Kunjungan

Jumaat, 31 Oktober 2008

Bunuh Altantuya: Razak bebas, 2 anggota UTK diperintah bela diri

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda, yang merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibebaskan pagi ini.
Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.
Selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sekitar pukul 10 pagi tadi, Abdul Razak hanya berkata: "Saya mahu pulang ke rumah."
Beliau tidak mengulas lanjut.
Bagaimanapun sehingga pukul 11.45 pagi, Abdul Razak belum pulang ke rumahnya di Bukit Damansara di sini.
Sumber: Mstar

Selasa, 28 Oktober 2008

Apa ertinya ini?

Lihat sahaja gambar ini...tak perlu hurai apa apa. Aku bertanya anda...apa ertinya ini?

Khamis, 23 Oktober 2008

Pak Lah -Mahathir makin tegang

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin membidas mantan perdana menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin lain yang mahu beliau mempercepat langkah meletak jawatan.

Dalam satu sidang akhbar di Terminal 2, Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabtu lalu, Datuk Seri Abdullah menuduh Dr Mahathir cuba 'mencetus pergolakan, kemarahan dan kebencian' dalam Umno, lapor agensi berita Bernama.

Menurutnya Dr Mahathir berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan 'siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan'.

'Siapa dia Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?

'Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu, orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?' tanya Datuk Seri Abdullah.

Beliau berkata begitu semasa mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mahu perwakilan Umno 'mengusir orang-orang Abdullah' dalam pemilihan parti itu Mac depan.

'Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. .

'Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam Umno,' kata beliau.

Datuk Seri Abdullah juga membidas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang mahu peletakan jawatan beliau dipercepatkan sebelum Mac tahun depan.

'Yang jelas sudah ada persetujuan. Mengapa diungkit lagi? Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itu pun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,' kata beliau.
Petikan: klpos

Rabu, 15 Oktober 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar

KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.
"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.
Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.
Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.
Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.
Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.
Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."
Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.
"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.
Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.
Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.
Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.

Ahad, 12 Oktober 2008

Shah Rukh Khan dianugerah gelaran Datuk

Ini satu lagi berita yang melucukan. Tak ada sudahkah rakyat Malaysia yang berjasa sehingga dipilih seorang artis Bollywood untuk diberi gelaran datuk? Minat sangat kepada filem Hindustan  agaknya...maka digelaran datuk...lucu..lucu...
Petikan berita: Mstar
Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari ini.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).
Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini dan Ahad.
"Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.
Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.

Khamis, 9 Oktober 2008

NAJIB GOES FOR NO 1

Selasa, 7 Oktober 2008

Mufti Perlis Letak Jawatan

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik  seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”

Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".

"Daripada hari pertama (bertugas), ada orang terkejut dengan pandangan saya. Sepanjang tempoh itu, saya telah bertemu dengan pelbagai orang daripada pelbagai peringkat.

"Saya puas hati, saya telah melakukan sesuatu," katanya.

Mengulas "permainan politik" itu, Dr Mohd Asri berkata, istana sebagai institusi yang mengawal hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu tidak mengetahuinya.

Oleh itu, tambahnya, beliau berhasrat menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyampaikan hajatnya dan memohon perkenan baginda.

Bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.

Katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.

Diminta menjawab kenyataan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak menghormati keputusannya yang menyambung perkhidmatan sehingga tahun depan, Dr Mohd Asri berkata:

"Saya baik dengan beliau. Mungkin beliau tidak gembira dengan keputusan saya ini.”

dr asri zainul abidin mufti perlis and putrajaya pantunMufti termuda di Malaysia itu memecah rekod institusi agama itu apabila bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lepas, peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Anak kelahiran Bukit Mertajam itu, kelulusan doktor falsafah dalam pengajian hadis di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dilantik sebagai mufti menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.