Kunjungan

Khamis, 31 Julai 2008

Azizah kosongkan kerusi Ptg Pauh


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.


baca lagi: Mstar

PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS


Akhirnya keputusan muktamad telah dikeluarkan oleh Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang nahawa Pas tidak akan berkerjasama dengan BN di semua peringkat. selepas ini media kerajaan perlu diam dan tidak mengulas lagi isu muzakarah. Cukuplah...ia membosankan dan ahli Pas maupun pimpinan Pas tak pernah menaruh minat untuk berkerjasama dengan UMNO dalam BN.


Media kerajaan terlalu berlebih-lebihan dalam mengulas isu muzakarah maupun muqabalah.


UMNO KENA PENYAKIT SAWAN TALAK


Kenyataan para pemimpin UMNo lewat terakhir ini semakin menampakkan mereka seperti orang sawan. Biarpun pemimpin PAS memberi response yang tidak ghairah terhadap agenda muzakarah atau muqabalah, mereka masih tebal muka memperkatakannya. Ternyata, UMNO semakin kronik dan desperado.
Media penjilat juga tidak putus-putus menaruh harapan.
Apakah mereka sudah lupa apa yang mereka buat terhadap PAS selama ini?

Rabu, 30 Julai 2008

Harga minyak dunia turun...Mana janji kerajaan?


Graf menunjukkan penurunan harga minyak dunia

Sabtu, 26 Julai 2008

Exco dilarang pakai Mercedes; 14 Mercedes-Benz E200 hanya untuk kegunaan tetamu



Demikianlah arahan Pak Lah. Nampaknya keputusan Pak Lah tidaklah meyelesaikan masalah. Bak kata pepatah, di luah mati emak, di telan mati bapa. Kebenaran menggunakan kereta merce yang telah dibuat terdahulu mengesahkan kerugian sebanyak RM3.43 juta kerana membelinya. sesudah dibeli dilarang menggunakannya kecuali untuk tatamu kerajaan. Kereta Proton Perdana V6 Exsekutif perlu diteruskan penggunaannya. Bermakna, kos penyelenggaraan yang tinggi akan terus ditanggung oleh kerajaan negeri. Untuk penggal 2004 hingga 2008 yang lalu sahaja, kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Eksekutif bagi 14 anggota exco kerajaan negeri adalah RM1.07 juta.


Kerajaan terpaksa menanggung 2 kerugian. Duit siapa semua ini kalau bukan duit rakyat?

Dr. Mahathir gesa Abdullah undur segera


Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad badawi baru-bari ini nampaknya tidak diterima oleh Dr. Mahathir. Dalam satu kenyataannya, beliau menggesa agar ahli UMNO menurunkan Abdullah daripada jawatannya dan tidak perlu menunggu sehingga tahun 2010.


"Saya terima saya bersalah kerana memilih Abdullah sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean," kata beliau menerusi tulisan terbaru dalam blognya hari ini.


"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya."Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," katanya.
Baca selanjutnya di Mstar



Konsert Inu Dibatalkan-Satu kemenangan kepada kebaikan!



Konsert Inul yang terkenal dengan "Goyang Gerudi" yang dijadualkan akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini, akhirnya dibatalkan. Penganjur konsert tersebut IMS Prima Sd Bhd mendakwa menanggung kerugian hampir RM500.00. Pembatalan konsert tersebut adalah disebabkan kertas cadangannya ditolak oleh Jawatankuasa Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara ( PUSPAL).


PUSPAL diwakili oleh 20 agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Komen: Apapun alasan pembatalan, sesungguhnya ia adalah satu kemenangan kepada kebaikan dan orang berjuang memperbaiki moral masyarakat yang banyak dimusnahkan oleh golongan artis yang tidak bermoral.



Jumaat, 25 Julai 2008

Ada satu cadangan!

Para Exco Kerajaan Negeri atau mana-mana pemimpin dari semua peringkat seharusnya mengamalkan gaya hidup sederhana dan dekat dengan rakyat. Oleh kerana itu kerajaan perlu mempertimbangkan kereta rasmi dari jenis 4WD agar mudah mereka melawat kampung dan desa. Jangan jadikan kereta rasmi sebagai kenderaan menunjuk-nunjuk. kalau ini dapat dilakukan, rakyat akan lebih menghormati para pemimpin.

Apa kata pakai kereta Ford Explorer seperti dalam gambar!

Toyota Camry?



Ada cadangan supaya kerajaan Selangor menukarkan kereta Proton Perdana V6 Exec kepada Toyota Camry. Apakah kerajaan Selangor juga akan terikut-ikut gaya menukarkan kereta seperti kerajaan Terengganu?
Rakyat sedang memerhati dan menilai.



Datuk Ahmad Said Kalahkan Paklah lagi.


Semasa berlaku krisis perlantikan MB Terengganu sejurus selepas PRU12, Datuk Ahmad Said telah berjaya mengalahkan Pak Lah untuk pusingan pertama bila dia berjaya terus menjadi MB walaupun kerajaan pusat tidak merestui pada permulaannya. Datuk Ahmad Said tersengeh selamba sahaja apabila akhirnya Pak Lah mengumumkan bahawa perlantikkannya direstui setelah tiada jalan selain akur dengan keputusan MPR Nerengganu.
Baru-baru ini MB Terengganu itu mencuba sekali lagi keampuhan cengkaman kuasa Pak Lah. Keputusannya menukarkan kereta rasmi exco kerajaan negeri daripada Proton Perdana V6 kepada Merc E200 Compresser menimbulkan kontroversi dan kritikan termasuk dari pemimpin-pemimpin tertinggi. namun Datuk Ahmad Said mempertahankannya atas alasan menjimatkan kos penyelenggaraan. Akhirnya Pak Lah membenarkan.

Sebenarnya keputusan "membenarkan" tersebut adalah jalan selamat yang telah dipilih oleh Pak lah daripada berkonflik dengan pemimpin negeri.



BANTAHAN TOKOH ANTARABANGSA TERHADAP TUDUHAN LIWAT KEPADA ANWAR TERUS KEDENGARAN


Bantahan tokoh-tokoh antarabangsa terhadap tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim semakin membingungkan kerajaan Malaysia. Ternyata persoalannya tidak mudah. Usaha membunuh karier politik Anwar Ibrahim tidaklah semudah menuturkan seungkap kata"aku diliwat...". Mata antarabangsa sentiasa memerhati dalam zaman langit terbuka ini. Lebih-lebih lagi bagi kes membabitkan pemimpin besar seperti Anwar Ibrahim.
Terbaru, sebagaimana dilaporkan dalam AFP dari Paris tiga bekas orang kenamaan di arena antarabangsa membuat kenyataan bersama mendesak Malaysia gugurkan dakwaan sodomi keatas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu. Ketiga-tiga mereka ialah bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, bekas CEO Bank Dunia James Wolfensohn, and dan bekas CEO Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus.
Terdahulu, Setiausaha Agung Amerika Syarikat, Condoleezza Rice telah berucap di Singapura sempena kehadirannya bagi Forom Serantau Asean yang melibatkan menteri-menteri luar dengan nada yang sama.
Baca:Washingtonpost.com

Isnin, 21 Julai 2008

Beli Mercedes Untuk Jimat Kos?


Sungguh sukar difahami cara pemimpin UMNO berfikir. Beli Mercedes dikatakan menjimatkan kos.
Kerejaan berkempen agar rakyat membeli kereta nasional, tetapi para pemimpin membeli mercedes menggantikan proton perdana V6.
Kerajaan Negeri Terengganu melalui menteri besarnya, Datuk Ahmad Said Ahad telah meluluskan pembelian 14 kerete Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri .

Shahir Cuma Berani Berkokok di Luar Gelanggang

Mereka yang masih menunggu pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat harus merasa bimbang kerana pemimpinnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mempunyai satu dasar ekonomi yang konsisten untuk diketengahkan kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.


Beliau berkata apa yang diperkatakan oleh Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat menerusi Agenda Ekonomi Baru (AEB) yang diperkenalkannya, janji kempen pilihan raya umum lepas hingga kepada hujah semasa debatnya bersama Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek Selasa lalu, sering berubah-ubah.


Komen: Kalau pandai sangat berhujah, kenapa tak masuk berdebat sahaja dulu. Kenapa bagi Shabery yang tidak ada modal berdebat.Inilah yang dikatakan hanya berani berkokok di luar gelanggang,sifat kebanyakan pemimpin UMNO.



Rabu, 16 Julai 2008

Anwar ditahan reman, ke HKL buat ujian DNA

KUALA LUMPUR: Setelah 6 jam disoalsiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi polis dan peguamnya telah bergerak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan ujian DNA.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah ditahan polis pada jam 1.15 tengahari berhubung dakwaan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Selepas menjalankan ujian DNA tersebut, polis belum dapat memastikan samada Anwar akan dibebaskan atau tidak.

Beliau akan dibawa kembali ke IPKKL dan keputusan reman terhadapnya akan ditentukan selepas mengetahui keputusan ujian kesihatan di HKL.
Berita lanjut:Mstar


Shabery gagal meyakinkan dalam debat


Debat anjuran Agendadaily membabitkan Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek telah berlangsung dan ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia dalam dan luar negara. Ternyata Shabery gagal dalam perdebatan tersebut dan rakyat tidak dapat diyakinkan dengan hujah-hujah Shabery. Shabery lebih banyak mengambil pendekatan menyerang peribadi Anwar dengan mengimbau zaman gerakan mahasiswa tahun 1974, zaman Anwar berada dalam kerajaan yang menurutnya Anwar tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.
Shabery kelihatan meracau dan meraba-raba dalam penghujahannya dan tidak menjawab persoalan yang dikemukakan. Soalan -soalan daripada Nordin Kardi juga tidak melambangkan kedudukannya sebagai ahli akademik yang mengaku sebagai ilmuan.
Kalau berpegang kepada janji Shabery, dia patut memilih opsyen melepaskan jawatannya sebagai menteri penerangan.


baca lebih lanjut: Malaysiakini
.

Sabtu, 12 Julai 2008

Ezam berperangai budak-budak-Tidak boleh dipercayai


Nampaknya gelagat Ezam sejak masuk UMNO makin melucukan dan kekadang memualkan. Tugas utamanya kini bukan lagi menentang rasuah. Yang kelihatan, tugasnya adalah menahan kemaraan Anwar. Dengan dendam kesumat yang entah apa puncanya, dia kini mengeluarkan pelbagai ancaman hatta bersumpah secara Islam untuk menentang Anwar. Sebagaimana sebelumnya, dia mendakwa ada bukti yang boleh memalukan Anwar dan keluarga. Bukti"kotak-kotak" yang didakwanya dahulu hingga kini tidak juga didedahkan. Sumpah demi sumpah telah diucapkan dalam pelbagai pentas pada zaman kebangkitan awal gerakan reformasi. Namun...haihata haiha...ke mana sumpahnya itu. Kini bolehkah sumpah dan janjinya boleh dipercayai lagi.
Sebenarnya Ezam tak ubah laksana budak-budak yang bergaduh kerana berebut ikan haruan dalam bendang, atau adik yang berhujah depan ibu bapa sambil menangis tersedu-sedu.

Ezam ketuai badan Islam serantau


Khabarnya Ezam kini bakal mengetuai sebuah badan Islam serantau Malaysia -Indobnesia. Siapakah yang begitu naif mengandalkan kepada Ezam untuk menguruskan elwal mengenai Islam. tanduskah sudah tokoh Islam yang berwibawa lalu dipungut kembiri politik yang nasar dari arus.

Khamis, 10 Julai 2008

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani



Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam.
Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.
Baca lebih lanjut

Selasa, 8 Julai 2008

Bermubahalah...bukan bermuhabalah?

Demikianlah...apabila Dr Asri Zainal Abidin mencadangkan agar tuduhan Liwat ke atas DSAI diselesaikan dengan cara bermubahalah, ramailah pihak yang turut menyeru ke arah itu. Ini termasuklah media massa dan yang ironinya Saiful Bukhari sendiri kononnya melalui emailnya menyeru agar acara sumpah itu dilakukan dan mencabar ditentukan hari.
Cuma yang lucunya...mereka menyebut "bermuhabalah". Kalau tak tahu tentangnya hingga sebutan pun lintang pukang, lebih baik berdiam diri. Amat memalukan lebih kuah dari sudu dalam hal mubahalah ini. Media massa melalui pembaca berita yang rajin mengutarakan perkataan muhabalah ini hanya menambahkan lagi kebodohan dan niat busuk mereka.
Dengarkan...

Isnin, 7 Julai 2008

Nik Aziz: Hanya ambil kakitangan, pemimpin solat 5 waktu


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membawa satu usul dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mewajibkan mereka yang menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib pengambilan bekerja bagi pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri.
Baca selanjutnya....

"Mubahalah" Tidak Perlu Dilaksanakan, Kata Ketua Pengarah JAKIM

ALOR STAR, 6 Julai (Bernama) -- Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berpendapat bersumpah dengan menjunjung al-Quran atau 'mubahalah' tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan sahaja akan mendedahkan aib seseorang di khalayak umum malah akan menimbulkan kesan lebih besar terhadap umat Islam.
Beliau berkata dakwaan liwat yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, tidak perlu diperbesarkan kerana lebih banyak cara lain boleh digunakan bagi menentukan kesahihan dan kebenaran terhadap setiap tuduhan yang dibuat.
"Jika diperbesarkan, ia bakal membuka ruang kepada pihak lain untuk campur tangan, sekali gus akan menimbulkan kesulitan kepada negara dan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Wan Mohamad berkata dalam situasi masa kini, lebih baik masyarakat memberi tumpuan terhadap agenda lain yang boleh mendatangkan manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat itu diselesaikan secara mubahalah sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Saya Tidak Bersumpah Atas Nasihat Ulama, Kata Anwar


PETALING JAYA, 7 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengangkat sumpah atas nama Allah dalam kes tuduhan liwat ke atasnya oleh bekas pembantunya 28 Jun lepas kerana dinasihatkan oleh ulama dalam dan luar negara supaya tidak berbuat demikian.
Beliau mendakwa 10 tahun lepas, beliau pernah bersumpah atas tuduhan liwat tetapi tetap dituduh, diterajang, dipukul dan dipenjarakan yang kesemuanya tidak mengikut Islam dan al-Quran.
"Saya nak jawab perkara ini setelah merujuk dengan ulama dalam dan luar negara. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria juga mengulas perkara ini dan begitu juga bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya," katanya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam.
Beliau berkata sekiranya perkara itu hendak dibawa pertuduhannya di bawah Mahkamah Syariah, Anwar berkata beliau sudah mencadangkannya pada 1998 apabila pertuduhan liwat dikenakan ke atasnya."Saya meminta empat orang bukti dan saya sedia didakwa. (Sekiranya tidak) saya anggap kes ini tidak ada asas sama sekali," katanya.
Katanya beliau tidak mahu ada pemimpin Umno yang mahu mendabik dada meminta beliau berbuat demikian kerana bersumpah atas nama Allah bukan perkara politik tetapi mengikut kaedah syarak dan memerlukan nasihat oleh ulama yang berwibawa.
Baca: Bernama