Selepas kejadian DS Anwar Ibrahim mengadap YDPA siangnya, UMNO bermesyuarat pada malamnya dan membuat keputusan tersebut di atas. Sepatutnya mesyuarat itu juga menyebutkan keputusan tidak menyokong DS Anwar Ibrahim, namun ia tidak ada. Apa yang dinyatakan ialah kemungkinan untuk keluar daripada PN. Dengan kata lain, akan tidak lagi menyokong TS Muhyiddin Yasin. Jika tidak menyokong Mahyuddin , siapa pula mahu disokong sebagai PM. Perkara itu disembunyikan, tidak dijelaskan kepada khalayak.
Kedudukan TS Muhyiddin sebagai PM semakin getir dan terasak. Kebijakan dan seni politiknyalah yang menyelamatkannya. Namun, atas semuanya, adalah kehendak Allah swt.
Apa. yang dipercayai sebahagian orang, Anwar Ibrahim sedang bermain politik aras tinggi yang tidak mudah difahami kebanyakan orang. Professor Politik di universiti pun kelihatan gelabah dan gagal membuat penilaian yang meyakinkan.
Beberapa hari atau bulan lagi, orang akan tahu beerapa hasil daripada langkah permainan seni politik ini. Baik kita catat sebagai pelajaran dalam hidup.
Namun, bagi para dunggu politik yang hanya membuat interpretasi secara aatas permukaan, mereka akan menyimpulkan secara mudah bahawa DS Anwar berbohong, gagal dan terkena "game". Sedang membuat 'game' atau sedang di'game'kan hanya akan diketahui pada episod-episod terakhir. Kita tonton sampai habis cerita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan