Kunjungan

Rabu, 18 Jun 2008

Siapa orang ini yang sengetnya bicaranya?

Berikutan Isu Bantahan Pemuda Pas Selangor terhadap konsert Ella dan Mas Idayu.
"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,"

"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.
"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul. "
"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget,"
"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa."Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa,"

Baca Lagi...


Selasa, 17 Jun 2008

Doa Rakyat

Masihkah ada rakyat yang berdoa?

"Oh Tuhan...selamatkan UMNO!",

Pakatan Rakyat Bakal Mengambil Alih Pentadbiran


Biarpun banyak komen yang meremehkan, mencemuh malah menidakkan dakwaan Anwar Ibrahim bahawa terdapat Ahli Parlimen BN yang bakal meninggalkan BN dan menyertai Pakatan rakyat, Anwar Ibrahim masih tetap dengan dakwaannya. Jika dakwaannya benar, tentu ia memberi harapan kepada rakyat yang dewasa ini tertekan dengan pentadbiran Abdullah Badawi yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat terbanyak.



Dr. Mahathir masih lagi dengan kecemburuan lamanya apabila mengatakan bawa beliau tidak nampak Anwar boleh menjadi perdana menteri. Apa yang nyata, Abdullah Badawi yang pernah dilihat sebagai penggantinya yang paling layak dikritiknya habis-habisan kini. Pendapat Dr. mahathir dalam melantik Abdullah ternyata salah. Dr. Mahathir seharusnya tidak boleh disandarkan lagi pandangannya.
Terbaru, Ong Ka Ting pula kalut menafikan partinya GERAKAN daripada desas-desus keluar BN.
Rakyat sebenarnya menanti saat karamnya bahtera BN.
Tak lama lagi!
baca: mSTAR



Isnin, 9 Jun 2008

Pulau Pisang-Ke mana masa depannya?

Pulau Pisang tentunya lebih mahal berbanding Pulau Batu Putih. Bagaimana kerjaan sekarang akan menangani masa depan Pulau Pisang, kita akan sama-sama saksikan.

Ahad, 8 Jun 2008

Harga minyak meningkat angkara spekulasi


T. Boone Pickens merupakan spekulator di pasar tenaga global dan pasar modal Wall Street di Amerika Serikat (AS) yang sangat berpengaruh. Beliau meramalkan harga minyak akan meningkat menjadi US150.00 menjelang akhir 2008.

Sabtu, 7 Jun 2008

REKOD KENAIKAN HARGA MINYAK ZAMAN PAK LAH


Harga minyak terendah di kalangan negara asia?bandingan orang-orang bodoh.

Membandingkan Malaysia dengan negara bukan pengeluar minyak sebagai justifikasi kenaikan harga minyak adalah perbandingan orang yang dunggu dan berakal lembab. Sila lihat senarai harga beberapa negara pengeluar minyak di dunia. Di sanalah Malaysia dijadikan bandingan.

Jumaat, 23 Mei 2008

Batu Putih Milik Singapura

Setelah lama menunggu keputusan Mahkamah Antarabangsa mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih, hari ini pulau yang cuma 7.7 batu nautika dari TanjungPenyusuh, Johor, diputuskan milik Singapura.

Isnin, 19 Mei 2008

Dr Mahathir Keluar UMNO, anaknya macam mana?


Dr. Mahathir mengumumkan bahawa beliau telah keluar UMNO dan menggesa menteri-menteri dan ketua bahagian menuruti langkahnya sebagai satu bentuk tekanan terhadap Pak Lah yang masih enggan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Bagaimana dengan Mukhriz anaknya. Apakah beliau juga akan keluar UMNO dan berdiri sebagai ahli parlimen bebas. Berita yang tak pernah terbayangkan akan menyusul kemudian. Pemerhati yang beriman, yakinilah bahawa ini semua adalah susunan jadwal Allah swt. Kita belum tahu apa yang akan terjadi esok dan seterusnya.

Sabtu, 17 Mei 2008

EPISOD ENAM JAHANAM

Bakal disiasat berhubung pita VK Linggam

Isnin, 12 Mei 2008

Lim Guang Eng bakal buat kejutan lagi...


Seorang bekas pemimpin veteran UMNO dikatakan akan memnyertai pentadbiran kerajaan Pulaua Pinang. Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guang Eng. Ini tentunya akan memberi kejutan besar kepada UMNO. Sama- sama kita tunggu perkembangannya

Pengishtiharan Murtad?


Siti Fatimah Tan Abdullah atau namanya asalnya, Tan Ean Huang telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk mengisytiharkan dirinya keluar Islam. Keputusan itu dibuat oleh seorang Hakim Syar'ie bernama Othman Ibrahim dan Ustaz Ahmad Jailani sebagai peguam kepada Siti Fatimah Tan Abdullah. Keputusan kes tersebut ialah membatalkan sijil pemelukan Islam Siti Fatimah.
Walau bagaimanapun, berita di dalam media perdana menggambarkan kes tersebut sebagai satu kes pengisytiharan murtad. Khalayak ramai yang mendengar berita ini tentu melihat hakim dan peguam muslim ini sebagai dua manusia yang telah meruntuhkan maruah agama dengan menerajui permohonan murtad yang menjadi isu negara lewat terakhir ini. Walau bagaimanapun, sebelum tuduhan melulu dilemparkan kepada mereka, baik kita teliti perkara sebenar.
Sila layari:Institut Al-Qayyim

Ahad, 11 Mei 2008

Apa cerita Khairy sekarang?


Nampaknya Khairy senyap sahaja. Apa sebab?apakah serangan-serangan terhadapnya membuatkan dia bersembunyi di balik sangkar yang selamat?

Jumaat, 9 Mei 2008

Apa yang dinasihat?Harganya mencecah 1.2 juta setahun!


Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dibidas kerana membelanjakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM1,134,401.40 setahun untuk menanggung tiga penasihat beliau. Tiga penasihat ialah:

Penasihat Petronas Tun Dr. Mahathir Mohamad

RM15,000-00 sebulan melibatkan gaji, emolumen, elaun dan kos tidak termasuk kemudahan yang disediakan seperti kos kakitangan, pejabat, logistik dan lain-lain.


Penasihat Agama Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman

RM27,163.00 sebulan dan RM18,643.25 untuk gaji serta elaun kakitangan.


Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial Dato Shahrizat Abdul Jalil.

RM33,727.20 sebulan dan tidak termasuk gaji dan elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA.


Komen: Rakyat diminta berjimat cermat...tetapi lihatlah bagaimana pentadbiran negara membazirkan wang rakyat...Apakah ketiga-tiga penasihat ini berfungsi?


Apa gunanya Lembaga Pengarah Petronas?

Apa peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama Dato' Dr. Zahid Hamidi?

Bukankah sudah ada Menteri Pembangunan Wanita & Sosial Dato' Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan?
Padahal...rakyat miskin menghitung setiap biji beras buat mengalas perut!

Khamis, 8 Mei 2008

Datuk Anifah Aman beri hint...


"‘Kami berada dalam rumah yang sama tetapi kami tidak menikmati kemudahan yang sama"



" Kami bukan hanya dilayan sebagai anak tiri tetapi juga dinista dengan kata-kata yang kami akan menyeberang".



" Apalah gunanya bilik-bilik ditambah kalau kami dipaksa untuk tidur ditepi bilik air"


Inilah sebahagian kenyataan Datuk Anifah Aman, ahli parlimen Kimanis, Sabah ketika berucap diatas usul ucapan menjunjung kasih terhadap titah Yang Dipertuan Agung.


Ketika disoal oleh Datuk Fuad Zarkashi (BN-Batu Pahat) sama ada beliau akan menyokong akta lompat parti, begini pula jawabnya;


"Kalau begitu Negara kita akan menjadi sebuah Negara Polis. Apakah tujuan bersekongkol dengan pemimpin yang telah menyeleweng daripada jalan yang benar?Adakah perlu kita kekal besama mereka? Apakah kebaikan yang ada pada seseorang pemimpin yang rakyat sendiri tidak bersetuju dengan beliau?


" Mengapakah kita perlu meletakkan ketaatan membabibuta kepada seseorang pemimpin dan apakah kesan yang akan menimpa rakyat pada masa hadapan.?



Anda boleh menilai sendiri kenyataan Datuk Anifah Aman ini. Apakah dakwaan bahawa 30 MP dari sabah akan melompat parti cuma igauan?