Kunjungan

Selasa, 29 April 2008

Isu mewajibkan istiharkan keislaman


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dalam kenyataannya hari Isnin berkata tiada nas yang mensyaratkan supaya pemakluman kepada keluarga dibuat sebelum seseorang itu memeluk agama Islam.
Kenyataan dari pihak JAKIM ini berbeza dengan kenyataan PM sebelum ini yang menghendaki supaya mengumumkan keislaman yang mana dilihat ramai sebagai arahan yang tidak bijak dan merugikan umat Islam.

Saya sudah masuk…saya tak akan keluar-Anwar


Kalau setakat sepuluh tahun kelibatnya tidak kelihatan di parlimen belum cukup untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumpuan semasa muncul majlis perasmian penggal pertama Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Selasa.Rentetan kisah-kisah politik selepas pilihanraya umum 8 Mac yang memberi nafas baru kepada pembangkang membuatkan ramai yang nak tahu apa ceritanya semasa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat di majlis itu.Ini lebih-lebih lagi dakwaannya ada sebilangan ahli parlimen Barisan Nasional nak menyeberang ke kem pembangkang dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang selewat-lewatnya September ini.Asalnya ada sedikit salah faham Isnin bila Wan Azizah mendakwa tidak menerima kad jemputan macam ahli parlimen lain yang membolehkan pasangan mereka menghadiri majlis itu.Anwar,60 tetap dengan stailnya bersahaja sepanjang berada pada majlis itu.Beliau turut menyaksikan perjalanan perasmian dari galeri awam Dewan Rakyat
Sumber: Agendadaily

Pengarah Jaip diarah bertukar oleh Menteri Besar Perak

SITIAWAN: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama. Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengesahkan perkara itu berkata, Jamry dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa bagi membela dirinya.

Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan. Sementara itu, Jamry ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini, di Istana Kinta di Ipoh. "Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini," katanya. -
Bernama

EGM-tiada siapa boleh halang!


Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar lepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam supaya semua bahagian parti berhenti mengadakan mesyuarat khas (EGM ) untuk membincangkan masalah parti dan menggesa pemimpin meletak jawatan.Katanya kepada para wartawan di bangunan Parlimen hari ini perlembagaan parti membenarkannya dan tiada siapa dapat menghalangnya.Menurut ahli parlimen Gua Musang itu kenyataan Presiden UMNO seumpama itu hanya akan hanya menggalakkan akar umbi menyuarakan pendapat mereka secara tidak mengikut saluran yang betul.Beliau juga berpendapat kurangnya mesyuarat dan perundingan akan hanya melemahkan parti

EGM tidak perlu-kata Pak Lah


“Lebih baik tindakan seperti ini (EGM) tidak dilakukan kerana kita pada waktu ini memahami pandangan rakyat dan faham sangat apa yang rakyat mahukan, jadi kita tumpukan pada hal yang diperlukan oleh rakyat,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khamis, 24 April 2008

Apa kata Anwar sempena lawatannya ke Sabah


"Mereka mula gelabah" Anwar

Semalam di Sabah
Bikin penguasa gelabah
Ada konco melatah
Konon kita merasuah!

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

Sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.

Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.

Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

Siapa orang ini?


LOMPAT PARTI-SERTAI PAKATAN RAKYAT

" Ia akan berlaku sebelum 16 Seotember tahun ini!"
Baca lebih lanjut:Wakil BN lompat sebelum 16 Sept

Rabu, 23 April 2008

Foto Kenangan Rustam A. Sani

Khalid Jaafar dan Rustam A.Sani ketika pilihanraya kecil di Ijok

Lihat Foto lain di: klpos.com

Siapa Bekas Menteri Pencabul itu?


Menurut Mohd Sayuti Omar (MSO) melalui Blog Merah Tintanya dilaporkan seorang bekas Menteri itu telah didakwa melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita di di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral.

Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri malah beliau dikatakan sahabat baik kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak, kata Sayuti dalam blognya itu.

"Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisan/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan," kata Sayuti.


Berita lanjut: Merah Tintanya

Rasul Wahid jadi blogger


Sejak kalah dalam usaha melonjakkan Idris Jusuh sebagai MB terengganu, kini aku sudah bosan. bagi mengisi masa lapangku yang banyak aku sudah buat blog. Jomla ke blog aku http://www.drosol.blogspot.com/

Datuk Lee Kah Choon keluar dari parti Gerakan


Bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon mengambil tindakan keluar dari parti itu ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang."Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.mengambil tindakan keluar dari parti itu ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang."Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Komen penulis: Peristiwa ini jelas memperlihatkan bagaimana BN hilang kebijaksanaan politik. Lim Guang Eng memperlihatkan bagaimana politik tanpa dendamnya telah menyebabkan kecelaruan BN kian parah.

Rustam Sani pulang ke rahmatullah


Penulis kolum terkenal, cendekiawan Melayu dan juga bekas pemimpin politik kanan Parti Rakyat Malaysia (PRM) Rustam A Sani meninggal dunia di rumahnya di Gombak awal pagi ini.
Berita penuh: Malaysiakini

Isnin, 14 April 2008

Pemimpin UMNO selangor di belakang projek penternakan babi di selangor


Ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera milik wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor yang berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.
Baca: Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat

Nasihat Anwar kepada Dr. M


Mengulas mengenai kritikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan beliau dengan Yahudi, Anwar menolak dakwaan itu sebagai "tidak masuk akal".
Bercakap kepada pemberita pada forum kepimpinan Melayu di Kajang semalam, Dr Mahathir berkata hanya orang Israel yang akan mengundi Anwar jika beliau mahukan jawatan Perdana Menteri.

