Kunjungan

Isnin, 31 Mac 2008

Sufiah Yusuf jadi pelacur

Masihkah ingat dengan wajah di atas?Dialah gadis pintar dalam matematik yang satu ketika dahulu namanya terpampang dalam akhbar-akhbar di negara kita. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Oxford seawal usia 13 tahun. Kemudiannya namanya pun tak kedengaran lagi. Orang pun hampir melupakannya. Dialah Sufiah Yusuf, anak pasangan Farooq dan Halimatun dari Johor.

Malangnya, beliau kini yang sudah berusia 23 tahun sudah menjadi pelacur. Demikianlah yang dilaporkan oleh akhbar News of the World .

Baca lagi di Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/80614

Ahad, 30 Mac 2008

Melayu Mudah Lupa-Dr M

Mansuh sistem kuota – Dr. Mahathir menyarankan sistem yang dia sendiri bid'ahkan semasa dia menjadi presiden UMNO dimansukhkan. Kenapa sekarang? Setelah dia tidak berkuasa? Dr.M sudah lupa bahawa banyak yang dia lakukan dahulu kini memakan diri. Kemuncaknya adalah perlantikan Abdullah sebagai pengganti. Apakah dia lupa bahawa dialah yang melantik Abdullah?
Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupaT
iada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Oleh: Dr.M

Jangan mengharap kepada Dr. M


Orang Melayu Akan Diperalat Jika Pilih Anwar Jadi PM, Kata Dr M. Demikianlah bunyi tajuk satu laporan Bernama. Hujah-hujah Dr. M mengapa orang Melayu perlu menolak Anwar masih seperti dahulu. Anwar masih dilebelkan sebagai ejen asing yang akan merosakkan negara. Sebenarnya Dr. M masih belum bertaubat. Bagi orang yang pernah melakukan dosa besar dan belum bertaubat, tidak boleh diterima oleh rakyat dalam dimensi politik baru yang sedang dibina ini.


Sabtu, 29 Mac 2008

20 meter padu air percuma mulai 1 Jun


Semua pengguna air bagi rumah kediaman di Selangor akan mendapat bekalan air 20 meter padu secara percuma mulai 1 Jun depan.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di negeri itu seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman.
"Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008," kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini.
"Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai.
"Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya.Justeru, tambah beliau, rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran sumber agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.
"Bagi membantu usaha ini, kerajaan negeri turut akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat," katanya.

Khamis, 27 Mac 2008

Kerajaan Pulau Pinang amalkan jimat cermat.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini-27/3/2008 melaporkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah membatalkan tempahan 5 buah kereta Proton Perdana V6 untuk exco kerajaan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Kos bagi 5 buah kenderaan tersebut adalah RM623,000.
Ini bermakna wang negeri telah dapat diselamatkan dari menukarkan kereta baru padahal kereta lama masih boleh dipakai. Sesungguhnya tindakan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Lim Guang Eng ini patu dipuji dan dicontohi oleh negeri lain terutama yang kini sedang diurus tadbir secara boros oleh para pemimpin BN.

Selasa, 25 Mac 2008

UMNO Muar desak Pak Lah undur

MUAR: Seramai 80 pemimpin Umno Bahagian Muar menggesa para pemimpin mereka supaya mengadakan mesyuarat agung tergempar untuk menggesa presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meletak jawatan.

Kumpulan itu, yang termasuk jawatankuasa Bahagian, sayap Wanita dan Pemuda, telah berkumpul di rumah Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman untuk meminta pandangan beliau mengenai keputusan mereka.

Para pemimpin Umno Muar yang kecewa apabila pengerusi bahagian, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah, kehilangan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Maharani dalam pilihan raya 8 Mac lalu, berasa sudah tiba masanya Umno diberi nafas baru.

Jurucakap kumpulan itu, Zakariah Mahadi, berkata pucuk pimpinan Umno harus bertanggungjawab di atas keputusan pilihan raya baru-baru ini dan meletak jawatan.

Encik Zakariah, mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang, berkata anggota Umno bahagian Muar juga sedih dengan kehilangan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kepada parti pembangkang.

'Kami juga memutuskan untuk memberi sokongan kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dalam usaha beliau hendak memulihkan maruah Umno,' kata beliau selepas perhimpunan kelmarin.

Sementara itu, Datuk Kadar yang rapat dengan Tengku Razaleigh berkata, Datuk Seri Abdullah harus mendengar kehendak pemimpin akar umbi kerana ramai kini mahu beliau meletak jawatan.

Menurutnya, punca ramai pengundi Melayu menolak Barisan Nasional ialah kerana kurangnya pekerjaan bagi anak mereka meskipun sudah mempunyai ijazah dan diploma.
sumber: klpos.com

Isnin, 24 Mac 2008

Apa dah jadi dengan rakyat Terangganu ini?


Lihatlah banner yang digunakan oleh pendemo fanatik Idris Jusuh ini. "KAMI NAK IDRIS NATANG!"(kami mahukan Idris , binatang!). Kepada siapa ditujukan kutukan ini kalau bukan kepada pihak istana Negeri Terangganu yang telah menolak Idris Jusuh dan melantik Ahmad Said?. Alangkah celuparnya mereka yang melemparkan makian "binatang" kepada Sultan mereka!.

Senarai Exco Selangor


Kereta itu akan jadi seburuk ini...


Kapal itu hampir karam.


Ahad, 23 Mac 2008

Menungan...

Oh...malangnya nasib...

Kenapa beruk berkelahi?

Eh...kenapa dua ekor beruk ini bergaduh?Beruk mana ni? Beruk Tanjung Bunga atau beruk Pantai Cherating? Beruk Tanjung Bunga tak bergaduh. Tentu Beruk Pantai Cherating. Selalunya beruk bergaduh kerana berebut sesuatu. Kalau tak berebut kacang, mungkin berebut bunga. kalau tak pun berebut beruk betina.Memang beruk suka berebut. Beruk ada sifat tamak dan beruk suka menggigit sekalipun tuan sendiri. Waspadalah dengan beruk di mana sahaja mereka berada....

Golongan muda kurang patriotik?

Satu kenyataan yang sungguh ajaib terpancar dari lidah kerajaann iaitu TV1 kelmarin:"Golongan Muda hari ini kurang semangat patriotik kerana memilih pembangkang dalam pilihanraya baru-baru ini".

Apakah itu patriotik?

Oh! Patriotik?Patriotik adalah mencintai parti UMNO, berjuang untuknya dan hidup dan mati kerananya. Itulah patriotik. Patriotik cuma ada di Malaysia dan tiada dalam mana-mana bahagian dunia. Di Malaysia pula hanya ada dalam UMNO, tiada dalam lainnya. Dalam bahasa mudah, patriotisme sama erti dengan umnonisme.

Inilah jawapa bagi yang mahu tahu erti patriotik!

Bakal dipecat dari UMNO

Setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor lewat malam ini dilaporkan memberi amaran keras kepada Adun Kijal.
Datuk Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika beliau tetap bersedia menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar esok, lapor Bernama.
Bagaimanapun, Tengku Adnan enggan mendedahkan apakah bentuk tindakan disiplin yang bakal dikenakan terhadap Ahmad.
Beliau menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dan tidak wajar Ahmad menerima jawatan itu.

Dengan kata lain, Datuk Ahmad Said menghadapi risiko dilucutkan keanggotaan Umno akibat didakwa melanggar arahan presiden Umno, dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu meneruskan khidmat Datuk Seri Idris Jusoh bagi penggal kedua

Ahmad Said tetap pergi ke istana

Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said tetap pergi ke Istana Terengganu di Kuala Terengganu pagi ini tetapi hanya diberi watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu.
Difahamkan pihak Istana menetapkan majlis angkat sumpah kemudian.Beliau tiba di istana itu jam jam 7.25 pagi.Pada jam 8 pagi pula Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid tiba untuk menghantar surat bantahan dari 22 ADUN BN negeri itu yang lain.
Jumlah 22 ADUN itu tidak termasuk nama Datuk Seri Idris Jusoh.Pada jam 8.25 pagi Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman menyampaikan surat watikah kepada Ahmad Said.Beliau kemudiannya meninggalkan Istana itu dan tidak bercakap dengan para wartawan