Tentu kita belum melupakan bagaimana UMNO pulau Pinang meminta agar kerajaan Pusat menerik balik semua projek kerajaan Persekutuan dari Pulau Pinang. Kini UMNO Pulau Pinang mendesak agar Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO. Nampaknya banyak-banyak UMNO di Malaysia, UMNO Pulau Pinang yang paling tak cerdik. Semua UMNO memang dah tak cerdik tapi UMNO Pulau Pinang paling tak cerdik.
Ahad, 16 Mac 2008
Sabtu, 15 Mac 2008
Di Mana Mashitah?

Bak kata orang tua-tua;"yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran", demikianlah nasib Datuk Mashitah Ibrahim sekarang. Alangkah baiknya...."alangkah baiknya jika aku masih lagi pensyarah di UIAM", mungkin ada bisikan itu di hatinya.
Labels:
Berita
Nasib Idris Jusuh masih samar.

Persoalan mengenai siapa bakal Meneteri Besar Terengganu masih menjadi tandatanya. datuk Idris Jusuh yang dilaporkan tidak mendapat restu pihak istana Terengganu masih terkontang kanting. Pertemuan ADUN dari BN kecuali Datuk Idris Jusuh yang dijadualkan hari ini di Kuala Lumpur dibatalkan. Politik terengganu dilanda tandatanya lagi. Baca :http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=1726
Labels:
Pendapat
Tindakan Terhadap Mukhriz Selepas Mesyuarat Exco, Kata Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, akan dibuat selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno tidak lama lagi, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata tindakan terhadap Mukhriz yang juga Exco Pemuda dan merupakan Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu akan dibuat berdasarkan saluran yang sedia ada. "Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab selagi saya menjadi Ketua Pemuda dan amanah yang diletakkan di atas bahu saya akan dipikul dengan penuh azam. "Tindakan (Mukhriz) itu saya anggap tidak bertanggungjawab dan Pemuda akan mengambil tindakan mengikut saluran sedia ada. Kita tunggu mesyuarat Exco yang akan diadakan selepas Kabinet diumumkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas komen Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang menyerahkan kepada beliau selaku Ketua Pemuda Umno untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Mukhriz. Ini ekoran tindakan Mukhriz yang telah mengutus surat kepada Abdullah meminta beliau meletakkan jawatan serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas. Salinan surat itu yang disifatkan Mukhriz sebagai surat peribadi turut dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Intipati surat berkenaan bagaimanapun telah disiarkan di beberapa laman web. Tindakan itu dibuat sehari selepas Mukhriz mengeluarkan kenyataan positif dengan menyatakan sokongannya kepada pucuk pimpinan parti itu. Hishammuddin berkata tindakan Mukhriz itu jelas bertentangan dengan apa yang telahpun dinyatakan beliau mengenai kepimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Pemuda Umno sebelum ini telah menyatakan pendirian sayap pergerakan itu yang tetap menyokong penuh kepimpinan Abdullah dan Najib. -- BERNAMA
Labels:
Berita
Menteri Yang Tewas Tidak Akan Dilantik Semula, Kata Abdullah
PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) -- Menteri-menteri Kabinet yang kalah pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu tidak akan dilantik semula dalam barisan jemaah Kabinet baru yang akan diumumkan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menegaskan bahawa Kabinet baru itu akan dianggotai oleh barisan pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan segala yang dirancang oleh kerajaan. Katanya pemilihan anggota Kabinet baru itu merangkumi calon-calon dari pelbagai kaum dan muka baru yang berjaya dalam pilihan raya umum lepas. "Yang sudah tewas kita tidak ada cadangan untuk melantik semula. Kita mahu transformasi yang hendak dibawa itu mesti dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya semasa temubual dengan Bernama TV di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini hari ini. Bagaimanapun, Abdullah, berkata Kabinet baru itu akan dianggotai oleh calon-calon daripada semua kaum sama ada Cina, India, Iban dan Kadazan. Pada pilihan raya tersebut, empat menteri Kabinet dan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mencatatkan keputusan luar dugaan apabila tewas kepada muka baru yang dicalonkan oleh parti pembangkang. Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil (Lembah Pantai), Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (Shah Alam) dan Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Sungai Petani. BERNAMA
Labels:
Berita
Shahidan gagal, Isa kini MB Perlis
Datuk Seri Shahidan Kassim gagal mengekalkan jawatan Menteri Besar Perlis, keputusan mengejut yang sama sekali berbeza daripada dakwaannya malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Datuk Mat Isa Sabu menggantikan Shahidan yang memegang jawatan itu sejak 1995.
