Kunjungan

Sabtu, 27 Jun 2020

Psiko Dalam Politik





Komen:

Ini semua adalah Psiko politik. Sana sini ornag keluar parti. Ada pula laporan sini sana orang daftar ahli baru. Permainan politik memang begitu. Membina persepsi adalah modal terbesar dalam membentuk wajah parti politik. Sebenarnya ia lebih kepada kebohongan.  Bagi yang berfikiran rasional, bukan sebang seorang pemimpin kecil hendak memimpin 1000 orang keluar parti. Kalau 10 orang ada kemunasabahannya. Kalau pemimpin besar, mungkin boleh diterima.

Begitulah juga laporan-laporan mengenai 100 orang masuk ahli. 30 cawangan baru dibuka. Macam-macam lagi berita politik yang tampil cuba mewajahkan persepsi politik. Tak usah percaya. Itu semua mainan.

UNDI PERCAYA BOLEH JADI UNDI TAK PERCAYA




Usul Undi Percaya yang bakal dikemukakan oleh Pas itu boleh menjadi undi tak percaya. Apabila ia dibentangkan di Dewan Rakyat nanti apabila persidangan bermula 13 Julai nanti, tiba-tiba tidak cukup undinya, maka ketika Undi Percaya pun bertukar menjadi Undi Tidak Percaya.

Bak kata orang bijak pandai, padi yang ditabur, lalang yang tumbuh.

Adalah lebih baik, pendokong kerajaan PN pimpinan Mahyuddin jangan buat undi percaya. Biarkan Undi Tidak Ppercaya dibawa oleh PH Plus. Nanti PH Plus yang perlu berpenat lelah dan berakcaran sampai tenaga terkuras.

Dengan hasrat Pas itu, PH tersengeh dan goyang kaki. Hari Bersidang nanti PH nanti dan tengok Vukup ke tidak undi percaya yang Pas bawakan itu? Kalau tidak cukup, sokongan yang diharap, malu yang dapat.


Isnin, 22 Jun 2020

PKR menolak Tun M jadi PM sekali lagi.

Ada bekas menteri PH yang nampak desperado dan mahu segera kembali berada pada posisi sebelumnya. Mujahid, Khalid Samad dan Anthony Lok mendesak agar Anwar menyetujui opsyen Tun Mahathir sebagai PM dan Anwar sebagai TPM. Opsyen ini ditolak oleh PKR. PKR stick dengan keputusannya untuk Anwar Ibrahim sebagai PM. Jika tidak, tidak perlu menumbangkan kerajaan PN.

Mendengar ulasan-ulasan pemikir PKR, jelaslah bahawa mereka hilang kepercayaan kepada Tun M.


Ahad, 14 Jun 2020

Muhyiddin perlu kembali kepada UMNO untuk mengelak perebutan kerusi dalam PRU15




Jalan politik yang sukar berada di depan TSMY.

Ahad, 16 Disember 2018

POLITIK BUKAN HUKUM MATEMATIK


Seminggu dua ini, heboh pasal AP dan ADUN UMNo melompat keluar daripada UMNO. Kalangan mereka ada yang masuk parti PH dan ada yang masih berdiri sebagai bebas. Namun, dijangka akhirnya akan masuk ke dalam parti PH. Rakyat dan pemerhati banyak yang mengutuk pendekatan itu dan mereka digelar sebagai katak-katak politik,.

Pro dan kontra. Sebagai rakyat yang bukan berkecimpung dalam politik, kita memerhati. Ada rasa tidka puas hati dan ada rasa meluat. Namun, itulah politik dan politik bukan mengikut fomula matematik. Dalam politik, 2 +2 bukannya 4. Ia boleh jadi 8 atau 1. Boleh jadi macam-macam.

Politik tiada sekema jawapan.

Isnin, 26 November 2018

Presiden Sri Langka

Presiden Sri Langka sekarang:






Maithripala Sirisena

Selasa, 24 April 2018

Fuad Zarkashi bernasib malang

Dengar khabar Fuad Zarkashi tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding dalam PRU kali ini. INi menyebabkan beliau marah dan meletakkan jawatan sebagai ketua pengarah JASA. Jasa , sebuah alat propaganda kerajaan dan Fuad sebagai seorang propagandis. nampaknya dia telah menjadi mangsa dan permainan politik dalam UMNO. Ketika dia dibuang sebagai sampah, baru dia melenting, ini hanyalah isu kecil dan peribadi. Tidak perlu menaruh simpati.

bahkan, itulah karma lantaran tidka mengenang jasa orang yang pernah berjasa kepadanya. Tun Mahathir yang dodondang sayang satu masa dulu, kini dicela dan dicemuh. Nah...sekarang rasakan bagaimana terhinanya dipermainkan dna tidak dihargai.

It5u cuma perkara kecil. Tidak terpilih sebagai calon, hanya seperti masalah gigitan pijat. Usah melenting.