"Beliau (Dr Mahathir) nampaknya semakin letih dan keliru. Saya tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel, tetapi beliau ada berjumpa... secara diam-diam, ketika beliau menjadi perdana menteri," katanya.
Anwar berkata, Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden negara kuasa besar itu George W Bush pada 2002.
Anwar menasihati Dr Mahathir supaya memberikan tumpuan menjaga kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada rakyat atas kezaliman yang telah dilakukannya.
Dr Mahathir juga, tambah Anwar, perlu menjelaskan tentang bagaimana beliau telah memusnahkan badan kehakiman, mengawal media, bagaimana beliau menahan beratus-ratus orang bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ketika Operasi Lalang 1987.
Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu menjelaskan pembabitannya dalam pelbagai amalan rasuah, salah urus, mencuri dana kerajaan melalui banyak syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian seperti Perwaja Steel."
Saya fikir lebih baik beliau menjawab isu-isu berkenaan," tegas Anwar.
Sumber: Malaysiakini

Ahad, 13 April 2008

Mahathir dipanjangkan umur demi melihat dosanya

Hari ini Dr.Mahathir cuba cuci tangan dengan melemparkan kesalahan kepada Abdullah Ahmad. Dia bercakap seperti dia tidak pernah menjadi orang nombor 1 dalam sebuah negara bernama Malaysia. Bagi melayu yang mudah lupa, akan terpesona dengan Dr. Mahathir dan terus menjadi pengkagumnya. Jenayah Mahathir selama 22 tahun memerintah Malaysia seolah-olah tiada lagi dalam ingatan.
Sila baca Jenayah Mahathir untuk mengetahui apa yang telah beliau lakukan selama memerintah Malaysia.
Renungkan sepotong ayat khas buat Dr Mahathir, khususnya untuk pengkagum Dr. Mahathir.

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Surah An Nuur ayat 4
Apakah anda pernah dengar Dr. Mahathir mengistiharkan bahawa dia telah bertaubat untuk melayakkan dia diterima semula kesaksiannya?

Isnin, 7 April 2008

Pak Lah salahkan Ku Li


Pak Lah, seperti orang mengingau menyalahkan pelbagai pihak berikutan kekalahan teruk UMNO baru-bari ini. Termasuk yang dipersalahkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang didakwanya menjadi penyebab kepada kekalahan UMNO di Kelantan.
Semua telah maklum bahawa sepanjang tempoh pemerintahan Pak Lah, Ku Li telah dipinggirkan daripada politik Kelantan. Nama-nama yang berkumandang dalam UMNO Kelantan adalah seperti Anuar Musa, Awang Adik dan Mustafa Muhammad telah menenggelamkan nama Ku LI. Malahan Awang Adik telahpun diistiharkan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan jika BN berjaya menawan Kelantan. Di mana nama Ku Li pada masa itu. Kenapa tidak dia yang dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan?

Ironinya...kini Ku Li dipersalahkan. Sungguh aneh corak dan cara berfikri di zaman Pak Lah ini!

Ahad, 6 April 2008

Apa kata Ku Li?


"Umno hancur akibat tiada demokrasi, bersifat perkauman dan akhlak buruk"



"Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen Umno memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan, kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di KL, memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Dato' Nik Aziz," tegas beliau.



"Jiwa dan roh Melayu orang Umno mulai digantikan dengan 'roh perut'. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam Umno,"



"Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau diIslamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada Umno terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan,"

Khamis, 3 April 2008

Semua JKKK Kedah diarah lepas jawatan


Gelisah dan masih kebingungan lantaran kehilangan kuasa di negeri Kedah, bekas MB Kedah yang kini bergentayangan mencipta kekacauan dan gangguan terhadap pentadbiran baru, mengumumkan penubuhan JKKK Persekutuan yang akan dibayar elaun oleh Kerajaan Persekutuan. Sesungguhnya orang ini bertindak secara bodoh dan semborono mencipta jawatan yang tidak diperlukan. Mereka membazirkan duit negara hanya semata-mata mahu menbayar JKKK mereka. Bukankah JKKK adalah jawatan di peringkat negeri. Masakan kerajaan persekutuan camputangan dalam hal ini. Apa sudah jadi dengan sistem kerajaan persekutuan di Malaysia?

Sila Klik ...Baca lagi

Selasa, 1 April 2008

PAS, DAP dan KeADILan setuju tubuhkan Pakatan Rakyat (PR)


Klik di gambar untuk mendapatkan berita lanjut.

Filem Fitna: bagaimana melayani isu itu?

Tidak perlu banyak memperkatakan tentang filem ini. Cukup dengan memahami bahawa filem ini dibuat oleh salah seorang ahli parlimen Belanda yang bernama Geert Wilders yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam sebagaimana tradisi musuh Islam . Filem yang melebelkan Islam sebagai agama keganasan ini tidak disokong oleh kerajaan Belanda pun. Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu.
Sila baca pendirian kerajaan Belanda di:

Diheret keluar dewan


Seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Selangor, Aznizam Adham (gambar) diheret keluar dewan oleh orang ramai hari ini dalam program Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang diadakan di Hotel Singahsana Petaling Jaya. Ini berikutan cadangannya supaya bekas Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Anwar Ibrahim diajak masuk semula ke dalam Umno. Datuk Mukhriz Mahathir yang merupakan salah seorang panel forum tersebut dilaporkan telah menghentam Pak Lah secara terbuka sebagai punca kekalahan teruk UMNO baru-baru ini.