Raja Perlis dilaporkan telah melantik Mat Isa hari ini berkuatkuasa serta-merta dan sekali gus menamatkan suasana tidak menentu di negeri itu.
Setiausaha sulit kepada Raja Perlis, Mohd Adib Zakaria, mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.
Beberapa hari lepas nama Isa, seorang tokoh lama Umno Perlis, disebut-sebut sebagai menggantikan Shahidan.
Undang-undang tubuh negeri ini membenarkan Raja Perlis melantik menteri besar mengikut pilihannya.
Menurut laporan laman web The Star Online hari ini, Shahidan sendiri menghadap Raja Perlis di Istana Siraj kira-kira sejam sebelum solat Jumaat.
Beliau dilaporkan berkata istana belum memutuskan calon MB ketika ditanya wartawan selepas pertemuan tersebut.
Setakat ini tidak dapat dipastikan reaksi penyokong-penyokong Shahidan selepas mendapat tahu pemimpin mereka itu, yang juga ketua bahagian Arau, disingkirkan.
Sementara itu di Putrajaya, bekas menteri besar itu kelihatan berjalan beriringan dengan timbalan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sewaktu keluar dari masjid Putra selepas solat Jumaat tengah hari tadi.
Kira-kira 100 penyokongnya berkumpul depan masjid itu sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati.
Bercakap kepada media di situ, Shahidan berkata, seseorang yang dilantik MB Perlis sekarang "tidak mendapat mandat" kerana beliau, sebagai pengerusi BN negeri, mempunyai mandat tersebut.
"Saya dapat mandat daripada pengerusi BN dan saya mengetuai kerajaan Perlis. Tetapi kalau ada (pelantikan orang) lain daripada pelantikan itu, bererti mereka bukan BN," katanya.
Beliau juga mengulangi kenyataan pemimpin-pemimpin yang dekat dengannya sebelum ini bahawa terdapat pemimpin tertentu dalam Umno yang "busuk hati" padanya dan melabelkan mereka "munafik" kerana enggan menaikkannya semula sebagai menteri besar.
"Mereka cucuk-cucuk orang dan mereka adalah dari kalangan orang-orang yang dianggap munafik. Jangan dekati orang munafik sebab Allah akan campak (anda) dalam neraka," katanya lagi.
Shahidan semalam berkata beliau akan ke istana tengah hari ini untuk mendapatkan watikah pelantikan setelah pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju menyambung khidmatnya.
Adun Tambun Tulang itu malah memberi kata dua kepada pemimpin dan ahli yang membantah keputusan tersebut - mereka boleh dikenakan tindakan disiplin atau keluar daripada Umno.
"Ini keputusan Perdana Menteri, mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri.
"Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti."
BN Perlis digoncang krisis berlarutan untuk mencari calon MB baru walaupun ia mengulangi kemenangan besar, menguasai 14 daripada 15 kerusin DUN dan mengekalkan ketiga-tiga parlimen pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Penyokong Shahidan mendakwa beliau disekat oleh seorang tokoh besar di peringkat pusat - yang mencetuskan konflik menjelang penamaan calon.
Krisis itu mula menjadi pertembungan terbuka hujung tahun lepas apabila setiausaha agung Umno, yang juga menteri dan ketua bahagian Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad memberi kenyataan terbuka tentang kepemimpinan Shahidan, antaranya mendesak beliau meletakkan jawatan.
Sementara itu, sewaktu dihubungi Malaysiakini petang ini, ketua penerangan Umno negeri Datuk Hashim Suboh berkata mereka tidak mengiktiraf pelantikan Mat Isa.
"Jika kita mengiktirafnya, akan rosak demokrasi dan sistem pilihanraya," katanya, sambil menambah "kita anggap beliau seorang MB (calon) bebas".
BN tetap dengan pendirian Shahidan sebagai menteri besar, tambahnya.
"Rakyat melihat pelantikan Mat Isa tidak mengikut prosedur. Apa makna sistem berparti jika tidak ikut parti?" tambahnya.
"Kita tidak boleh halang rakyat jika mereka bangkit mengadakan tunjuk perasaan."
Beliau membayangkan BN Perlis boleh mengambil tindakan disiplin kepada Adun Bintong itu jika beliau terus memegang jawatan tersebut.
Awal malam ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata calon pilihannya tetap Shahidan, dan bukannya Mat Isa.

Sumber: Malaysiakini
Labels:
Berita
Hukum Mukhriz: Abdullah serah kepada Pemuda
Oleh Bernama
Sabtu, 15 Mac 2008
PRESIDEN Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Pergerakan Pemuda Umno untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga anggota exco Pemuda mengenai desakan Mukhriz meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Saya lepaskan kepada Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein, Ketua Pemuda Umno) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya (terhadap Mukhriz), katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di sini hari ini.Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas mengenai sepucuk surat yang ditulis oleh Mukhriz dan dihantar kepada Perdana Menteri di mana Mukhriz menggesa agar Abdullah bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri."Sehari sebelum dia hantar surat itu pada saya, dia telahpun keluarkan satu kenyataan mengatakan dia sokong dan dia memahami apa yang berlaku itu merupakan satu collective responsibility (tanggungjawan bersama) dan beberapa kenyataan lain yang dilihat sebagai kenyataan positif terhadap saya."Tiba-tiba dia tukar pulak...hanya sehari setelah itu hantar surat bukan hanya pada saya tetapi juga Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dan seluruh negara."Ini pada saya bukanlah satu cara atau pendekatan yang baik. Ini adalah satu reaksi daripadanya sebagai ahli pergerakan Pemuda Umno, yang telah pun mengambil keputusan untuk sokong saya dan pucuk pimpinan parti."Dia juga telah mengatakan saya dan Najib diberi sokongan untuk memimpin parti dan kerajaan...ini satu perbuatan (menulis surat yang meminta beliau meletakkan jawatan) yang menyalahi pendekatan dan pendirian yang telah dibuat oleh Umno dan Pergerakan Pemuda Umno," kata Abdullah.
Labels:
Berita
"Surat Mukhriz bukan pendirian Pemuda" Hishammuddin
Oleh Bernama
Sabtu, 15 Mac 2008
KL: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika benar anggota Exconya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ada menulis surat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur, ia dibuat secara peribadi.
Beliau berkata permintaan Mukhriz supaya Perdana Menteri berundur berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) di lima buah negeri pada pilihan raya umum Sabtu lepas bukan merupakan pendirian Pemuda Umno.Pergerakan itu tetap berpegang kepada kenyataan yang dibuat sebelum ini untuk berdiri teguh di belakang Abdullah selaku Presiden Umno dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak."Sekiranya pendirian meminta YAB Perdana Menteri berundur itu dikeluarkan atas sifat peribadinya, maka secara peribadi saya menganggap bahawa cara dan masa ianya dibuat adalah tidak sesuai."Dalam keadaan sekarang apa yang lebih utama ialah bagaimana penyusunan parti dapat dilakukan demi kebaikan semua kerana institusi lebih penting dari segala-galanya," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.Hishammuddin juga berkata Pemuda Umno masih berpegang kepada pendirian bahawa sebarang keputusan melibatkan kepentingan parti mesti dibuat secara kolektif dan bukan oleh individu.Agensi berita asing hari ini mengeluarkan laporan memetik Mukhriz, Pengerusi Biro Antarabangsa pergerakan itu, mengaku menghantar surat kepada Abdullah, dua hari lepas meminta pemimpin itu supaya meletakkan jawatan.
Labels:
Berita
Surat Mukhriz Mahathir minta Abdullah Badawi letak jawatan
PETANG Rabu 12 Mac 2008, empat hari setelah Negara dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke XII, Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah menghantar sepucuk surat peribadi meminta PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan semua jawatan termasuk Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.
Surat ini telah disalin kepada Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Wira Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO dan Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung UMNO.
Mukhriz yang berterima kasih kerana diberi kepercayaan bertanding di P005 Jerlun atas tiket Barisan Nasional menjangkakan akan menerima kesan negatif kerana surat ini, termasuk risiko dipecat sebagai ahli UMNO.
Labels:
Berita
Ironinya...Pemimpin UMNO Selangor tak pernah sedar.