Selasa, 5 September 2017

Amanat Mahathir

Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia

Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang

Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok

Semuanya
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa

Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya

Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita setelah dia tiada lagi bernafas

Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat

Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri

Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama

Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
Dan harganya dibayar
Oleh cucu dan cicit kita

Jumaat, 15 Julai 2016

HANCURNYA HARAPAN

Hari ini aku menurunkan catatan persepsi politik. Dulu ada Pakatan Rakyat. Akibat adu domba oleh UMNO dan soldadunya, Pakatan Rakyat berkecai. Usaha menghancurkan Pakatan Rakyat digembeling sepenuhnya oleh kepimpinan DS Najib. Dia berjaya dan dia menunjukkan keunggulan politiknya. Kemudian, nampaknya pemimpin pembangkang cuba bangun bertatih bangkit kembali dan tubuhkan pula Pakatan Harapan. Ia satu yang lebih longgar dan samar daripada kewujudan Pakatan Rakyat. 

Kemudian Tun Dr. Mahathir tampil menawarkan satu bentuk pakatan pembangkang yang lebih utuh. Nampaknya Pakatan Harapan akan berkubur. Para pembangkang belum cukup licik berpolitik. Aku melihat pemimpin UMNO memang licik. Ketika mood rakyat marahkan UMNO dan kepimpinannya, yang mendominasi penentangan terhadap UMNO dan kepimpinannya juga adalah bekas-bekas pemimpin UMNO yang belajar dan mengasah bakat dalam UMNO.

Pakatan Rakyat berkubur kerana permainan UMNO. Pakatan Harapan sekerat jalan kerana mainan bekas pemimpin UMNO yang terbuang. 

Harapan masih jauh.

Khamis, 17 Mac 2016

PAS-IKATAN AKAN JADI PEMBANGKANG YANG TIDAK EKSTREM


Ternyata selama ini kehadiran Pas di persada politik bersifat ekstrem. Dengan pembentukan gabungan baru ini, Pas akan tampil dengan pendekatan baru yang lebih moderate. Kendati, ketika Pas bersama Pakatan Rakyat, perjuangannya masih bersifat ekstrem. Hanya setelah bersama IKATAN membentuk gabungan pembangkang yang baru, Pas menempa sejarah dalam perjuangannya dengan pendekatan baru yang non-ekstrem.

Rabu, 13 Mac 2013

Pasukan Keselamatan Malaysia yang terkorban.

Setakat ini, sudah 9 orang yang terkorban dalam operasi menghapuskan penceroboh Sulu di Lahad Datu dan Semporna:

  • 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.   
  • 1 Mac 2013 -  Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.   
  • 2 Mac 2013 -  ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.   
  • 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.   
  • 2 Mac 2013 -  Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
  • 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.   
  • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

Jumaat, 21 Januari 2011

PRK selepas PRU 12

Isnin, 17 Januari 2011

PAS lapor polis Pengarah Pelajaran kempen BN di Tenang

SEGAMAT,13 Jan: PAS Johor semalam membuat laporan polis terhadap Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran kerana mendakwanya berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman dalam laporannya menyebut, Markom, telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional,

“Berdasarkan bukti-bukti yang diserahkan bersama, Markom jelas telah memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional. Beliau juga memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional dalam PRK N.05 DUN Tenang.

“Markom juga berkempen kepada guru-guru di SMK Munshi Ibrahim Labis, SK Kg Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi Barisan Nasional. Secara jelasnya, beliau berkempen untuk Barisan Nasional di PRK N.05 DUN Tenang.

“Markom adalah penjawat Awam, DG 54 yang kini memangku Jusa C. Sedangkan mengikut Peraturan 21, melarang Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kumpulan Pengurusan  dan Profesional mengambil bahagian dalam parti politik secara khusus,” jelasnya.

Tegas Mazlan,tindak tanduk Markom adalah sangat melampau dan boleh dirujuk kepada tindakan tatatertib, surat tunjuk sebab dan ditahan kenaikan pangkat.

Tambahnya lagi, jika menurut peraturan yang sama seseorang penjawat awam seperti Markom tidak boleh membuat pernyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik juga tidak boleh merayu undi.

“Dengan demikian tindakan Markom ini boleh menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan contoh yang sangat buruk kepada lebih 30 ribu warga pendidik seluruh negeri Johor.

“Justeru itu saya mohon laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu PAS Johor juga turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas penyalahgunaan kuasa.


Sumber: harakahdaily

Sabtu, 15 Januari 2011

Ummi Hafilda seekor nyamok

Sumber : malaysiakini
Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

NONEUmmi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

NONEAbdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Jumaat, 23 April 2010

USRAH 020410

Ayat Tilawah: Surah As-Sajdah: Ayat 12-20

Pengerusi: Bunyamin Bakri


Pembentang 2 : Ust Mujahidin Mat Yasin -Akidah
Tajuk: Peringkat-peringkat iman.

a) Iman taqlid
b) Iman ilmu
c) Iman A'yan
d) Iman haq
e) Iman Haqiqat

Komen-Komen:

Abdul Wahid menyebutkanb sesetengah orang yang membahagikan iman kepada 3 iaitu iman merpati, iman pedati dan iman sejati.

Usrah akan datang ialah pada 16 April 2010