Kunjungan

Isnin, 14 April 2008

Nasihat Anwar kepada Dr. M


Mengulas mengenai kritikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan beliau dengan Yahudi, Anwar menolak dakwaan itu sebagai "tidak masuk akal".
Bercakap kepada pemberita pada forum kepimpinan Melayu di Kajang semalam, Dr Mahathir berkata hanya orang Israel yang akan mengundi Anwar jika beliau mahukan jawatan Perdana Menteri.

"Beliau (Dr Mahathir) nampaknya semakin letih dan keliru. Saya tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel, tetapi beliau ada berjumpa... secara diam-diam, ketika beliau menjadi perdana menteri," katanya.
Anwar berkata, Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden negara kuasa besar itu George W Bush pada 2002.
Anwar menasihati Dr Mahathir supaya memberikan tumpuan menjaga kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada rakyat atas kezaliman yang telah dilakukannya.
Dr Mahathir juga, tambah Anwar, perlu menjelaskan tentang bagaimana beliau telah memusnahkan badan kehakiman, mengawal media, bagaimana beliau menahan beratus-ratus orang bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ketika Operasi Lalang 1987.
Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu menjelaskan pembabitannya dalam pelbagai amalan rasuah, salah urus, mencuri dana kerajaan melalui banyak syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian seperti Perwaja Steel."
Saya fikir lebih baik beliau menjawab isu-isu berkenaan," tegas Anwar.
Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan: