Kunjungan

Memaparkan catatan dengan label ulasan isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulasan isu. Papar semua catatan

Jumaat, 3 April 2009

Begitulah susunan Allah, tentu ada Rahsia...



Pada hari ini, resmilah DS Najib Tun razak sebagai perdana menteri Malaysia. Ramai mengatakan terbukti benarlah teori Rahman. Dalam tentangan keras sebahagian rakyat Malaysia agar DS Najib tidak dilantik, Allah mentakdirkan beliau dilantik juga. Tiada kata yang lebih indah aku ucapkan kecuali:




"Allah maha mengetahui....tentu ada rahsia di sebaliknya..."



Sedutan Berita: Mstar


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.



Najib,55, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10:12 pagi tadi.



Upacara yang penuh adat istiadat itu berlangsung di Balai Rong Seri Istana Negara di sini, menyaksikan Najib melafazkan ikrar berbunyi berikut:



"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi."



"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala dayaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan juga memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."



"Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.



"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan diketahui oleh saya sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagai mana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sempurna kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagai mana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

Rabu, 4 Februari 2009

KEMELUT POLITIK DI PERAK

Hari ini 2 Adun Keadilan dari Bota dan Behrang mengistiharkan masuk BN. Seorang calon DAP juga masuk BN. Datuk Nasharuddin yang baru 2 minggu mengistiharkan  masuk Keadilan, kembali masuk ke dalam BN. Rentetan itu, Datuk Seri najib Tun razak mengistiharkan BN mendapat mojoriti dan akan secepatnya membentuk kerajaan di Perak. Namun, pada hari ini juga Datu Seri Nizar membubarkan DUN dan kini menunggu perkenan sultan.
Dalam menanggapi kemelut ini, TG Nik Aziz menyifatkan Adun yang melompat masuk kepada BN sebagai pengkhianat.

Rabu, 13 Ogos 2008

Menunggu merealisasikan 16 September


Sekiranya PAKATAN RAKYAT ingin mentadbir KERAJAAN MALAYSIA, sekurang-kurangnya 30 AHLI PARLIMEN daripada Barisan Nasional perlu berhijrah ke dalam PAKATAN RAKYAT dan PAKATAN RAKYAT akan memperolehi 112 Kerusi Parlimen daripada 222 Kerusi.

Jadi...
PAKATAN RAKYAT = 112

Kerusidan Barisan Nasional = 110 Kerusi


Namun, PAS mensyaratkan bilangan MP beragama Islam hendaklah mojoriti. Ini bermakna, Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 18 MP BN yang beragama Islam untuk mencukupkan bilangan sekarang iaitu 43 menjadikannya 61 orang.


Ini memerlukan keajaiban kuasa Pencipta. Dialah sebaik-baik perancang!

Khamis, 31 Julai 2008

PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS


Akhirnya keputusan muktamad telah dikeluarkan oleh Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang nahawa Pas tidak akan berkerjasama dengan BN di semua peringkat. selepas ini media kerajaan perlu diam dan tidak mengulas lagi isu muzakarah. Cukuplah...ia membosankan dan ahli Pas maupun pimpinan Pas tak pernah menaruh minat untuk berkerjasama dengan UMNO dalam BN.


Media kerajaan terlalu berlebih-lebihan dalam mengulas isu muzakarah maupun muqabalah.


Jumaat, 25 Julai 2008

Datuk Ahmad Said Kalahkan Paklah lagi.


Semasa berlaku krisis perlantikan MB Terengganu sejurus selepas PRU12, Datuk Ahmad Said telah berjaya mengalahkan Pak Lah untuk pusingan pertama bila dia berjaya terus menjadi MB walaupun kerajaan pusat tidak merestui pada permulaannya. Datuk Ahmad Said tersengeh selamba sahaja apabila akhirnya Pak Lah mengumumkan bahawa perlantikkannya direstui setelah tiada jalan selain akur dengan keputusan MPR Nerengganu.
Baru-baru ini MB Terengganu itu mencuba sekali lagi keampuhan cengkaman kuasa Pak Lah. Keputusannya menukarkan kereta rasmi exco kerajaan negeri daripada Proton Perdana V6 kepada Merc E200 Compresser menimbulkan kontroversi dan kritikan termasuk dari pemimpin-pemimpin tertinggi. namun Datuk Ahmad Said mempertahankannya atas alasan menjimatkan kos penyelenggaraan. Akhirnya Pak Lah membenarkan.

Sebenarnya keputusan "membenarkan" tersebut adalah jalan selamat yang telah dipilih oleh Pak lah daripada berkonflik dengan pemimpin negeri.