UMNO Bahagian Kapar Jumaat malam mengadakan perhimpunan yang dihadiri lebih 3,000 orang bagi menyatakan pendirian UMNO Bahagian tersebut berhubung dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru. Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil ketika berucap pada pehimpunan tersebut berkata, UMNO Bahagian Kapar akan menggerakkan jentera parti itu mengumpulkan data dan maklumat mengenai janji-janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan PAS untuk dituntut pelaksanaannya. "Kita akan mengumpulkan senarai anak-anak yang diletakkan pusat jagaan bagi dituntut bayaraan sebanyak RM75 yang dijanjikan, kita akan kumpulkan senarai anak-anak di Tadika bagi dibayar RM50 sebulan seperti yang dijanjikan. Jika ini tidak dapat ditunaikan, kita gegarkan pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini janji mereka," katanya sambil disambut tepukan hadirian yang melaungkan slogan Hidup Melayu dan Hidup UMNO. Rahman juga dalam ucapannya meminta ahli-ahli UMNO Bahagian itu terus berdiri teguh mempertahankan kepimpinan parti.
Demikianlah sikap para pemimpin yang haprakn lantaran kehilangan kuasa. Mereka sibuk dengan satu perkara yang bukan kerja mereka. Mereka telah diberi peluang bertahun-tahun untuk buat kerja tetapi mereka tak buat kerja. Bila negeri Selangor diperintah oleh pembangkang, mereka melepaskan geram dengan memberitahu rakyat bahawa mereka akan buat kerja mengumpulkan data bagi menjayakan manifesto kerajaan baru. Mereka sebenarnya bukan bertujuan mahu membantu menjayakan manifesto kerajaan baru tetapi ingin menyindir. Seolah-olah mereka berkata, kami akan longgokkan senarai nama anak-anak pusat jagaan dan anak-anak tadika di depan pejabat MB sehingga mereka tak mampu memberikan wang kepada anak-anak tersebut.
Mereka menuntut kerajaan baru menunaikan janji. Mereka lupa janji mereka. Janji pemimpin mereka untuk mewujudkan Malaysia yang aman, selamat dan makmur. Lebih baij mereka membantu Pak Lah menyediakan data mengenai berapa ramai kanak-kanak yang hilang pada tahun ini agar langkah menjaga keselamatan mereka boleh diambil. Lebih baik mereka menghitung berapa banyak projek yang tergendala dan berapa pula yang telah disuntik dana tambahan berbanding harga asal agar wang rakyat selamat. Lebih baik mereka mengatur program bantuan yang dapat dirasai semua rakyat agar merasa makmur semua rakyat bukan segelintir melayu yang berdampingan dengan pemimpin yang merasa makmur!
Khir Toyo itu orang yang tersedar dari tidur. Memang tabiat orang baru sedar dari tidur suka meracau. Orang diganggu tidurnya dan disedarkan sebelum tidurnya cukup akan marah dan suka meracau. Demikianlah juga Datuk Abd Rahman Palil itu.
Biarkan orang meracau dengan racaunya.
Labels:
Pendapat
Jumaat, 14 Mac 2008
Inilah Kifarat dari Allah untuk mereka yang angkuh
Jika kita teliti berita beberapa hari terakhir ini, banyak cemuhan dan tuduhan dilemparkan kepada kerajaan BA yang baru dibina. Ust Azizan dituduh mengarahkan Tadika Kemas ditutup. Kerajaan PAS juga dimomokkan dengan perlaksaan hudud. Terbaru Lim Guang Eng dituduh sebagai pencetus api perkauman kerana dikatakan membatalkan DEB. Kemudian terkini, bapanya Lim Kit Siang dituduh biadab kerana membantah keputusan Sultan Perak yang memutuskan calon dari Pas, Ir Muhammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Dalam kesibukkan media menyalahkan Lim Kit Siang dalam kes boikot majlis akat sumpah Menteri Besar Perak, politik Perlis pun bergolak. Kali ini BN diuji kepatuhannya terhadap keputusan raja Perlis. Apakah Shahidan akan bersikap biadab seperti Lim Kit Siang dengan menetang keputusan Raja Perlis. Setelah membantah keputusan Sultan Perak, Lim Kit Siang menunjukkan sikap mulia dengan meminta maaf. Apakah sikap begini akan ada pada Shahidan?Apakah pak Lah sendirim akan akur dengan keputusan Raja Perlis.
Di sini kita akan saksikan sambil berfikir!
Labels:
Pendapat
Langgan:
Catatan (Atom)