 sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air.
Cuaca redup dan nyaman pagi ini mewujudkan suasana sayu semasa sambutan berkenaan.

Perdana Menteri yang tiba pada pukul 8.30 pagi memulakan upacara simbolik itu dengan memeriksa perbarisan kawalan kehormat oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pimpinan Mejar Norhisham Kamal.

Ia diikuti tiupan lagu Last Post untuk memperingati pahlawan negara yang gugur di perbatasan. Majlis kemudian mendengar deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Sajak itu mengenang jasa pahlawan negara yang terkorban di medan perang sejak Perang Dunia Kedua, zaman darurat dan semasa menjalankan misi keamanan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri kemudian mendahului acara peletakan kalungan bunga di hadapan Tugu Negara sebelum diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Turut berbuat demikian ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abd. Ghani turut mengalungkan bunga.
Berikutan dengan itu, mufti Perlis mengeluarkan kenyataan meneggur perbuatan PM tersebut dan meyifatkannya sebagai bercanggah dengan prinsip akidah Islam yang menolak sebarang unsur keberhalaan.
Sila baca lebih lanjut: Mstar
Komen: Tuan mufti patut menarik balik seruan yang pernah dilagukannya beberapa minggu lalu mengenai penyatuan UMNO dan PAS demi perpaduan Melayu. Sekadar menegur Abdullah tudak mengubah sikapnya. Seingat saya, isu meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara ini telah diperkatakan pada tahun lepas. Abdullah Ahmad Badawi telah dikritik kerana menjalankan tradisi tersebut pada tahun lepas, namun masih mengulanginya pada tahun ini. Mengubah keadaan ini, ialah menukar pemimpin. Penyatuan PAS dan UMNO adalah ideal diperkatakan tetapi tidak praktikal serta tidak membela nasib bangsa melayu, apalagi orang Islam.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh


Kerusi parlimen Permatang pauh bakal menjadi rebutan dalam satu pilihanraya kecil yang bakal diumumkan tarikhnya tidak lama lagi. DSAI yang merupakan pemegang kerusi tersebut selama 17 tahun sebelum ditangkap pada 1998. Kemudian kerusi tersebut dipegang oleh isterinya DSWA sehingga beliau meletakkan jawatan baru-bari ini.
Kali ini kita akan melihat sekali lagi rakyat Permatang Pauh menentukan pilihan mereka.

Jumaat, 1 Ogos 2008

Ezam kepingin bertanding pilihanraya


“Saya bersedia berada di barisan hadapan ketika kempen pilihan raya nanti. Seperti ditegaskan sebelum ini, saya tidak gentar bertarung dengan Anwar termasuk di Permatang Pauh,” demikian kata-kata penuh bersemangat Ezam sebagaimana dilaporkan oleh agendadaily.


Ternyata Ezam ingin menunjukkan kejaguhannya. Kisah menunjukkan kejaguhan ini bukan cerita baru bagi Ezam. Dahulu pun dia bergentayangan ke serata negara menunjukkan kejaguhannya.


Bukan semua tokoh UMNO suka dengan sifat bongkak Ezam.


Mereka memancing ikan...mungkin dapat kelapa buruk

Setelah lebih sebulan siasatan atas kes tuduhan liwat ke atas DSAI dilakukan, belum nampak apa-apa perkembangan. DSAI menyifatkan siasatan tersebut sepertyi usaha mengail ikan dengan harapan mendapat ikan besar tetapi mereka hanya akan mendapat buah kelapa hanyut.

"Nak dakwa apa.Mereka tidak ada apa untuk dakwa saya.Mereka dah pergi memancing hampir sebulan sekarang dan belum tangkap seekor ikan pun.Mungkin mereka akan tangkap sebiji buah kelapa dan sangka itu seekor ikan,”katanya merujuk kepada cakap-cakap beliau akan ditahan bila-bila masa saja sekarang atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan.