Biarpun banyak komen yang meremehkan, mencemuh malah menidakkan dakwaan Anwar Ibrahim bahawa terdapat Ahli Parlimen BN yang bakal meninggalkan BN dan menyertai Pakatan rakyat, Anwar Ibrahim masih tetap dengan dakwaannya. Jika dakwaannya benar, tentu ia memberi harapan kepada rakyat yang dewasa ini tertekan dengan pentadbiran Abdullah Badawi yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat terbanyak.
Dr. Mahathir masih lagi dengan kecemburuan lamanya apabila mengatakan bawa beliau tidak nampak Anwar boleh menjadi perdana menteri. Apa yang nyata, Abdullah Badawi yang pernah dilihat sebagai penggantinya yang paling layak dikritiknya habis-habisan kini. Pendapat Dr. mahathir dalam melantik Abdullah ternyata salah. Dr. Mahathir seharusnya tidak boleh disandarkan lagi pandangannya.
Terbaru, Ong Ka Ting pula kalut menafikan partinya GERAKAN daripada desas-desus keluar BN. Rakyat sebenarnya menanti saat karamnya bahtera BN.
Terbaru, Ong Ka Ting pula kalut menafikan partinya GERAKAN daripada desas-desus keluar BN. Rakyat sebenarnya menanti saat karamnya bahtera BN.
Tak lama lagi! baca: mSTAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan